Sememangnya buaian kelihatan memudahkan kerja ibu malahan seluruh isi rumah kerana bayi kelihatan mudah tidur apabila diletakkan di dalam buaian.

Buaian ada yang dibuat sendiri sama ada dengan menyangkut spring buaian ke tali/dawai yang telah dipasang/ditebuk disiling, kemudian sangkut kain batik pada pemegangnya atau membeli sedia berpalang dan mudah bergerak kemana-mana.

Teknologi terkini pula mencipta buaian dengan menggunakan tenaga elektrik hingga tidak perlu menggunakan tenaga sendiri bagi membuai bayi.

Tahukah anda, sebenarnya tidak ada tempat yang selamat selain menidurkan bayi di baby cot?

Antara alasan atau jawapan yang biasa diberikan berkaitan penggunaan buaian adalah:

  • Anak tidur lebih lama dan kelihatan selesa dengan hayunan buai.
  • Buaian dipilih kerana mudah menidurkan anak berbanding tidur di katil bayi yang memerlukan usaha lebih dari ibu seperti menepuk-nepuk anak hingga tidur.
  • Buaian amat memudahkan ibu dalam melakukan kerja rumah sebab bayi mudah terlena semula jika terjaga selepas tidur jika dibuai.

RISIKO MENGGUNAKAN BUAIAN

  • Buaian boleh menjadi risiko kepada kecederaan kepala bayi selain mampu mengakibatkan kerosakan pada otak bayi.
  • Penggunaan buai untuk menidurkan bayi boleh mengakibatkan pendarahan otak atau subdural haemorrhage.

(Saluran darah yang bersambung pada permukaan otak ke tengkorak boleh pecah apabila kita membuai bayi dengan kuat dan otak bergerak hala bertentangan dari tengkorak dan boleh menyebabkan pendarahan otak subdural)

  • Sudden Infant Death Syndrome a.k.a kematian bayi secara mengejut (kebiasaannya berlaku kepada bayi berusia kurang dari setahun dan berlaku semasa bayi sedang tidur) juga boleh berlaku kepada bayi sebab bayi tidur terlalu lena.

HAYUNAN PERLAHAN PUN BAHAYA KE?

Memanglah hayunan perlahan tu tak bahaya tetapi lantunan buai oleh spring itu boleh menghasilkan pergerakan atas bawah seperti kita menggoncang bayi menggunakan tangan kita kerana ubun-ubun bayi masih lembut. Seperti Shaken Baby Syndrome yang pernah saya tulis di link ini:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1491268334217444&id=100000028740033.

Anda perlu tahu, hayunan buai juga boleh sebabkan bayi cedera jika terhantuk pada dinding atau bayi jatuh kerana hayunan yang terlebih.

Saya sendiri pernah diceritakan oleh seseorang tentang anaknya yang jatuh ke lantai sewaktu dibuai oleh suaminya yang sedang leka membaca akhbar.

Selain itu, anak juga anak-anak lain yang konon nak membantu membuai adiknya tetapi tidak sengaja terhayun buai hingga adik itu terhantuk pada dinding.

Bukan tidak ada kes kerana hayunan yang tidak terkawal, rangka besi buat menjadi tidak stabil lalu jatuh dan bayi terhantuk ke lantai dan dihempap pula oleh rangka besi.

Ada juga, spring penyangkut pemegang kain buai itu putus atau tali yang digantung disiling itu putus kerana tidak dapat menahan beban berat anak yang semakin bertambah.

Ada juga kes di mana rangka besi buai jatuh menghempap bayi dan juga spring atau tali putus.

Ada lagi bahaya yang lain seperti risiko anak jatuh ketika sudah boleh memanjat atau melasak di dalam buai dan cuba untuk turun sendiri dari buai lalu terjerut dengan kain buai itu sendiri.

Boleh berlaku tercekik atau lemas apabila bayi sudah pandai pusing badan sendiri dan mukanya menghala kebawah dan tidak pandai pusing semula badan menghala keatas.

Buaian ini juga tidak menyokong struktur tulang bayi sepenuhnya. Kita nampak bayi kelihatan terperosok dan melengkung ke bawah dan tidak ikut anatomi tubuh seperti semasa tidur didalam cot.

Alah, kita alaslah bawa dengan tilam atau bantal, kita adjustlah ketinggian buai, kita tak bagilah budak-budak lain buai anak kita sebab nak elak cedera pada anak.

Ya, benar. Tetapi berapa lama anda boleh monitor keadaan itu? Kata nak mudahkan kerja rumah. Lepas anak tidur dalam buai, bolehlah tinggal kan?

Apabila anak sudah terbiasa dengan hayunan buaian, maka mereka akan bergantung kepada hayuanan itu untuk tidur kerana kita telah ajar dari awal.

Jadi, cara terbaik jangan kenalkan anak-anak dengan buaian. Jika sudah terlajak kenalkan, ini merupakan tips PISAH BUAI untuk anak.

1) Buai anak macam biasa, apabila sudah separa sedar, angkat dan alih ke dalam katil bayi/tidur dibawah.

2) Buai anak hingga lena, angkat dan alih anak tidur di atas katilnya agar celik mata sahaja tidak nampak buai.

3) Elak letak mainan yang boleh menarik perhatiannya untuk terus berlama-lama didalam buaian.

4) Sabar jika anak-anak masih merengek mahukan buai. Memang mereka akan menangis, tetapi perlahan-lahan ajar.

5) Pujuk anak elok-elok. Mula-mula memang susah, tapi bila kita latih anak-anak setiap hari maka akan jadi senang.

Buaian ni sebenarnya akan menyusahkan ibu bapa sebab bila sudah bergantung sepenuhnya pada buai, segala komponen buai perlu dibawa kemana-mana dan anak akan meragam jika tidak ada buai. Ada sahaja kes saya jumpa anak-anak yang sudah terbiasa berbuai, masa admit wad, tidak boleh tidur dan terus menerus meragam. Kan stress tu.

Rujukan:

  1. http://www.slate.com/…/infant_loungers_bouncers_rockers_and…
  2. http://www.jpeds.com/content/JPEDSBatra
  3. http://pediatrics.aappublications.org/conte…/138/5/e20162938

Artikel ini pernah disiarkan di Medical Mythbusters Malaysia pada 24 Januari 2018

(https://www.facebook.com/MedicalMythbustersMalaysia/posts/1620207234736435)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nur Nabila Masfuzah atau Bel Nawhen merupakan seorang Jururawat Terlatih yang aktif memberi pendidikan kesihatan di laman facebook peribadi. Juga terlibat di dalam NGO Delegation of Nurses dan Medical Mythbusters Malaysia. Turut menjadi columnist di The Malaysian Medical Gazette. Menulis bersama Kata-Pilar book dan Whitecoat. Mungkin akan terbitkan buku bersama The Patriot, mana tahu. Sedang melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan (Kepujian) dari Universiti Mahsa.

Comments are closed.