“Bima Sakti ialah imej janaan CGI.”
Hakikatnya mereka yang mendakwa sedemikian tidak pernah langsung membuka teleskop untuk melihat sendiri keindahan alam semesta. Mereka tidak tahu bahawa imej yang konon mereka dakwakan sebagai CGI itu ialah wujud dan boleh ditatap dengan mata kepala mereka.
Inilah puncanya apabila terlalu tepu dengan Teori Konspirasi yang tidak ikut disipilin ilmu fitan, sampaikan keindahan alam dan kuasa TUHAN itu pun dikatakannya sebagai konspirasi Dajjal Al-Masih… juga Yahudi. Inilah jadinya apabila menolak ilmu sains atau membaca ilmu sains yang datang dari sumber mereka yang bukanlah ahlinya dalam bidang tersebut.
Sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan, hakikat yang tidak diketahui oleh kita bahawa sesungguhnya galaksi Bima Sakti boleh ditatap menggunakan kedua-dua mata tuan-tuan dan puan tanpa perlu menggunakan teleskop dan binocular. Tetapi bagaimana mahu memiliki pengalaman yang hebat ini? Tunggu dulu. Saya akan kongsikan tipsnya dihujung artikel ini. Moleknya kita belajar apa itu Bima Sakti, sebagai penambahan bekalan ilmu pengetahuan kita?
Galaksi Bima Sakti ialah ciptaan ALLAH yang sangat menajkubkan yang wujud di alam semesta. Luasnya berdiameterkan dalam 100, 000 – 200, 000 tahun cahaya dengan jumlah bintang yang wujud di dalamnya dalam sekitar 200 – 400 Billion dengan jumlah planet yang tidak terhidung banyaknya termasuklah dalam sistem solar kita, dengan sebuah pusat galaksi bernama Sagitarius A yang dipercayai terletaknya sebuah lohong hitam gergasi yang jisimnya adalah diramalkan 4.1-4.5 juta kali daripada jisim matahari kita. Bumi kita, bersama dengan matahari beredar mengelilingi pusat galaksi Bima Sakti yang diramal jaraknya dalam 28, 000 tahun cahaya daripada kita. Para saintis meramalkan bahawa usia Bima Sakti itu sendiri adalah 13.7 billion tahun, iaitu sama usia dengan alam semesta kita.
Rasa takjub membaca trivia tentang galaksi ini? Tetapi tahukah anda bahawa anda boleh menatapnya dengan mata kepala anda kalau kena dengan caranya. Mari, saya kongsikan untuk tatapan kalian. Tetapi perlu diketahui bahawa keberhasilan car aini bergantung pada lokasi anda juga. Tetapi tidak salah mencuba bukan?
1. Pastikan langit yang tidak dihiasi oleh cahaya bulan merupakan cara terbaik untuik menatap bima sakti. Perhatikan fasa-fasa bulan dalam calendar.
2. Jauhkan diri daripada sebarang pencemaran cahaya. Cari tempat yang jauh daripada kota. Cari tempat seperti ditengah-tengah lautan, atau lebih baik di hemisfera utara dan selatan. Tetapi lokasi terbaik adalah di garisan khatulistiwa.
3. Anda tidak perlukan teleskop dan binocular. Tetapi pengunaan dua buah alatan ini akan membantu anda menatap galaksi yang lebih jauh dari Bima Sakti seperti Galaksi Andromeda, Nebulae dan juga banyak lagi jasad samawi yang mungkin tidak mampu ditatap oleh mata kita.
4. Apabila sudah sampai di tempat-tempat yang saya maksudkan, pastikan mata anda berjaya mengadaptasikan dengan keadaan kegelapan. Beri ruang untuk mata anda dalam jangka waktu sekitar 15-20 minit.
Teruja? Cubalah untuk berjinak-jinak menyelami keindahan alam semesta. Di sini saya kongsikan gambar-gambar Bima Sakti yang ditangkap oleh jurukamera hebat dari seluruh dunia.
Maha suci ALLAH yang mencipta alam semesta dengan sehebat-hebatnya…
Sumber:
- youcanseethemilkyway.com
2. NASA (2015) ‘Charting The Milky Way From Inside Out’. NASA Official Website [online] 4 June 2015. available from <https://www.nasa.gov/jpl/charting-the-milky-way-from-the-inside-out>
3. Naeye, R. (2008) ‘Milky Way Galaxy’. NASA Official Website [online] 28 August 2008. available from <https://www.nasa.gov/mission_pages/GLAST/science/milky_way_galaxy.html>
-HE-
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
1 Comment
tidak “terhidung” la syial