1) Boleh ke rakyat biasa saman Raja-Raja Melayu?

Ya boleh.

Ia dah termaktub dalam Artikel 181(2) Perlembagaan Persekutuan.

Nak saman, perlu melalui Mahkamah Khas Raja-Raja. Tak boleh melalui court lain.

2) Kenapa Raja-Raja Melayu boleh disaman?

Malaysia menggunakan konsep Raja Berpelembagaan.

Ini bermakna, kuasa Raja-Raja Melayu terhad kepada apa yang ditulis dalam Perlembagaan Persekutuan sahaja.

Raja-Raja Melayu boleh disaman tetang apa sahaja oleh sesiapa sahaja. Dan Raja-Raja Melayu juga boleh didakwa atas dakwaan jenayah di Mahkamah.

Kesemuanya perlu berlaku di Mahkamah Khas Raja.

3) Apa yang boleh kita saman terhadap Raja-Raja Melayu ni?

Apa saja, asalkan kita mengalami kerugian dan kecederaan berpunca daripada Raja-Raja Melayu.

Kes saman terhadap Raja-Raja Melayu ni kes yang sangat janggal. ‘Rare’ orang panggil. Tetapi kesnya wujud.

Ada kes , Baginda yang saman. Ada kes, rakyat biasa atau syarikat yang saman. Boleh tengok kes Faridah Begum atau kes Standard Chartered.

4) Kalau saman Raja-Raja Melayu, tak derhaka ke namanya?

Konsep derhaka ni, sangat subjektif.

Ada orang nampak, ianya satu penderhakaan.

Ada orang nampak, ianya satu hak rakyat jelata.

Apapun, seperti di poin 1 tadi, Raja-Raja Melayu perlu tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.

5) Tak ke saman Raja-Raja Melayu ni, bermaksud melancarkan p3rang terhadap Institusi Raja?

Uih, tidak.

Rakyat jelata ada hak untuk saman Raja-Raja Melayu. Ia bukan satu bentuk peperangan. Ianya hak yang termaktub undang-undang negara.

Lancarkan peperangan terhadap mana-mana Raja-Raja Melayu ni merupakan jenayah yang amat berat.

Dan, ciri-ciri peperangan terhadap Raja-Raja Melayu ni pun, bukan senang-senang nak buktikan.

Ia termaktub di dalam Seksyen 121 dan 121A Kanun Keseksaan. Hukumannya gantung sampai mati.

Antara tertuduh yang pernah dihukum mati dibawah Seksyen 121A ini adalah anak Jamlul Kiram III and the gang ( militan dari Filipina) dan Kumpulan Al-Mau’nah (telah diampunkan).
Kedua-dua kumpulan ini memang real nak lancarkan perang. Angkat senjata. Ada askar sendiri. Bukan setakat menderhaka, tapi nak take over negara daripada Yang Di-Pertuan Agong.

Jadi, bukan mudah-mudah kita nak labelkan seseorang itu ingin lancarkan perang terhadap Raja-Raja Melayu.

6) Ada tak hukuman menghina Raja-Raja Melayu ni?

Ada, cuma takda peruntukkan khas tentang menghina mana-mana Raja-Raja Melayu, termasuklah Yang Di-Pertuan Agong.

Ia tertakluk kepada Akta Hasutan atau Akta Komunikasi Dan Multimedia.

Apabila seseorang itu menghina mana-mana Raja-Raja Melayu sama ada melalui tulisan atau perkataan, mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan (penjara 3 tahun atau denda tak lebih RM5000).

Selain itu, dia juga boleh dihukum di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (Penjara 1 tahun atau denda tak lebih RM50,000).

7) Kes Peguam saman Yang Di-Pertuan Agong sebab tak buat darurat tu macam mana?
Pertama sekali, Peguam tersebut tak saman Yang Di-Pertuan Agong. Beliau saman Kerajaan Malaysia.

Kedua, beliau ingin mencabar titah Yang Di-Pertuan Agong di Mahkamah, sama ada titah itu bercanggah atau tidak dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ketiga, dalam pengetahuan saya, tidak ada apa-apa jumlah pampasan yang diminta oleh Peguam tersebut. Saman tersebut hanya meminta Mahkamah menilai Titah Yang Di-Pertuan Agong berkenaan perintah darurat, yang dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Disebabkan saya tak dapat tengok dan baca Saman Pemula yang difailkan oleh Peguam tersebut, tidaklah saya dapat komen apa-apa.

Maklumat ini berdasarkan informasi media sahaja.

8) Boleh ke kita suruh Mahkamah tentukan mana-mana Titah Baginda sama ada valid atau tak?

Ya, boleh.

Bukan setakat Titah sahaja, malah mana-mana undang-undang atau arahan daripada Kerajaan, boleh dicabar di Mahkamah untuk tentukan sama ada ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang lain.

Kita panggil ia sebagai Judicial Review (Semakan Kehakiman).

9) Siapa yang boleh buat Judicial Review ni?

Semua orang boleh, asalkan dia tak puas hati dengan mana-mana keputusan Kerajaan atau Titah Baginda. Ongkosnya, tanggung sendiri.

Harap pencerahan ini tambahkan ilmu pengetahuan kita tentang isu-isu yang tengah hangat sekarang.

Artikel asal tulisan seorang peguam, Mufarwa Farid. Artikel ini dinaikkan ke portal selepas mendapat keizinan daripada beliau. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Mufarwa Farid, merupakan Peguam, Motivator dan Penulis. Beliau berkhidmat sebagai Peguambela dan Peguamcara di Hanif Hassan & Co. Seremban.

Comments are closed.