Bola sepak merupakan sukan nombor satu di dunia dan menjadi minat semua tanpa mengira warna kulit, fahaman politik mahupun agama. Dan menjelang Piala Dunia 2018 yang akan berlangsung di Rusia tak lama lagi, semua tidak sabar menonton pasukan pilihan masing-masing beraksi di gelanggang bagi merebut trofi idaman ramai itu termasuk Amerika Syarikat. Namun ada sesuatu yang membuatkan ramai peminat bola sepak di luar Amerika merasa kurang senang, mengapa bola sepak (football) dipanggil soccer di sana?
Asal usul perkataan soccer ini dilihat bermula dari kemahuan untuk membezakan bola sepak persatuan atau kita kenali sebagai Persatuan Bola Sepak pada abad ke-19 dengan ragbi bola sepak, satu sukan berbeza yang semakin dikenali pada masa sama. Ragbi bola sepak kemudiannya dikenali ramai sebagai rugger sementara bola sepak persatuan dikenali sebagai soccer walaupun terma bola sepak (football) terus digunakan.
Sementara di seberang Atlantik pula, pelbagai jenis variasi football yang dikenali sebagai gridiron atau American football mula berevolusi pada awal abad ke-20. Istilah soccer atau socker mula digunakan di media sebagai gambaran kepada bola sepak sementara variasi lainnya dikenali sebagai football. Bagaimanapun, tak semua menerima penggunaan terma soccer ini kerana dianggap hodoh dan menjelikkan serta hanya digunakan selepas ribuan akhbar berkeras menggunakan terma tersebut. Apapun, sepanjang abad ke-20, budaya kedua-dua sukan soccer dan football ini berkembang. Terma soccer ini bagaimanapun tidak hanya terpakai di Amerika Syarikat saja. Ia turut berlaku di negara-negara lain ada sukan football yang tersebar luas seperti Ireland (Gaelic football) dan Australia (Australian Rules football). American football berevolusi dari bola sepak persatuan dan ragbi bola sepak. Bagaimanapun, ia menggunakan bola yang berbeza dan set peraturan yang berlainan. Walaupun terma gridiron menerangkan permainan sama di Australia dan New Zealand serta difahami di Amerika Utara tetapi terma tersebut tidak popular.
Jadi mengapa ramai memandang sinis penggunaan terma football untuk menerangkan American football? Ramai berbuat demikian kerana kaki jarang digunakan dalam permainan tersebut. Benar, aspek permainan membabitkan sepakan memang wujud tetapi majoriti permainan menggunakan tangan, satu perkara yang membuatkan ramai peminat merasakan nama tersebut seolah-olah tidak kena dengan permainan tersebut. Sikap ini juga menyebabkan sukan-sukan lain dipandang sinis seperti ragbi, Australian Rules dan Gaelic football.
Perdebatan berkenaan penggunaan terma betul berkenaan bola sepak sangat hangat sehinggakan menarik perhatian beberapa pakar akademik. Mereka mengadakan beberapa kajian untuk melihat sejauh mana teori berkenaan nama dan mencari penjelasan di sebalik semua ini. Seorang profesor dari Universiti Michigan bernama Stefan Szymanski membentangkan satu kajian bertajuk ‘It’s Football, Not Soccer’ pada tahun 2014. Dalam kajian tersebut, Szymanski menulis, “Orang Amerika sudah lama merujuk bola sepak persatuan sebagai soccer sejak bertahun-tahun lamanya sehingga ramai percaya ianya dicipta di Amerika. Ramai cuba mengaitkan penggunaan perkataan ini dengan tuduhan imperialisme dan hegemoni budaya Amerika.”
Hakikatnya menurut beliau, perkataan itu juga kerap digunakan di England sehinggalah 30 tahun lepas. Pada ketika itu, sukan bola sepak atau soccer di Amerika Syarikat sedang berkembang melalui penubuhan liga mereka sendiri iaitu Liga Bola Sepak Amerika Utara (North American Soccer League/NASL) yang berakhir pada tahun 1984 sebelum muncul semula dengan versi moden dan berperanan sebagai liga kedua di bawah Major League Soccer (MLS) pada tahun 2009. NASL amat popular pada ketika itu kerana membariskan pemain-pemain terbaik dunia seperti legenda Brazil Pele, Raja Bola Barcelona mendiang Johan Cruyff, legenda Bayern Munich Franz Beckenbauer dan legenda Manchester United mendiang George Best.
SUMBER
- Manfred, Tony. (2014). Business Insider. The Real Reason Americans Call It Soccer Is All England’s Fault. http://www.businessinsider.com/why-americans-call-it-soccer-2014-6/?IR=T
- Kelly, Ryan. (2018). Goal.com. Football or Soccer? Why Americans differ when it comes to the ‘beautiful game’. http://www.goal.com/en/news/football-or-soccer-why-americans-differ-when-it-comes-to-the/grs18lx2zy9j115agd8zjy41j
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih