Korang pernah ke jumpa orang yang bodoh sombong? Macam satu video ni, ada clique perempuan nak bahan grammar english dari teks mesej sorang lelaki. Tapi sebaliknya, diorang lebih menunjukkan kejahilan diri sendiri. Bahasa diorang pun tunggang-langgang!
Dah la tak reti apa, tapi dia punya confident tahap dewa. Itulah bodoh sombong atau bahasa canggihnya: Dunning-Kruger Effect.
Kesan Dunning-Kruger adalah salah satu bias kognitif yang menjelaskan individu yang mempunyai keupayaan tahap rendah menderita keunggulan ilusi, iaitu seseorang menganggap dirinya mempunyai sifat atau kebolehan yang lebih tinggi, dan mengalami kekeliruan dalam menilai kemampuan kognitif mereka.
Istilah ini dicipta pada tahun 1999 dalam penerbitan David Dunning dan Justin Kruger di Cornell University. Kajian di Michigan University pula menunjukkan, semakin rendah IQ seseorang, semakin agresif kelakuannya. Mereka juga menolak kritikan walaupun bersifat konstruktif.
Manusia yang menderita sindrom ini gagal untuk menilai kemampuan sebenar mereka. Overconfident. Bukan main semangat nak bahan orang tanpa sedar sebenarnya dia sendiri pun tak tahu apa.
Bak kata Socrates: “kebijaksanaan yang sebenar adalah apabila kita mengetahui bahawa kita tidak tahu langsung.”
Dalam tradisi Islam, masalah ini dipanggil jahil murakkab. Iaitu seseorang yang jahil dan dia langsung tidak tahu apa yang dia jahil. Untuk mengajar orang sebegini lebih susah sebab kena tunjukkan dulu di mana kejahilannya sebelum mengajarkan ilmu yang yang sebenar.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Perangai manusia memang kadang-kadang menjengkelkan. Kalau dah faham psikologi orang, takdelah terkejut sangat. Korang bacalah THE HUMAN COMPLEX. Klik https://bit.ly/TheHumanComplexShopee




No comments yet