ROBOTECH adalah nama yang tidak asing lagi di kalangan Gen X & Y yang membesar di depan kaca TV pada awal 1990an. Setiapkali awal pagi jam 9 di TV3, ramai akan duduk depan kaca TV menanti siri ini. Bagi mereka yang membesar pada 1980an pula terkenang nostalgia siri SDF Macross & Genesis Climber Mospeada yang pernah ditayangkan RTM 1.

Ya, siri Robotech merupakan adaptasi dari 3 siri anime berlainan iaitu Super Dimensional Fortress Macross (1982), Super Dimensional Cavalry Southern Cross (1984) & Genesis Climber Mospeada (1983) yang diterbitkan oleh studio Tatsunoko di Jepun. Syarikat hartanah & pengedaran siri animasi di USA iaitu Harmony Gold (HG USA) telah membuat perjanjian pengedaran siri –siri anime ini dengan  Tatsunoko untuk pasaran luar Jepun.

Namun begitu, pada mulanya HG USA ingin mengedarkan siri-siri ini dalam bentuk asal dalam terjemahan ‘dubbing’ B. Inggeris, tetapi pada masa itu peraturan untuk siri animasi / kartun untuk ditayangkan di stesen-stesen TV USA perlu minima sekurang-kurangnya 65 episod (American weekday syndication television).

Maka disinilah HG USA menjemput Carl Macek (pengasas siri Robotech) untuk membantu HG USA & Carl Macek mendapat idea menggabungkan ketiga-tiga siri anime yang berlainan ini menjadi satu siri animasi dengan nama Robotech. Namun begitu HG USA terpaksa membeli hak nama Robotech dari sebuah syarikat permainan Revell yang terlebih dulu menggunakan nama Robotech Defenders pada model mainan robot mereka.

Carl Macek dengan kerjasama HG USA mengadaptasi siri Robotech & jalan cerita diolah sepenuhnya sehingga perjalanan cerita begitu berbeza dari siri asal. Adaptasi ini menjadikan jalan cerita siri Robotech sebagai kisah sains fiksyen peper4ng4n angkasa lepas melibatkan 3 generasi manusia mempertahankan Bumi daripada 3 siri penaklukan makhluk asing kerana berebutkan sumber tenaga asing yang dipanggil ‘Protoculture’.

Siri TV Robotech sebanyak 85 episod mula ditayangkan pada 1985 dan diulangsiar beberapa kali sepanjang akhir 1980an hingga awal 1990an di serata dunia sehingga menembusi pasaran China. Namun begitu siri Robotech tidak ditayangkan di Jepun berdasarkan perjanjian HG USA & Tatsunoko.

Jom kita selami siri Robotech ini secara satu persatu:

ROBOTECH: THE MACROSS SAGA (36 EPISOD)
Timeline: 1999 – 2014

Adaptasi dari siri SDF Macross, ia mengisahkan penemuan manusia ke atas sebuah kapal angkasa makhluk asing yang terhempas di sebuah pulau di Lautan Pasifik pada tahun 1999. United Nations (UN) mengepalai penemuan saintifik ini telah membuat keputusan demi keselamatan manusia sejagat menubuhkan United Nations Space Agency (UN Spacy) & United Nations of Earth Government (UEG).

UEG mengerah segala kekuatan kewangan, saintifik, akademik & sosio ekonomi negara-negara di Bumi dalam membangunkan semula kapal angkasa berkenaan sebagai SDF-1 Macross. UN Spacy pula telah “reverse-engineer” teknologi asing dari kapal angkasa (diberi nama SDF-1 Macross) berkenaan yang dikenali sebagai “Robotechnology” serta membangunkan pelbagai pers3njataan robotik untuk menghadapi anc4m4n makhluk asing.

Pada 2009, armada makhluk asing gergasi iaitu Imperial Zentraedi Forces yang dikepalai Breetai Kridanik & penasihatnya Exedor Folmo telah menemui kapal angkasa seorang saintis genius Robotech Master Zor yang hilang. Zor telah membelot kepada Empayar Robotech Master dengan menyembunyikan Protoculture Matrix, alat yang mampu menghasilkan sumber tenaga Protoculture.

Kapal angkasa yang dilarikan Robotech Master Zor rupa-rupanya terdampar ke Bumi & kini Armada Zentraedi dikerah memburu SDF-1 Macross yang telah diubahsuai dengan teknologi manusia. “First Robotech War” telah bermula.

Dalam keadaan serba kekeliruan, krew SDF-1 dan kapten mereka, Capt Henry J Gloval berbangsa Russia telah mengaktifkan sistem “fold” buat pertama kalinya & mendapati SDF-1 serta pulau Macross telah tiba di orbit Pluto. Selepas misi menyelamat, krew SDF-1 & anggota UN Spacy dengan pelarian Macross City seramai 80,000 orang terpaksa mencari jalan pulang ke Bumi serta diburu oleh Imperial Zentraedi Forces sepanjang perjalanan pulang SDF-1 dari Pluto ke Bumi.

Di sebalik kisah peper4ng4n dalam Sistem Solar ini, kita disajikan dengan drama kisah cinta tiga segi Lt. Rick Hunter seorang juruterbang UN Spacy dengan Lynn Minmay, seorang penyanyi merangkap selebriti remaja Macross City serta Lt Lisa Hayes, pegawai SDF-1.

Pada 2011, Bumi akhirnya hampir mvsnah akibat pengeb0m4n besar-besaran (Rain of Death) oleh 4.8 juta buah kapal angkasa Zentraedi Grand Fleet mengakibatkan berbilion manusia terk0rban namun berjaya dikalahkan UN Spacy.

Kalah jadi abu, menang jadi arang, manusia & Zentraedi terpaksa belajar hidup bersama dan membangunkan semula Bumi. Manusia mula mengadaptasi sumber tenaga Protoculture dengan kerjasama sakibaki Zentraedi yang bersekutu dengan UN Spacy setelah mendapat tahu bahawa Robotech Masters, tuan kepada Zentraedi kini dalam perjalanan ke Bumi.

ROBOTECH: THE MASTERS (24 EPISOD)
Timeline: 2028 – 2031


Adaptasi siri SDC Southern Cross. Kini generasi kedua manusia & sakibaki Zentraedi yang membesar selepas era kemusnahan “First Robotech War”, Bumi dipimpin United Earth Government (UEG) manakala UN SPACY telah berubah menjadi United Earth Defence Forces – Southern Cross (UEDF-SC) mengikut peredaran masa.

Menggunakan sumber tenaga Protoculture secara meluas, UEG & Southern Cross membangunkan semula Robotechnology bagi tujuan pembangunan pertahanan, penempatan sosio ekonomi & pembangunan tamadun manusia yang hampir mvsnah akibat penangan Zentraedi (Rain of Death) serta usaha memelihara ekosistem alam sekitar Bumi.

Pada 2029, Armada Robotech Masters telah mengepung orbit Bumi setelah mengesan kemvsnahan armada Imperial Zentraedi Forces mereka belasan tahun dulu. “Second Robotech War” bermula bila Robotech Masters memvsnahkan sistem pertahanan UEDF-SC di Bulan.

Bumi yang kini terasing dari koloni-koloni mereka di angkasa terpaksa berhadapan ser4ng4n bertali arus oleh angkatan Imperial Biroid Forces yang diketuai Warlord Zor Prime, panglima turus Robotech Masters. Walaupun jumlah armada Robotech Masters lebih kecil berbanding hamba mereka Zentraedi, tetapi kecanggihan Robotechnology mereka melebihi Robotechnology yang diadaptasi manusia berdasarkan “reverse-engineer” teknologi Zentraedi.

Bumi mula menerima kekalahan demi kekalahan serta kesan emosi ke atas anggota tentera Southern Cross yang rata-rata muda remaja rekrut antara 16 – 21 tahun. Bantuan dari koloni-koloni manusia di angkasa raya juga gagal menembusi pengepungan orbit Bumi oleh armada Robotech Masters.

Zor Prime (yang rupa-rupanya klon Robotech Master Zor, pembelot Empayar Robotech Masters) telah menyusupi unit elit Hovertank 15th Alpha Tactical Armored Corp (1th ATAC) & bertanggungjawab mendedahkan taktik, pelan ser4ng4n dan perancangan strategik Southern Cross kepada Robotech Masters.

Diselangseli pula kisah percintaan tragik antara Lt Dana Sterling & Zor Prime, Pvt. Bowie Grant dengan Musica, Robotech Master Muse, pergolakan panglima atasan Southern Cross & pengaruh “cultural contamination” pencemaran budaya manusia ke atas masyarakat Robotech Masters.

Kali ini, Robotech Masters semakin terdesak kerana bekalan Protoculture semakin berkurangan & Southern Cross pula terdesak untuk mematahkan pengepungan Robotech Masters mula melancarkan beberapa kempen serangan balas di orbit Bumi secara habis-habisan. Banyak k0rban nyawa antara kedua belah pihak, namun Robotech Masters dikalahkan juga kali terakhir akibat pembelotan Zor Prime (klon Robotech Master Zor).

ROBOTECH: THE NEW GENERATION (25 EPISOD)
Timeline: 2038 – 2044

Adaptasi GC Mospeada. Pada tahun 2031, sebaik sahaja per4ng antara manusia vs Robotech Masters tamat, Invid di bawah pimpinan Queen Mother Regess mengesan kehadiran sumber tenaga Protoculture di Bumi.

Invid melancarkan ser4ng4n mengejut & men4kluk Bumi serta merta, manakala sakibaki anggota Southern Cross (termasuk 15th ATAC) & sebahagian manusia & pelarian Robotech Masters melarikan diri ke angkasa lepas sama ada ke Marikh, koloni-koloni di Jupiter & Saturn serta koloni-koloni manusia di luar Sistem Solar.

Koloni-koloni manusia di angkasaraya bersatu di bawah United Earth Expeditionary Forces (UEEF) & Expeditonary Council berusaha untuk membebaskan Bumi dari cengk4m4n Invid. Bermulalah “Third Robotech War”

UEEF melancarkan First Earth Reclaimation Mission pada tahun 2038 oleh 10th Mars Division tetapi gagal membebaskan Bumi. Pada tahun 2042, kali ini UEEF melancarkan Second Earth Reclaimation Mission oleh 21st Mars Division pula tetapi armada ini dimvsnahkan Invid di orbit dan hanya seorang pilot iaitu Lt Cmmdr.

Scott Bernard yang terselamat & terhempas di Bumi. Scott Bernard terpaksa menubuhkan unit gerila dengan p3mb3r0ntak dikalangan manusia yang dij4j4h oleh Invid hampir 10 dekad (2031-2042). Pembelotan oleh manusia simpatisan Invid, kesukaran mendapatkan bekalan seperti sumber tenaga Protoculture, merancang ser4ng4n gerila, dan penyusupan ejen-ejen Invid samada manusia pembelot atau Invid berevolusi menyerupai manusia.

Invid jauh lebih misterius berbanding Zentraedi / Robotech Master, rupa-rupanya musuh ketat Empayar Robotech Masters & menyalahkan Robotech Master Zor yang mencuri rahsia pembuatan Protoculture dari Ratu Invid Regess menyebabkan kemudian armada Zentraedi memvsnahkan planet Invid iaitu Optera.

Hanya kerana ketamakan Robotech Masters mahu menguasai pengeluaran Protoculture. Kali ini bila ekosistem Bumi didapati sesuai menampung penanaman Invid Flower of Life di mana sumber tenaga Protoculture terhasil, Invid merancang untuk menjadikan Bumi sebagai planet mereka & manusia diperhambakan. Invid juga bereksperimentasi dengan kepelbagaian spesis Bumi untuk mendapat evolusi teragung, akhirnya mendapati evolusi Invid sebagai manusia sebagai bentuk terakhir Invid untuk tinggal selama-lamanya di Bumi.

Unit gerila Scott Bernard mengembara dari Amerika Selatan hingga ke Amerika Utara hampir 2 tahun mendapat berita bahawa Admiral Rick Hunter dari UEEF melancarkan Final Earth Reclaimation Mission untuk membebaskan Bumi.

Armada UEEF dari angkasa lepas tiba ke Bumi & rupa-rupanya jika UEEF kalah sekali lagi, UEEF akan mengebom Bumi dengan misil Neutron-S yang akan memusnahkan semua hidupan di muka bumi termasuk Invid & manusia lainnya. Invid Regess menyedari pelan ini & meninggalkan Bumi ke galaksi lain selepas memusnahkan misil pemusnah Neutron-S serta sebahagian daripada armada UEEF.

CODENAME: ROBOTECH (1985)
Timeline: 2009 – 2010


Prekuel kepada Robotech: The Macross Saga. Merupakan siri pilot awal Robotech yang disiarkan sebelum siri Robotech ditayangkan di TV. Durasi tayangan 1 jam 13 minit, ia adalah movie kompilasi Robotech: The Macross Saga, dari sudut pandangan karakter Kapten SDF-1, Capt. Henry Gloval.

ROBOTECH THE MOVIE – THE UNTOLD STORY (1986)
Timeline: 2027 – 2028

Adaptasi anime OAV Megazone 23 Part 1. Prekuel kepada Robotech: The Masters. Movie sulung Robotech yang diterbitkan oleh Cannons Film & HG USA, ia mengisahkan sistem A.I computer SDF-1 iaitu EVE menjadi virtual idol di Jepun.

Namun begitu armada awal Robotech Master telah menculik seorang anggota Robotech Research Center iatu Col. BD Andrews dan menggantikannya dengan klon mereka untuk mengintip dan mencuri sistem A.I EVE untuk mendapatkan rahsia pertahanan planet Bumi dan lokasi Protoculture Matrix. EVE terpaksa meminta pertolongan seorang mat motor jalanan iaitu Mark Landry untuk menggagalkan rancangan klon BD Andrews & Robotech Master.

ROBOTECH II: THE SENTINELS MOVIE (1992)
Timeline: 2020 – 2022

Prekuel kepada Robotech: The New Generation Mengisahkan persiapan armada Robotech Expeditionary Forces yang dipimpin Admiral Lisa Hayes & Brig. Gen. Rick Hunter untuk menghalang armada Robotech Masters dari tiba ke Bumi. Pada masa sama, Raja Invid Regent bertelagah dengan Invid Queen Mother Regess kerana perbezaan pendapat.

Invid Regent melancarkan ser4ng4n ke planet Tyrol, iaitu planet asal Empayar Robotech Masters & men4klukinya dengan unit-unit mecha Invid serta unit dron Invid Inorganics yang memvsnahkan saki-baki militia Imperial Bioroid Forces. Kemarahan Invid Regent tak dapat dibendung apabila dimaklumkan Robotech Masters sudah lama meninggalkan planet asal mereka, dan dia melakukan kek3jaman & pengh4pvsan etnik warga Robotech Masters yang terselamat.

Tyrol dij4j4h Invid Regent, manakala Invid Regess membawa separuh bangsa Invid untuk mengesan kapal angkasa Robotech Master Zor yang hilang dan menjejaki armada Robotech Master.

ROBOTECH: THE SHADOW CHRONICLES (2007)
Timeline: 2044

Sekuel kepada Robotech: The New Generation. Mengisahkan persiapan armada UEEF yang dipers3nj4t4kan dengan Robotechnology hybrid Shadow-Tech yang dikepalai Admiral Rick Hunter melancarkan ser4ng4n terakhir Final Earth Reclaimation Mission. SDF-4 Liberator dibawah pimpinan Lt Gen. Gunther Rheinhardt terpaksa mengambil alih pucuk pimpinan armada UEEF apabila SDF-3 Pioneer dibawah pimpinan Admiral Rick Hunter hilang di Omicron Sector setelah misi ujian misil pemvsnah Neutron-S.

Ser4ng4n terakhir UEEF ke atas Invid Regess hampir gagal & pucuk pimpinan UEEF menggunakan misil pemvsnah Neutron S ke Bumi. Regess mengesan Shadow-Tech & misil pemvsnah Neutron-S sebagai senjata musuh kuno nenek moyang Invid iaitu “Children of the Shadow” segera meninggalkan Bumi. Capt. Vincent Grant dengan kapal prototaip UES Icarus dalam misi Search & Rescue SDF-3 di Omicron Sector diserang makhluk asing yang turut menggunakan Shadow-Tech.

UES Icarus menyelamatkan android Janice II. Lt Cmmdr. Scott Bernard menyertai krew UES Icarus bekerjasama dengan Invid Princess Ariel dan android Janice II membongkar konspirasi Haydonite, bangsa makhluk asing yang membekalkan teknologi Shadow-Tech kepada UEEF. Teknologi Shadow-Tech & misil pemvsnah Neutron S adalah taktik Trojan Horse bangsa cybernetic Haydonite yang pernah dikenail “Children of The Shadow” untuk mengh4pvskan mana2 tamadun menggunakan Protoculture! Apakah nasib UEEF yang dikhianati?

ROBOTECH: LOVE LIVE ALIVE (2014)
Timeline: 2038 – 2045

Adaptasi OAV Mospeada Love Live Alive. Sekuel kepada Robotech: The New Generation. Dari sudut penceritaan Lt Lancer Belmont yang bakal mengadakan konsert kemerdekaan Bumi yang bebas dari penj4j4han Invid dimana dia diwawancara wartawan tentang pengalamannya ketika “Third Robotech War”.

Dia menceritakan telah menyertai serangan UEEF First Earth Reclaimation Mission oleh 10th Mars Division pada 2038. Dia seorang sahaja terselamat dan terpaksa menyamar sebagai penyanyi wanita dengan nama samaran Yellow Dancer bagi mengelakkan diburu Invid dan ejen simpatisan Invid dan bagaimana pada 2042, dia menyertai Scott Bernard dan menubuhkan unit gerila mereka sendiri menentang Invid. Dari selingan wawancara, konsert akhirnya Lancer “Yellow Dancer” Belmont bertemu kembali dengan rakan-rakan gerilanya buat kali terakhir.

ROBOTECH DALAM MEDIA LAIN

Siri Robotech turut diteruskan dalam media lain dan menjadi satu francais yang bertahan sejak 1985 sehingga sekarang. Dari pelbagai jenis komik Robotech yang diterbitkan Comico, Eternity Comics, Academy Comics, Antartic Press dari 1980an – 1990an hinggalah kepada penerbit besar dunia komik Barat seperti Wildstorm DC dan Titan Comics dari 2000an – 2010an.

Dalam dunia penulisan melibatkan koleksi 21 buah novel siri Robotech diterbitkan Del Rey hasil tulisan Jack McKinney, nama samaran duo Brian Daley & James Luceno yang merupakan penulis novel bagi francais Star Wars!

Dua permainan konsol X-Box & Playstation 2 seperti Robotech Battlecry & Robotech Invasion pada pertengahan 2000an diterbitkan oleh TDK Mediactive & Vicious Cycle. Selain itu beberapa permainan mobile-game turut dibangunkan.

Paling bertahan lama adalah siri “Role Play Gaming” (RPG) untuk komuniti RPG “pen & paper” genre Sci-Fi iaitu Edisi Pertama Robotech RPG pada 1980an-1990an & Edisi Kedua Robotech RPG diterbitkan Palladium Books pada 2000an – 2010an. Kini siri terbaru Robotech RPG diteruskan oleh Strange Machine Games & juga Battlefield Press International dari 2019 hingga sekarang.

Selain itu pelbagai produk “merchandise” seperti permainan, model action figure, t-shirt, jaket dan banyak lagi produk dikeluarkan oleh HG USA dengan syarikat seperti Toynami dan lainnya malah yang terbaru adalah dari Kidslogic Hong Kong.

LEGASI ROBOTECH

Siri Robotech secara umumnya melahirkan generasi pertama peminat celik anime pada pertengahan dan akhir 1980an yang membesar menikmati karya-karya seperti AKIRA, Ghost in The Shell serta pelbagai judul anime lainnya pada 1990an.

Ramai di kalangan peminat Robotech yang merupakan siri sci-fi ketenteraan terpengaruh & menyertai angkatan tentera seperti US Army, US Navy, US Airforce & US Marine Corp dan ada yang menyertai bidang aeroangkasa.

Tidak kurang juga ada peminat Robotech menjadi penerbit siri sci-fi lain seperti Star Wars iaitu Dave Filoni, pencipta siri animasi Star Wars Clone Wars, Star Wars Rebels, Star Wars Resistance dan kini penerbit siri live Action Star Wars The Mandalorian dimana siri Robotech memberi impak besar kepada diri beliau. Acapkali media Barat menyatakan siri Robotech sebagai perintis gelombang anime di dunia Barat.

Tapi ada kisah disebaliknya apabila HG USA cuba menidakkan hak studio Big West (pemilik siri Macross) Jepun untuk memasarkan sekuel Macross di seluruh dunia. Perkara ini berlarutan apabila Tatsunoko terus menyambung semula perjanjian dengan HG USA. Namun begitu Big West kini mula bertindakbalas menerusi tindakan hakcipta Macross di EU, UK, Australia & China.

Selain itu ada juga projek siri Robotech yang gagal disiapkan seperti siri sambungan Robotech II Sentinels 60 episod tak dapat disiapkan (masalah krisis Yen & USD) pada 1980an, siri Robotech 3000 pada awal 2000an oleh Netter Digital yang bankrap (studio yang terlibat siri Babylon 5), Kickstarter Robotech Tactics RPG yang gagal dan Kickstarter siri pilot TV Robotech Academy.

Malah adaptasi filem “Live Action” Robotech yang dicanang-canang oleh Hollywood bermula dari Warner Bros. dari 2007 sehinggalah hak filem itu dibeli Sony Pictures pada 2015 masih tampak samar-samar. Tetapi Robotech masih lagi berkembang dengan produk-produk lain seperti siri komik ‘reboot’, RPG, “collectibles”, permainan dan lain-lain lagi. Berkemungkinan, siri Robotech akan berterusan apabila kini semua siri TV Robotech dapat diakses secara “online streaming” dari Netflix, Crackle, Roku, Vudu, Hulu, Stan dan Amazon.

RUJUKAN:

1) Laman Rasmi Robotech: https://robotech.com/

2) Robotech TV Series: https://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/anime.php?id=71

3) Artikel: “Will The Macross Franchise Ever Be Made Available In The West?” oleh Justin Sevakis. Pautan: https://www.animenewsnetwork.com/answerman/2019-08-07/.148929


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Reza Shah telah berumur 40-series, seorang "self-declared" mecha-anime-gunjin Otaku-tua-kutuk-tak-sedar-diri. Juga peminat sejarah amatur serta sosio-geopolitik global, penulis di zaman mudanya adalah tersohor sebagai "keyboard warrior" dalam membela agama, bangsa & negara di laman mIRC, Internet Mailing List (IML) dan forum-forum, di Internet. Kini dia bersara dari dunia menghempas keyboard, dan lebih suka mengarang "fan-fiction" berbentuk fiksyen sejarah untuk Macross / Robotech. Oh, penulis telah berkhidmat 20 tahun dalam bidang pengajian tinggi dari sebuah Pusat Matrikulasi di Sarawak dan sudah sedekad bertugas di sebuah Universiti GLC di Semenanjung. Banzaiiiii!

Comments are closed.