Ulasan: Reza Shah (Penulis adalah “self-declared” mecha-gunjin-anime Otaku)

Senang cerita …. nostalgia. Generasi era Boomer, Gen X dan Gen Y sahaja terutama geng Mecha-Otaku, Patlabor adalah perkataan yang tidak asing lagi. Sebuah francais yang ada siri Anime, OVA, Movie Trilogy, Light Novel, Manga, video game dan Live Action Dorama / Live Action Movie. Diterbitkan pula oleh Headgear, satu group otai-otai animator & mangaka yang tahap LEGENDARY dalam industri manga / anime di Jepun.

PATLABOR @ Mobile Police Patlabor mengisahkan satu unit Tokyo Metropolitan Police yang mengendalikan kes-kes jenayah melibatkan Labor, iaitu jentera Robotik yang digunakan meluas di Jepun bagi tujuan industri / pembinaan / perlombongan / pertanian dalam segala sektor hingga ketenteraan. Unit Special Vehicle Section 2, Division 2 aka SV2 dibekalkan dengan 2 buah prototaip Patlabor bagi mengawal jenayah jentera Labor.

Tapi menyedihkan, walaupun kononnya “elit”, Unit SV2 jadi bahan lawak, jenaka serta makian kerana dituduh membazir duit rakyat, tidak berguna satu sen pun dan amat menyedihkan, organisasi Polis Jepun ada saja alasan hendak menutup Unit SV2 kerana dianggap “menghabehkan boreh” sebab kos penyelenggaraan Unit SV2 terlalu mahal sehingga menelan bajet ratusan juta yen.

Kerana itulah Unit SV2 ditempatkan di pengkalan terpencil jauh dari bandar, kena tanam sayuran sendiri, siap ada reban ayam sendiri, dan para anggota SV2 turut mengatur ekspedisi memancing di teluk berdekatan pengkalan.

Selain itu cuma ada paling terdekat sebuah kedai runcit 24 jam diredah seminggu sekali untuk membeli barangan keperluan, dan sebuah restoran Chinese Food untuk pesanan take-away sahaja (order-lah Nasi goreng pattaya ke nasi goreng Sichuan.

Restoran itu hantar nasi goreng biasa “take it or leave it”). Cubalah bayangkan, kena “survive” sendiri. Sudahlah satu pengkalan penuh berpuluh mekanik & “technician”, pilot 2-3 kerat tapi komander pula sekejap ada sekejap tiada (macam biskut chipsmore).

Kes jenayah robotik bukan banyak pun, maka anggota Unit SV2 terperap 24 jam kononnya berstatus “combat ready” tapi bermain video-game, tidur, termenung panjang, melayan ayam dekat reban, mengular, melayan internet, tengok video filem & jika rajin macam pilot Noa Izumi bersihkan (sebenarnya mandikan unit Patlabor kesayangannya Alphonse). Jika ada kes cuma setakat menahan pemandu Labor yang mabuk, mogok malahan sampai kes selamatkan binatang peliharaan tersangkut ke pokok pun Unit SV2 ambil punyalah terdesak asalkan kes janji ada.

Sekali sekala dapat “job” gempak setakat jadi pak pacak “escort” duta-duta atau lawatan diplomatik wakil negara luar. Mana boleh tahan  selalu dibahan oleh unit-unit Polis Jepun biasa yang menyampah pada Unit SV2, ataupun Unit2 Tentera JSDF yang memiliki unit-unit mecha Patlabor tentera lebih canggih.

Setiap hari pula SV2 kena menghadap makian pembangkang, diperli oleh pihak atasan Polis Jepun dan rakyat jelata pun membawang mengenai Unit ini. Sehingga media di Jepun seperti akhbar dan TV mengkritik Unit SV2 sampai tahap berita TV pun buat forum Unit Polis Patlabor SV2 membazir belanjawan negara Jepun.

Kisah dan senario “Slice of Life” disulami genre mecha action yang realistik era 1990-an bersama komedi memang menambat hati peminat siri Patlabor. Perangai watak-watak polis Unit SV2, mekanik dan watak tambahan dalam pengkalan Unit Polis Patlabor SV2 juga sangat dekat dengan kehudupa yang mirip kehidupan kita.

Ada kaki skema, kaki mengular, kaki game, yang gaya budak kampung, gaya budak bandar, gearhead, otaku mecha, takut isteri, pening bab duit dll. Berlainan perangai, tapi bab cari makan “breakfast / lunch / dinner” pula bersatu hati.

Cuma jika ikut trilogi filem Patlabor 1-3 bab komedi berkurangan bertukar menjadi “level dark comedy”, serius, “political drama”, “procedural investigation”, “hardcore detective”, “thriller” sci-fi mecha (ini kerana Unit SV2 masih lagi Unit Polis). Animasi trilogi filem berkualiti Gred A+.

SIRI LIVE ACTION DORAMA & FILEM “THE NEXT GENERATION PATLABOR”

Hebatnya penangan Patlabor ini sehinggakan ia adalah satu-satunya anime dari genre “Real Robot” diadaptasi ke siri Live Action Drama dan Live Action Movie iaitu “The Next Generation: Patlabor” pada 2014-2015. Siri Live Action Patlabor pun masih mengekalkan elemen komedi “Slice of Life” versi anime.

Namun begitu, diingatkan bahawa untuk mengikuti siri Patlabor ada 3 Timeline berbeza iaitu:


1) Movie Timeline:
– Siri OVA Patlabor: Early Days – 7 ep (1988-89)
– Filem Patlabor: The Movie (1989)
– Filem Patlabor 2: The Movie (1993)
– Filem WXIII: Patlabor 3 The Movie (2002)
– Siri Live Action Dorama The Next Generation: Patlabor – 12 ep (2014-2015)
– Filem Live Action The Next Generation: Patlabor (2015)


2) TV series Timeline:
– Patlabor the TV Series – 47 ep (1989-90)
– Siri OVA Patlabor The New Files – 16 ep (1990-92)

3) Manga Timeline – Patlabor (1988-94)

 Apalagi, marilah terokai pengalaman Unit Polis Patlabor SV2 dan “adventure” mereka bersama Patlabor!

Rujukan:
1. Patlabor Mobile Police TV
https://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/anime.php?id=59

 

2. Laman Patlabor
http://www.patlabor.info/

Artikel dikirimkan oleh Reza Shah untuk The Patriots.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Reza Shah telah berumur 40-series, seorang "self-declared" mecha-anime-gunjin Otaku-tua-kutuk-tak-sedar-diri. Juga peminat sejarah amatur serta sosio-geopolitik global, penulis di zaman mudanya adalah tersohor sebagai "keyboard warrior" dalam membela agama, bangsa & negara di laman mIRC, Internet Mailing List (IML) dan forum-forum, di Internet. Kini dia bersara dari dunia menghempas keyboard, dan lebih suka mengarang "fan-fiction" berbentuk fiksyen sejarah untuk Macross / Robotech. Oh, penulis telah berkhidmat 20 tahun dalam bidang pengajian tinggi dari sebuah Pusat Matrikulasi di Sarawak dan sudah sedekad bertugas di sebuah Universiti GLC di Semenanjung. Banzaiiiii!

Comments are closed.