Tiada drama Newtype vs Newtype, tiada Gundam yang terlalu “Uber-Powerful” terlalu kuat sampai tidak masuk akal dan elemen yang paling penting, sangat realistik. Ya, sampai sekarang peminat siri ini menganggap MS Gundam: 08th MS Team sebagai siri Gundam yang sangat berpijak di bumi nyata dengan aksi pertempuran gerila, close quarter battle, combined arms tactic, small unit operations dan urban combat.
Diarahkan oleh Takeyuki Kanda & Umanosuke Iida sebanyak 12 episod dari 1996-1999 sebagai minisiri Original Video Animation (OVA) termasuk satu filem kompilasi Movie – 08th MS Team Miller’s Report, siri ini menjadi cult classic dikalangan peminat siri Gundam era Universal Century (UC).
Berlatarbelakangkan One Year War pada tahun 0079UC, ia mengisahkan Federation mengendalikan operasi gerila di hutan belantara Indochina melawan penaklukan Principality of Zeon. Zeon mula mengalami kekalahan akibat hilang sokongan penduduk di Asia Tenggara manakala Federation mula mengoperasikan beberapa unit RX-79[G] Gundam Ground Type digunakan Battalion Kojima untuk melawan Mobile Suit Zeon seperti MS-06 Zaku / MS-07 Gouf / MS-09 Dom dan MSM 04 Acguy.
Dengan bantuan gerila tempatan, Battalion Kojima perlahan-lahan maju selangkah demi selangkah ke teater operasi untuk menamatkan penguasaan Zeon di Asia Tenggara. Perspektif cerita ini dibawa dua watak protagonis, iaitu Ensign Shiro Amada yang baru ditugaskan memimpin 08th MS Team dan Aina Sahalin, pilot prototaip Mobile Suit yang dibangunkan oleh Zeon di Asia Tenggara. Siri ini juga disulami kisah cinta terlarang, aturgerak taktikal, permainan emosi tentera bawahan yang terpaksa akur arahan atasan dan berhadapan kerenah birokrasi di samping tekanan operasi ketenteraan.
Gundam dalam siri ini sebenarnya bukan uber-mech atau super duper powerful tidak masuk akal setaraf siri-siri Gundam yang dipandu manusia berevolusi Newtype (UC era Gundam) / Coordinator (MS Gundam Seed) / Innovator (MS Gundam 00). Ia hanyalah “Gundam pada nama sahaja” semestinya RX-79[G] Gundam Ground Type dari MS Gundam 08th MS Team. Pilot level manusia biasa bukan Newtype pun boleh mengoperasikan Gundam ini. Satu lagi RX-79[G] ni adalah jenis Mobile Suit yang dibangunkan setaraf versi Mobile Suit Federation iaitu RGM-79 jenis Mass-Production siap boleh berkongsi alat ganti lagi, malahan kira bukanlah seperti siri prototaip RX-79 Gundam lagenda yang dipandu Amuro Ray semasa era One Year War.
Pembangunan RX-79[G] Gundam Ground Type sebenarnya langkah terakhir Federation untuk melengkapkan unit-unit kecil Battalion Kojima dengan Mobile Suit berkualiti dan melancarkan perang saraf kepada unit-unit Mobile Suit dibawah Principality of Zeon di Asia Tenggara bahawa Federation telah memobilisasi unit-unit Gundam. Namun begitu, RX-79[G] Gundam sebenarnya dihasilkan dari lebihan stok alat ganti (spare part) RX-79 Gundam (prototaip Gundam sebenar – pilot Newtype Amuro Ray) yang dibina Federation. Hanya 28 buah RX-79[G] Ground Type dibina dari stok lebihan alat ganti, selepas itu “ditampal koyok” pula dengan alat ganti Mobile Suit RGM-79 Ground Type. Nama sahaja Gundam, tapi performance lebih kurang Mobile Suit Federation yang lain (tidaklah kebal macam RX-79 Gundam dipandu Amuro Ray).
Bila kita layan 08th MS Team baru kita tahu betapa mitos kekebalan RX-79 Gundam dengan pilot Newtype dimomokkan Federation untuk menjatuhkan moral musuhnya Zeon, tetapi unit-unit Batalion Kojima yang menggunakan RX-79[G] Gundam Ground Type pula bukanlah kebal pun hanyalah dipandu pilot-pilot biasa yang tidak pula menganggap mereka ini istimewa / terpilih memandu Gundam “pada nama sahaja”. Tapi menyaksikan bagaimana pilot-pilot ini memanfaatkan Gundam” suam-suam kuku” ini secara efektif dalam kekangan lojistik, maintenance dan kadangkala kerenah birokrasi atasan dan menjadikan unit mereka disegani kawan dan lawan. Tambahan pula 08th MS Team beroperasi di kawasan tropika Asia Tenggara dengan peperangan gerila mengingatkan kita kempen Perang Vietnam 1960an-70an.
Jika kita mahu tengok perspektif pilot biasa dalam suasana peperangan hutan dan urban melibatkan mecha secara secara realistik, maka wajarlah diangkat RX-79[G] sebagai Gundam untuk manusia biasa. “Your next door Gundam” atau “Gundam for grunts” aka Gundam untuk para marhaen. Adakah RX-79[G] Gundam Ground Type ini boleh dianggap setaraf Hero Uber-Gundam yang menjadi santapan siri-siri Gundam lainnya? Tidak, ia adalah Gundam tanpa plot-armor, Gundam yang tidak sempurna, ia adalah Gundam pada nama sahaja, tetapi sesuai bagi tentera biasa.
RUJUKAN:
1. Mobile Suit Gundam: The 08th MS Team Info: https://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/anime.php?id=24
2. Mobile Suit Gundam: The 08th MS Team Ep Review: https://www.mahq.net/animation/gundam/08MS/08ms.htm
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih