Siri Pertama Manga Maison Ikkoku

Sebenarnya kan, sebelum kegilaan para otaku atau weaboo kepada watak-watak “kawaii’ 2D-3D Waifus ini, al-kisahnya pada tahun 1980-1987 terdapat sebuah siri manga diterbitkan di Jepun yang merevolusikan genre “romantic-comedy (rom-com) slice of life”.

Yang menarik sekali, calon waifu kebanyakan otaku awal 1980an bukan anak dara sekolah menengah, idol, tsundere (minta dijauhkan lolicon), tetapi watak seorang wanita berstatus janda mati suami telah menyebabkan seorang teruna jadi angau terpikat hati jiwa raganya dipanah cinta.

Janda lawa itu bernama Kyoko Otonashi, menjadi igauan tidur tak lena mandi tak basah sang teruna Yusaku Godai seorang lelaki bujang pelajar kolej. Manga itu ialah manga rom-com paling lagenda diadaptasi ke siri anime semasa Zaman Keemasan Anime (Anime Golden Age) 1980an iaitu Maison Ikkoku.

Maison Ikkoku digarap oleh mangaka wanita Jepun yang terulung, Cik Rumiko Takahashi yang terkenal dengan karya-karyanya iaitu Urusei Yatsura, Ranma 1/2  & Inusyaha, kesemua karyanya memenangi pelbagai jenis anugerah manga serta anime.

Maison Ikkoku ini dianggap memang tahap legenda dari manga diadaptasi ke anime kerana genre romantik jenis dewasa ini merentas batas usia peminat. Kisah mengenai budak bujang kolej menyewa tinggal di bilik sewa asrama yang mana diuruskan oleh janda muda. Dengan ragam perangai penyewa-penyewa lain, kisah cinta tiga segi antara sang janda, teruna & ehhem, anak dara yang masih suci … memang dah macam drama Korea lah pula.

Yusaku Godai (jejaka pakai sweater biru) angau separuh mati pada Kyoko Otonashi (pakai apron kuning memegang penyapu)

Yusaku Godai mengharungi susah payah berdikari tinggal di kotaraya metropolitan, cuba menyeimbangkan kehidupan kolej, sosial, tekanan pelajaran serta harapan ibubapanya, manakala Kyoko Otonashi pula berdepan masalah harian menguruskan penghuni bilik-bilik sewanya, pandangan masyarakat pada status jandanya & bagaimana kisah mereka berdua ini di sebalik pelbagai peristiwa persekitaran yang akhirnya memutikkan rasa cinta.

Ada halangan juga bila keluarga Yusaku Godai pula memperkenalkan bakal calon menantu iaitu Kozue Nanao, gadis lawa sesuci embun pagi (ceewahhhh), menjadi batu penghalang sang teruna mengejar cinta si janda.

Tapi Yusaku Godai tetap berusaha memikat hati si janda,Kyoko Otonashi. Banyak “twist & turn” dalam anime ini. Kita akan ketawa, serius hatta menangis melihat babak-babak dalam jalan cerita anime ini.

Maison Ikkoku benar-benar mengambil peduli pembangunan watak (character development) terutama sudut POV (point of view) watak Kyoko berinteraksi dengan Godai sangat realistik. Kita boleh menyelami perasaan dan mainan emosi watak-watak di dalam anime ini.

Kyoko yang sangat komplikated kerana itulah lumrah wanita, adakalanya masih teringatkan suaminya yang telah lama mati sehinggakan Kyoko terperangkap dilemma adakah perlu diberi ruang dirinya dicintai & menyintai. Manakala Godai pun satu haru juga melayan perasaannya yang terpaksa menghadapi masalah kehidupan serta terperangkap cinta tiga segi antara Kyoko & Nanao.

Kyoko Otonashi tetap bersabar melayan kerenah para penyewa bilik di bangunan asrama / apartment yang diuruskannya.

Jika anda mencari siri anime atau manga yang berbentuk romantik komedi (rom-com) yang realistik dan lebih dewasa, maka cubalah membaca manga / menonton anime Maison Ikkoku. Siri anime sangat panjang macam drama bersiri iaitu 96 episod diikuti minisiri OAV (Original Video Animation) sebanyak 3 episod & 1 filem Anime. Kepopularannya menyebabkan Maison Ikkoku diadaptasi beberapa kali sebagai filem “Live Action” pada 1986, 2007 & 2008.

Maison Ikkoku adalah antara siri manga & anime yang sangat berjaya dari penjualan & terkenal memperkenalkan genre “slice of life / rom-com” di pasaran Barat & Eropah pada awal sehinggalah  pertengahan 1990an. Memang fasa demam janda weyhh dengan Kyoko Otonashi. Waifu material pula tu.

Saya bagi 5/5 bintang untuk siri ini. Inilah siri anime yang memperkenalkan genre “rom-com / slice of life” kepada saya semasa pertengahan 1990an. Kalau “imaginary waifu” pastilah saya memilih watak Misa Hayase dari SDF Macross (1984) sebagai cinta pandang pertama TETAPI …. Kyoko Otonashi si janda genit adalah “everlasting love for safekeeping forever always in my heart.”

P/S: Dalam hampir 30 tahun bergelar Otaku ni, 2D waifus datang dan pergi, hanya Kyoko Otonashi masih berbekas di hati. Huhuhu …. dan Misa Hayase. Tentulah waifu-chan saya yang real-laifu tu tetap nombor 1 lah. Gila engkau nanti waifu-chan tak memasak kebulur lah saya.

RUJUKAN:

Maison Ikkoku Anime TV Series Info: https://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/anime.php?id=376

Laman Web Rasmi Maison Ikkoku:
https://www.viz.com/maison-ikkoku


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Reza Shah telah berumur 40-series, seorang "self-declared" mecha-anime-gunjin Otaku-tua-kutuk-tak-sedar-diri. Juga peminat sejarah amatur serta sosio-geopolitik global, penulis di zaman mudanya adalah tersohor sebagai "keyboard warrior" dalam membela agama, bangsa & negara di laman mIRC, Internet Mailing List (IML) dan forum-forum, di Internet. Kini dia bersara dari dunia menghempas keyboard, dan lebih suka mengarang "fan-fiction" berbentuk fiksyen sejarah untuk Macross / Robotech. Oh, penulis telah berkhidmat 20 tahun dalam bidang pengajian tinggi dari sebuah Pusat Matrikulasi di Sarawak dan sudah sedekad bertugas di sebuah Universiti GLC di Semenanjung. Banzaiiiii!

Comments are closed.