Sekumpulan ahli astronomi dari Universiti Kebangsaan Australia (ANU) telah berjaya menemui bintang paling tua di alam semesta dimana ia terbentuk sejurus selepas peristiwa Big Bang 13.7 bilion tahun yang lalu. Penemuan ini membolehkan ahli-ahli astronomi untuk mengkaji komposisi kimia pada bintang pertama dan seterusnya menjelaskan bagaimanakah keadaan alam semesta pada awal kelahirannya.

Dr Stefan Keller, Ketua Penyelidik Fakulti Astronomi dan Astrofizik Universiti Kebangsaan Australia berkata,

“Buat pertama kalinya, kita dapat menemui ‘kesan cap jari’ bintang pertama”

“Ini adalah salah satu langkah permulaan untuk memahami bagaimanakah rupabentuk bintang-bintang pertama dan menyelidikinya”

Bintang ini ditemui dengan menggunakan teleskop ANU SkyMapper di Balai Cerap Siding Spring dimana ia digunakan untuk mencari bintang-bintang purba. Projek ini telah bermula 5 tahun yang lalu dan menghasilkan peta langit selatan digital pertama.

Bintang purba ini jaraknya sejauh 6,000 tahun cahaya dari Bumi dan ia adalah salah satu daripada 60 juta bintang yang berjaya dikesan oleh SkyMapper untuk tahun pertama penggunaannya. Selepas penemuan bintang ini dengan SkyMapper, para penyelidik melanjutkan penyelidikan dengan mengesahkannya dengan menggunakan Teleskop Magellan di Chile.

Komposisi kimia pada bintang yang baru ditemui ini menunjukkan ia sememangnya bintang purba dan memiliki jisim sebanyak 60 kali daripada matahari kita. Penyelidik berkata bahawa untuk menjadikan bintang seperti matahari kita bahan asasnya adalah gas hidrogen dan helium lalu ditambah jumlah unsur besi yang besar dimana ia bersamaan dengan 1,000 kali jisim Bumi. Manakala untuk menjadikan bintang purba seperti yang baru ditemui ini pula resipinya berbeza di mana ia memerlukan unsur besi dan unsur karbon sebesar benua Australia.

Menurut kajian penyelidik juga memaklumkan bahawa, jika fakta sebelum ini mengatakan bahawa kematian sesebuah bintang dengan satu letupan yang besar lalu menyebarkan unsur besi ke seluruh ruang angkasa lepas tetapi ini tidak terjadi kepada bintang purba dimana ia hanya menyebarkan elemen-elemen seperti karbon dan magnesium. Ini menunjukkan bahawa letupan bintang purba bertenaga rendah.

Bintang tertua yang baru ditemui ini diberikan nama rujukan sebagai SMSS J 031300.36-670839.3.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Leave A Reply