Siapa tidak kenal usahawan teknologi maklumat Bill Gates pengasas Microsoft. Gates seorang yang genius malah sanggup berhenti belajar dari Harvard apabila menemui masa depan dengan Microsoft. Kini harta Gates dikatakan bernilai USD 86 Bilion ( RM 380 Bilion Ringgit ) lebih besar dari KDNK sesetengah negara.
Bill Gates berkahwin dengan Melinda Gates pada tahun 1994 dan dikurniakan 3 orang anak berusia 21, 18 dan 15 tahun. Walaupun ada segala-galanya tetapi Bill Gates mengikuti gaya lama dalam membesarkan anak-anak malah begitu sederhana menjalani kehidupan.
Gates mengasuh anaknya dengan disiplin dan berperaturan. Anaknya tidak dimewahkan dan diberi elaun bulanan yang sepatutnya. Malah telefon bimbit hanya diberikan kepada anaknya pada usia 14 tahun. Ini berdasarkan kajian Microsoft Foundation yang mendapati pada peringkat umur tersebut barulah kanak-kanak sesuai untuk diberikan telefon bimbit dan menggunakannya.
Malah Gates menetapkan waktu makan tidak ada telefon bimbit di atas meja makan. Baginya waktu makan malam adalah waktu berkualiti bersama keluarga bukannya sibuk dengan hal lain. Gates akan berbual-bual dengan anaknya waktu makan malam.
Walaupun Gates seorang yang kaya tetapi dia tidak memanjakan anak-anaknya. Malah separuh daripada hartanya didermakan kepada Bill And Melinda Gates Foundation bagi membantu mereka yang miskin dan meningkatkan kualiti kesihatan global seperti digariskan di dalam laman web.
“Our goals are focused on heling the poorest and improving education and spend half our money on global health.”
Kita bagi anak kita telefon pada usia berapa agaknya?
Sumber :
How To Think Like Bill Gates. Daniel Smith. 2015. Michael Omara Books Limited.
Bill and Melinda Foundation Website.
http://www.dailymail.co.uk/news/article-4430812/Bill-Gates-didn-t-let-kids-phones-age-14.html
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih