Sebut saja nama Chernobyl, anda sudah boleh membayangkan tragedi kemalangan nuklear terburuk pernah direkodkan dalam sejarah. Bagi yang kepingin melihat tempat tersebut, anda sama ada perlu menjadi protagonis John Price dalam misi All Ghillied Up dan One Sh0t, One K1ll (Call of Duty 4: Modern W4rfare) atau melihatnya dalam dokumentari-dokumentari luar negara. Siapa sangka ia kini menjadi destinasi pelancongan terbaru Ukraine.

Mungkin ada menganggap langkah sebegitu sebagai pelik bin ajaib. Tetapi itu yang dilakukan Presiden Volodymyr Zelensky dengan mengisytiharkan ia sebagai destinasi pelancongan rasmi negara itu pada Jun 2019. Ramai menganggap tindakan kerajaan ini kerana mahu mengambil kesempatan daripada populariti siri televisyen HBO Chernobyl.

Tidak ramai tahu ia sebenarnya menjadi destinasi pelancongan sejak bertahun-tahun yang lalu dengan sebahagian kawasan dibuka kepada orang ramai sejak 10 tahun lepas. Pada Mei 2019, tempahan lawatan ke Chernobyl meningkat sebanyak 30% sejak siri tersebut disiarkan.

Namun begitu, ada satu kawasan yang masih tidak dibenarkan dilawati oleh pengunjung iaitu Reaktor 4. Kebenaran hanya diberi kepada pasukan penyelidik dan pasukan pembersihan yang memantau reaktor tersebut. Tetapi menurut satu laporan CNN, pelancong yang berhati kering dan mahu berada berdekatan dengan tempat permulaan kemalangan boleh melawat bilik kawalan reaktor dengan tempoh lawatan tidak melebihi lima minit.

Bilik kawalan reaktor yang rosak teruk akibat insiden berkenaan ialah tempat di mana operasi reaktor diuruskan dan sebarang keputusan pada hari kejadian dibuat. Ia terletak di bawah lengkungan perlindungan baru tetapi di luar keranda batu original yang menghalang radiasi reaktor.

Nilai radiasi dalam bilik berkenaan mencecah 40,000 lebih tinggi berbanding tahap radiasi biasa. Mana-mana individu yang berminat melawat bilik kawalan ini perlu memakai sut pelindung, topi keledar dan topeng serta mengehadkan lawatan mereka kepada lima minit saja. Selepas itu, pelawat harus menjalani dua ujian radiologi bagi menguji jumlah radiasi yang diterima mereka.

Bagi mana-mana pelawat yang tidak biasa dengan prosedur sebegini, ia sudah pasti dianggap satu kejutan. Tetapi bagi yang sudah biasa, bagi mereka alah bisa, tegal biasa. Ini kerana bagi para pelawat, mereka harus mengharungi ujian radiasi pada permulaan, pertengahan dan akhir setiap lawatan sehari ke Chernobyl.

Selain itu, mereka juga ditegah dari melanggar jadual lawatan termasuk melawat kawasan tidak sepatutnya seperti kubur mesin di perkampungan Rossokha. Perkampungan ini digunakan untuk menanam mesin dan jentera yang digunakan semasa usaha pembersihan Chernobyl dijalankan.

Mungkin ada menganggap pendekatan sebegini terlalu ketat. Tetapi tidak ramai sedar jika seseorang itu menyerap radiasi terlalu banyak, ia boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan tisu dan peningkatan risiko menghidap kanser. Justeru, kerajaan Ukraine mengingatkan pelawat agar mematuhi panduan keselamatan semasa berada di Chernobyl demi menjaga keselamatan dan kesihatan mereka.

RUJUKAN:

Saplakoglu, Yasemin. (2019). Chernobyl’s Control Room Is Now Open to Tourists … for 5 Minutes. Live Science. https://www.livescience.com/chernobyl-radioactive-control-room-open-to-tourists.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.