Rasa seram sejuk pula nak bahas artikel kali ini.

Tak, ini bukan clickbait. Ini memang sejarah nyata yang sudah terakam di dalam sejarah empayar Rom dahulu.

Kita semua sudah tahu latarbelakang empayar ini dan ia pernah terakam di dalam kitab suci al-Quran, surah ar-Rum yang mana mengisahkan pert3mpuran panjang diantara empayar Rom dan empayar Parsi.

Kemenangan empayar Rom disambut gembira oleh umat Islam pada waktu tersebut kerana diantara Rom dan Parsi, Rom lebih mempunyai hubungan agama Samawi (Yahudi, Nasrani dan Islam).

Baik, di dalam artikel kali ini, tidak panjang dan tidak ringkas hanya sesederhana mungkin, kita akan menelurusi sejarah hidup seorang kaisar muda yang pernah menyarung mahkota empayar Rom dan tempoh pemerintahannya hanyalah singkat sahaja.

Dalam subjek sejarah dibawah tajuk Rom, empayar ini dibahagikan kepada tiga fasa pemerintahan iaitu The Period of Kings (625 SM-510 SM), Republican Rome (510 SM-31 SM) dan Imperial Rome (31 SM-476 M). Fasa yang akan kita kunjungi adalah fasa Imperial Rome.

Nama tokoh yang akan kita bahaskan ini panjang iaitu, Elagabalus Marcus Aurelius Antoninus Augustus. Tapi nama pendeknya Elagabalus sahaja. Seksa betul ibu bapa dulu bagi nama pada anak.

Adapun, nama ayahnya adalah Sextus Varius Marcellus dan nama ibunya pula, Julia Soemis. Elagabalus dilahirkan pada tahun 204 M di Emesa, Syria.

Di sini, Elagabalus diiktiraf sebagai pendeta tertinggi Kuil Matahari yang melayani dewi sembahan masyarakat Syria, Dewi Elagabal (Baal).

Jadi kita akan tahu, dari mana nama Elagabalus dipetik. Dari kecil, Elagabalus sangat setia menyembah Dewi Elagabal.

Waktu pun berlalu, Elagabalus tumbuh besar menjadi seorang pemuda. Pada sekitar tahun 217 M, Kaisar Caracalla dibvnuh dalam sebuah komplotan diantara para pengawalnya yang diketuai oleh Marcus Opellius Marcinus dan kudeta ini berubah tangan dari susur galur bangsawan ke susur galur pengawal Preatorian.

Marcus melantik dirinya sebagai kaisar setelah kem4tian Caracalla. Peristiwa ini menyebabkan keturunan Caracalla berdendam dengan Kaisar Marcus.

Suatu konspirasi dijalankan oleh keturunan Caracalla iaitu Julia Soemis, Julia Mamaea dan Julia Maesa (nenek Elagabalus) untuk merampas kembali takhta kekaisaran.

Mereka menyusun agenda dan mula melancarkan pelbagai strategi seperti menyebarkan khabar angin bahawasanya Elagabalus merupakan anak luar nikah Kaisar Caracalla dan beliau layak mewarisi takhta, meminta sokongan daripada ketua Third Legion, Comazon dan memperolehi simpati daripada ketua Second Legion.

Pada tanggal 16 Mei 218 M, jeneral Third Legion, Comazon dengan rasminya mengangkat Elagabus sebagai kaisar sah Rom. Kaisar Elagabalus menjadi kaisar pada umur 14 tahun.

Berita perlantikan kaisar baharu dari keluarga Caracalla menyebabkan Kaisar Marcus berasa dirinya terancam dan baginda memimpin sebuah angkatan p3rang untuk menghapuskan keluarga Caracalla.

Pada tanggal 8 Jun 218 M, sebuah pert3mpuran berlaku diantara kedua buah kuasa untuk mempertahankan kaisar mereka masing-masing di Antioch. Pasukan pimpinan Kaisar Marcus dikalahkan lalu baginda bersama saki-baki tenteranya melarikan diri ke Cappadocia.

Pasukan Elagabalus menang dalam Pert3mpuran Antioch dan mengejar pasukan Marcus sehingga ke sana. Di Cappadocia, pasukan Kaisar Marcus dikepung lalu baginda diminta menyerahkan diri kepada pasukan Elagabalus.

Kaisar Marcus bersama anaknya yang baru berumur 9 tahun dihukum bunvh. Dengan kemenangan pasukan Elagabalus dalam awal pemerintahannya, menunjukkan bagaimana potensi dan kelayakan Elagabalus menyandang jawatan kaisar.

ELAGABALUS: DARI PEMIMPIN MENJADI PEMUSNAH.

Pada musim luruh tahun 219 M, pasukan Elagabalus tiba di ibukota Rom dan para ahli senat mengiktiraf kekaisaran Elagabalus. Mereka berharap dengan kepimpinan kaisar muda baharu ini dapat mengeluarkan empayar Rom daripada segala konflik yang berlaku pada zaman Kaisar Caracalla dan Kaisar Marcus.

Tetapi apa yang diharapkan, sebaliknya berlaku. Pemerintahan Kaisar Elagabalus dilihat sebagai seorang anak muda yang tidak layak dijadikan pemimpin. Baginda mula menunjukkan perangai pelik-pelik sehinggakan terjadinya pemberontakan di kalangan tentera dan rakyat, diantaranya:

1. Menggantikan penyembahan dewa sembahan utama kota Rom, Dewa Jupiter kepada Dewi Elagabal. Penukaran ini membuatkan adanya penentangan di kalangan bangsawan dan rakyat.

Baginda juga membangunkan sebuah kuil khas untuk menyembah Dewi Elagabal di bukit Palatine. Kaisar Elagalabus memaksa para ahli senat untuk melihatnya melakukan tarian di dalam kuil tersebut. Yang pasti, bukan tarian tiang ataupun dangdut poco-poco.

2. Berkahwin dengan perempuan dari kalangan bangsawan. Elagabalus mempunyai tiga orang isteri iaitu, Julia Paula, Annia Faustinia dan Aquilia Severa.

Tetapi kesemua isterinya diceraikan lalu baginda berkahwin dengan seorang hamba lelaki bernama Hierocles. Baginda juga melantik skandal lelakinya bernama Aurelius Zoticus ke dalam pentadbiran istana. Cinta itu buta.

3. Nilai mata wang Rom menurunkan dan nilai perak dikurangkan sebanyak 10%. Memberi impak buruk kepada ekonomi empayar Rom.

4. Baginda sering dilihat berjalan-jalan berpakaian wanita di istana dan pada malam hari di sekitar kota Rom. Betapa zuhudnya sang kaisar, di siang hari menjadi pemimpin, di malam hari menjadi rakyat marhean.

Cassius Dio, seorang sejawaran Rom mencatatkan bagaimana reaksi Kaisar Elagabalus apabila dipanggil sebagai tuan di dalam karya Roman History:

Aurelius addressed him [sic] with the usual salutation: “My Lord Emperor, Hail !”. He bent his neck so as to assume a ravishing feminine pose, and turning his eyes upon him with a melting gaze, answered without any hesitation: “Call me not Lord, for I am a Lady”.

5. Menawarkan hadian ganjaran yang lumayan kepada sesiapa yang mampu menukarkan alat kemaluannya daripada lelaki kepada kemaluan perempuan. Ah sudah, dia ingat menukar kemaluan itu main cabut dan pasang ke?

6. Tidak menghadiri pertemuan penting negara dan hanya menghantar wakilnya ke pertemuan tersebut. Baginda hanya sibuk berpesta dan melakukan hubungan seks.

Kalau dah sampai tahap mengabaikan tugas sebagai seorang pemimpin, adakah rakyat dan tentera masih akan menyokong kekaisarannya?

Tanggungjawab baginda untuk memimpin empayar dilihat sebagai sebuah kegagalan. Sebuah rancangan untuk menggulingkan Kaisar Elagabalus bermula ketika neneknya sendiri dan komando Camazon merancang untuk melantik sepupu Elagabalus, Bassianus Alexanus yang pada waktu itu berumur 13 tahun sebagai pewaris kaisar.

Perlantikan Alexanus sebagai pewaris kaisar dilihat Elagabalus sebagai ancaman kepadanya. Pada waktu ini, keluarga Caracalla berpecah kepada dua iaitu Kaisar Elagabalus dan ibunya, Julia Soemis memusuhi Alexanus, Julia Maesa dan Julia Mamaea.

Pada tanggal 11 Mac 222 M, baginda mengeluarkan titah kepada Camazon untuk membunvh Alexander. Tetapi Camazon yang menaikkan Elagabalus sebagai kaisar dahulu, menolak perintah ini dan merancang untuk membvnuh Kaisar Elagabalus.

Pada tanggal 13 Mac 222 M, ketika Kaisar Elagabalus bersama ibunya sedang berada di dalam sebuah kem, mereka diserang hendap oleh Camazon lalu dibvnuh dengan kejam. Kaisar Elagabalus dibunvh ketika berumur 18 tahun.

May4t kedua orang beranak tersebut dip3nggal kepalanya, dib0gelkan lalu diusung sekeliling jalan kota Rom dan akhirnya may4t mereka dilempar tanpa pengkebumian terhormat ke dalam sungai Tiber.

Berakhirlah legasi bapuk Kaisar Elagabalus yang hanya bertahan selama 4 tahun sahaja.

Berita kem4ngkatan Kaisar Elagabalus disambut gembira oleh ahli senat. Tanpa berbasa-basi mereka terus melantik Alexanus sebagi kaisar seterusnya untuk mentadbir empayar Rom.

Para ahli senat juga melarang rakyat untuk meratapi atau bersedih di atas kem4tian Kaisar Elagabalus sebaliknya meraikan.

Empayar Rom yang terkenal dengan pelbagai kejahatan pun membenci dan tidak mahu mengangkat darjat bapuk.

Mengapa kita melakukan sebaliknya dengan mengangkat golongan tersebut ke dalam kedudukan yang dipandang tinggi dan mulia sehingga ada dikalangan mereka yang melanggar aturan agama masih dilindungi?

Entahlah nyah..

RUJUKAN:

1. Elagabalus, Ancient History Encyclopedia oleh Donald L. Wasson.

2. History’s Nutcases: Emperor Elagabalus oleh Elizabeth Lundin.

3. Who’s who in Gay and Lesbian History: From Antiquity to World W4r II oleh Robert Aldrich dan Garry Wotherspoon.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Comments are closed.