Jika anda bekerja dalam industri, menggunakan bahan kimia atau menggunakan mesin yang menghasilkan habuk, pastinya anda pernah melihat tanda dibawah ini.

Industri pembuatan yang menggunakan bahan kimia, tempat kerja pembungkusan bahan kimia atau industri pemprosesan kayu/besi yang menghasilkan habuk. Peralatan ini wajib ada ditempat kerja.

Logo/tanda diatas untuk menunjukkan peralatan untuk mencuci mata atau tubuh sekiranya berlaku percikan/tumpahan bahan kimia di tempat kerja. Ia juga boleh digunakan untuk mencuci mata yang dimasuki habuk atau bendasing.

Logo atau papan tanda ini perlu diletakkan berdekatan peralatan kecemasan ini untuk memudahkan pekerja  mengetahui kedudukan peralatan ini. Pekerja juga perlu diberikan latihan untuk menggunakan peralatan ini.

Emergency Eye Wash

Peralatan ini ada dua jenis iaitu jenis mudah alih(portable) dan statik (lihat contoh gambar)

Dua jenis ni adalah peralatan yang sama cuma berbeza bentuk, jenis statik akan dipasangkan pada dinding tempat kerja manakala mudah alih akan diletakkan diatas meja/rak.

Cara untuk menggunakan peralatan ini mudah sahaja, cuma perlu tekan plat yang ada tanda tapak tangan itu atau tarik bahagian berwarna kuning itu. Rapatkan muka dan pastikan kedua mata berhadapan dengan paip kecil tu.

Air akan keluar menjulang dan menembak ke mata. Peralatan ni akan diperiksa dari masa ke semasa untuk pastikan air tu tak terlalu kuat dan tak terlalu perlahan.

Cuci sekurang-kurangnya untuk 15 minit, sebanyak tiga kali atau sehingga kepedihan pada mata berasa hilang. 15 minit ialah yang masa disyorkan oleh JKKP dan kebanyakan prosedur berkaitan tumpahan bahan kimia ke mata.

Ramai pekerja yang tak sedar kepentingan alat ni. Ada beberapa kes percikan bahan kimia pada mata, dia pergi ke tandas dan basuh mata pada paip sinki.

Tengok kedudukan paip yang menghala ke bawah tu. Bila kita menggunakan paip sinki untuk mencuci mata, kita perlu tadah air guna tangan dan sapu ke mata. Takkan kita nak pusing muka dalam sinki untuk pastikan mata berhadapan dengan hujung paip tu pula. Tindakan menggosok mata akan menyebabkan kerosakan pada retina mata, bahan kimia atau bendasing tu akan masuk lebih dalam.

Sebab itu emergency eye wash tu direka dengan paip yang menghala ke atas, untuk memudahkan air dialirkan ke mata dan mengeluarkan bahan kimia/bendasing yang termasuk ke dalam mata.

*Ada majikan yang mengisi kandungan eye wash mudah alih dengan eye saline solution, yang kita biasa guna kalau mata masuk habuk tu. Tapi eye drop tu dalam kuantiti yang kecil. Cuma dari segi kos agak tinggi dan ditambah dengan vandalisme yang tak dikawal, akan rugi sedikit. Kandungan eye saline juga perlu ditukar selepas tempoh enam bulan, lagi kos tinggi.

Tapi ini lebih efektif berbanding air biasa. Lebih baik pihak majikan sediakan kedua-dua jenis bergantung kepada keadaan tempat kerja (jenis bahan kimia, jenis risiko dan kesan bahan kimia).

Emergency Shower

Kalau tadi percikan, ini pula sekiranya berlaku tumpahan. Sesetengah tempat kerja menggunakan bahan kimia dalam kuantiti yang banyak, dalam botol atau tong yang besar.

Cara untuk menggunakan peralatan ini ialah tarik pemegang tiga segi tu dan air akan keluar seperti pancuran mandi dirumah. Bahan kimia yang terkena pada tubuh dan pakaian akan dicuci keluar menggunakan air.

Vandalisme

Peralatan ni perlu digunakan semasa kecemasan, semasa mata terkena percikan bahan kimia atau termasuk bendasing. Semestinya penglihatan akan sedikit terganggu semasa ia berlaku. Pekerja akan meraba-raba untuk mencari peralatan ini jika bekerja bersendirian. Jika ada orang lain semasa kejadian, boleh minta bantuannya untuk dibawa ke tempat peralatan ni.

Cuba bayangkan jika laluan menuju peralatan kecemasan ini dihalang atau diletakkan sesuatu dihadapan peralatan ini, tentunya akan menjadi masalah.

Jangan halang laluan. Jangan letakkan barang dihadapan peralatan ini. Jangan rosakkan peralatan ini.

Kedudukan peralatan ini juga mesti bersesuaian dan berdekatan tempat kerja yang melibatkan bahan kimia/habuk.

Belum lagi cerita tentang pekerja shift malam yang guna peralatan ini untuk cuci muka, kalau air paip tu ok lagi. Kalau guna eye saline solution sampai habis dan peralatan tu tak boleh digunakan semasa kecemasan sebenar. Tak ke satu kerugian tu.

Sama-samalah kita jaga peralatan kecemasan sebab kita tidak tahu bila kita bakal menggunakan peralatan ni. Kecemasan atau kemalangan datang tanpa amaran.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.