Mawas di negara kita sudah ramai kita kenal seperti siamang dan orang utan, malah mawas-mawas ini masih dipelihara dari pupus oleh pembangunan manusia. Tapi, mawas di Amerika Utara ni agak terkenal dengan misteri dia, sampai saintis pun meragui kewujudan mawas ini.
Mawas Amerika yang saya maksudkan ialah Bigfoot. Bigfoot ialah lembaga misteri berupa mawas dan ketinggiannya melebihi tinggi purata menusia. Ramai warga Amerika utara yang menetap berdekatan dengan hutan menemui Bigfoot ini dari jauh melalui tangkapan gambar dan video.
Tapi, bagi saintis penemuan Bigfoot ini hanyalah rekaan saja walaupun warga Amerika sendiri mendakwa telah temui bekas tapak kaki sebesar lengan manusia dan kawasan semak disyaki sebagai tempat tinggal Bigfoot. Ada yang percaya bahawa Bigfoot sebenarnya spesis mawas yang hanya bersembunyi.
Ada satu teori tentang kewujudan Bigfoot ini buat saya tertarik, iaitu lembaga misteri itu ialah manusia prasejarah yang menolak kemajuan. Menurut ahli veterinari (kaji penyakit haiwan) dari Texas bernama Melba S. Ketchum, beliau mendakwa bahawa Bigfoot ialah manusia prasejarah dari pasangan sepupu manusia dari spesis homo tidak diketahui dan manusia moden.
Dakwaan beliau berdasarkan kajian DNA dijalankan ke atas 111 sampel berupa kuku, kulit, rambut, lendir, dan darah dari tempat disyaki tempat Bigfoot berada. Keputusan kajian menunjukkan kesemua sampel itu adalah sampel dari spesis manusia prasejarah yang hidup pada 15,000 tahun lalu!
Berkemungkinan besar manusia prasejarah ini masih wujud hari ini tapi mengambil keputusan untuk berjauhan dengan manusia moden. Sebab itulah mereka dipanggil sebagai Bigfoot kerana bulu badan yang amat lebat dan berkelakuan seperti mawas liar.
Tapi ada masalah tentang kajian Ketchum ini. Pertama, hanya kajiannya saja yang bentangkan teori Bigfoot adalah spesis sepupu manusia, tidak ada kajian lanjut oleh saintis seterusnya. Kedua, kesahihan sampel yang Ketchum dakwa milik Bigfoot. Ramai saintis bantah dan percaya bahawa sampel tersebut tercemar dengan campuran DNA manusia moden.
Jadi, kajian Ketchum ini ditolak dan teori Bigfoot ialah manusia prasejarah yang tolakkan kemajuan hanya sekadar teori saja. Sampai sekarang warga Amerika masih percaya yang Bigfoot benar-benar wujud dan sebenarnya spesis mawas yang tidak diketahui.
Kalau korang, percaya tak Bigfoot ni wujud?
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih