Pada artikel yang lepas, saya telah berkongsi bagaimana Datuk Mustapha Maarof dan Roseyatimah telah diperjodohkan. Pada kali ini, saya akan berkongsi sekali lagi mengenai pasangan sehidup semati yang pernah ada di dalam arena perfileman klasik tanah air.
Jamil dan Rosnani bukanlah nama asing dalam industri perfileman klasik tanah air. Jamil Sulong merupakan antara pengarah melayu tersohor sebaris P.Ramlee, S.Kadarisman dan lain-lain manakala Rosnani antara seniwati terhebat sebaris Normadiah,Maria Menado, Kasma Booty dan lain lain.
Pada suatu hari, Rosnani meminta Jamil untuk menemaninya sewaktu pulang daripada kelas malam kerana sebelum ini ada pemuda cuba untuk menganggunya. Lanjutan daripada peristiwa tersebut, mereka sering keluar menonton wayang bersama-sama. Walaupun begitu, sifat malu masih menebal di dalam diri Jamil Sulong.
Tidak lama kemudian, pada November 1953, mereka pun berkahwin. Namun, ramai dalam kalangan saudara mara Jamil Sulong menentang hasratnya itu pada mulanya. Hal ini kerana, Rosnani pada ketika itu sudah menjadi janda kepada Ibrahim Alwi dan kerjaya Rosnani sebagai anak wayang.
Pada zaman 50’an, memang lumrah apabila masyarakat memandang rendah terhadap golongan artis dan anak seni. P. Ramlee juga pernah melarang Jamil untuk mengahwini Rosnani kerana beliau takut nasib Jamil sama seperti nasib P.Ramlee yang pernah beristerikan seorang penyanyi dan pelakon.
Hasil perkahwinan mereka, mereka dikurniakan 3 orang anak lelaki dan mengambil anak angkat bernama Murniaty. Anwardi satu-satunya anak mereka yang mengikut jejak langkah ibu bapanya sebagai anak seni. Sebagai tanda kasih sayang Jamil terhadap Rosnani, Jamil telah membina sebuah teratak indah di Janda Baik. Mereka berpindah dari Petaling Jaya dan menetap di sana hingga ke akhir hayat Jamil Sulong.
Sebagai tanda cinta Rosnani terhadap Jamil pula, Rosnani telah mengarahkan filem arahannya yang terakhir iaitu Mawar Putih. Setelah Jamil Sulong meninggal dunia, Rosnani hanya sesekali menetap di Janda Baik kerana setiap kali beliau memasuki rumah tersebut, hati beliau sayu mengingatkan kenangan Rosnani bersama Jamil.
Kini, Rosnani menetap di rumah anaknya di Damansara. Kisah percintaan mereka berdua merupakan satu lagi saksi bahawa cinta itu perlukan pengorbanan dan tetap akan kekal walaupun roh berpisah dari jasad tubuh.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih