Kita selalu benar dihidangkan dengan kisah-kisah pengkhianatan, pembelotan, hasad dengki dan permusuhan di kalangan pembesar-pembesar dan Raja-Raja Melayu terutama sekali ketika zaman penjajahan asing dan sepanjang tempoh kolonial.

Jarang sekali kita dihidangkan dengan kisah-kisah semangat setiakawan, persahabatan, kesetiaan dan pengorbanan sesama pembesar dan Raja-Raja Melayu ini demi mendaulatkan tanah air, maruah agama dan bangsanya.

Misalnya, pernah suatu ketika pada 9 November 1862, dua buah kapal perang British tiba di perairan Terengganu untuk mencari Sultan Lingga iaitu Sultan Mahmud Muzaffar Shah. Baginda yang telah dipecat dari terus bersemayam di atas takhta Lingga oleh Belanda pada September 1857 kerana ingkar tuntutan dan arahan Belanda.

Baginda disembunyikan di Besut atas titah perintah dan perkenan baginda Sultan Terengganu ketika itu iaitu Sultan Omar ibni al-Marhum Sultan Ahmad Muazzam Shah I tetapi dengan harga yang mahal.

Selepas tempoh 24 jam yang diberikan oleh British kepada Sultan Umar untuk menyerahkan Sultan Mahmud Muzaffar Shah tersebut tidak diendahkan oleh baginda, Kuala Terengganu telah dibedil bermula pada 11 November 1862 selama dua hari berturut-turut selain terus dikepung selama dua minggu.

Sampai sudah baginda Sultan Mahmud tidak diserahkan kepada British dan dilindungi atas titah baginda Sultan Omar di Besut. Hanya selepas empat bulan di Besut, baginda Sultan Mahmud ke Siam sebelum baginda sendiri kembali ke Terengganu dan kemudiannya mangkat di Pekan, Pahang.

Kesetiaan terhadap saudara sebangsa dan seagama sebegini jarang benar kita kongsikan untuk dijadikan panduan dan pegangan. Kisah-kisah perpaduan dan persepakatan ummah sebegini jarang kita jadikan inspirasi.

Ingatlah bahawa kesepaduan dalam kalangan Melayu dan Islam termasuklah kerjasama sesama ummah ini, adalah titik panas yang menimbulkan jerebu kelam dan menyemarakkan kegelisahan serta kebencian di hati musuh Melayu dan Islam.

Melayu dan Islam mesti terus istiqamah.

*Sebagai pengiktirafan dan pengabdian tanda persahabatan antara dua kerajaan Lingga dan Terengganu, baik sebelum dan lama selepas peristiwa ini, pembesar mereka sekian lamanya sering bertukar hadiah, termasuklah hadiah berbentuk dulang tembaga yang dihadiahkan oleh Sultan Lingga kepada Sultan Zainal Abidin III di bawah, antara bahan pameran yang dipertontonkan kepada awam di Muzium Negeri Terengganu, Losong, Kuala Terengganu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.