Bila sebut nama Tentera Rom, kita terus bayangkan legion lengkap dengan perisai, tombak dan formasi yang sangat teratur. Dari zaman sekolah lagi kita dengar reputasi mereka kononnya kebal. Tapi hakikatnya, ada satu detik dalam sejarah bila pasukan yang digeruni dunia ini dibantai habis-habisan.

Lebih mengejutkan, lawan mereka bukan empayar besar lain… tapi orang asli Jerman dalam hutan belantara!

Peristiwa ini berlaku pada tahun 9 Masihi. Catatan sejarah menamakannya Pertempuran Hutan Teutoburg. Pada masa itu, tiga legion Rom, kira-kira 20,000 orang askar dikerah masuk ke wilayah Jerman dan diketuai oleh seorang jeneral bernama Publius Quinctilius Varus.

Namun, misi itu berakhir dengan tragedi: semua hilang tanpa jejak.

Lawan mereka hanyalah gabungan suku-suku Jermanik yang Rom anggap sebagai “orang liar”. Tapi kumpulan ini ada seorang pemimpin bijak: Arminius. Dia pernah jadi askar upahan Rom, jadi dia tahu kelemahan legion. Dengan ilmu itulah dia menipu Varus masuk jauh ke kawasan hutan yang asing bagi tentera Rom.

Di situlah taktik orang asli Jermanik menjadi senjata utama. Mereka guna serangan hendap, memecahkan formasi dan menjadikan hutan tebal sebagai benteng. Legion Rom yang hebat di padang terbuka tiba-tiba jadi lumpuh dalam keadaan sempit dan berlumpur.

Akhirnya, seluruh tiga legion musnah. Varus, malu dan takut ditangkap, pilih untuk bunuh diri. Kekalahan ini bukan sekadar memusnahkan sebahagian tentera mereka, malah menoreh luka trauma besar kepada Empayar Rom. Sejak hari itu, mereka hentikan terus percubaan menakluk tanah Jerman di sebelah timur Sungai Rhine. Sungai itu pun akhirnya kekal jadi sempadan semula jadi Rom selama berabad-abad.

Arminius pula diangkat sebagai wira suku-suku Jerman. Sehingga hari ini, ada patung gergasi Herman the Cheruscan berdiri di Jerman sebagai simbol kebebasan menentang kuasa besar.

Jadi, benar. Biarpun Rom terkenal dengan disiplin dan kekuatan legion mereka, ada masanya kuasa besar pun boleh jatuh bila berdepan dengan strategi gerila dan medan perang yang sukar.

Saya baru cerita SATU peristiwa.

Dalam sejarah dunia, ada puluhan lagi pertempuran yang lebih epik dan penuh strategi luar biasa.

Berita baik, semua kisah tu dihimpunkan dalam buku PERTEMPURAN-PERTEMPURAN AGUNG.

Ada lebih 30 bab tentang perang yang mengubah sejarah manusia!

Jangan tunggu lama. Koleksi ni WAJIB ada kalau anda minat sejarah!

Jom dapatkan sekarang: https://s.shopee.com.my/7AJ8NI0LOZ


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.