Bila sebut Mesir dan Libya, ramai terbayang dua negara Arab jiran yang berkongsi budaya, bahasa dan agama. Tapi tahukah anda, dua negara ni pernah berperang sesama sendiri? Ya, perang sebenar. Lengkap dengan kereta kebal, jet pejuang dan roket. Di tengah padang pasir Afrika Utara pula tu!
Kisah ini berlaku pada tahun 1977 dan dikenali sebagai Perang Empat Hari atau Libyan–Egyptian War. Waktu tu, hubungan antara Mesir dan Libya memang tegang. Presiden Mesir, Anwar Sadat, baru saja tandatangan perjanjian damai dengan Issewel selepas Perang Yom Kippur. Tapi bagi Muammar Gaddafi, pemimpin Libya yang sangat anti-Issewel, tindakan Sadat dianggap pengkhianatan terhadap dunia Arab.
Gaddafi marah besar. Dia tuduh Mesir tunduk kepada Barat dan menggadai perjuangan P. Hubungan diplomatik antara dua negara pun retak. Kedua-dua pihak mula menghantar askar ke sempadan dan tak lama kemudian, percikan kecil jadi api besar.
Pada 21 Julai 1977, tercetuslah pertempuran antara tentera Mesir dan Libya di sempadan gurun barat Mesir.
Pertempuran ini cukup gila. Jet MiG dan Mirage bertempur di udara, manakala kereta kebal dan artileri berasak di tengah padang pasir. Walaupun Libya ada banyak senjata moden hasil duit minyak, tentera Mesir jauh lebih terlatih dan berpengalaman selepas berperang dengan Issewel.
Dalam masa empat hari, tentera Mesir berjaya menembusi sempadan dan mara jauh ke wilayah Libya sebelum berundur atas tekanan antarabangsa.
Liga Arab dan pihak lain pantas masuk campur untuk hentikan perang. Kedua-dua negara setuju gencatan senjata pada 24 Julai. Tapi perang singkat ni tinggalkan kesan mendalam. Krisis ini dedah betapa rapuhnya perpaduan dunia Arab waktu tu.
Ironinya, selepas beberapa tahun, hubungan dua negara ni perlahan-lahan pulih juga. Mesir terus kekal sekutu Barat, manakala Libya kekal dengan dasar anti-Baratnya di bawah Gaddafi. Tapi peristiwa 1977 tu kekal sebagai kenangan pahit. Kenangan di mana dua bangsa serumpun sanggup bertempur di padang pasir hanya kerana perbezaan ideologi dan ego politik.
Hari ini, kalau kita pandang kembali perang tu, ia jadi pengajaran penting. Kuasa luar tak perlu pun masuk campur. Kadang-kadang dunia Arab sendiri berpecah kerana perbezaan arah tuju. Kisah “perang gurun antara saudara” ini masih jadi peringatan bahawa persaudaraan tanpa hikmah boleh hancur dek kepentingan politik sementara.




No comments yet