Ayah aku cerita, dia budak lagi masa zaman Darurat 1948 dulu. Masa tu dia sekeluarga tinggal di Kampung Jambu Lapan, Bahau, Negeri Sembilan. Untungnya sikit, kawasan kampung dia tu bukan dalam kawasan hitam. Jadi bebas jugalah sikit.
Tapi, ‘Curfew’ masih lagi tetap dari pukul 7 malam sampai 7 pagi esoknya. Nak keluar beli barang boleh, tapi semua barang kena catu. Bila polis tahan, polis mintak IC. Dia rujuk senarai yang ketua kampung dah bagi, untuk tahu berapa ahli dalam satu-satu keluarga kita.
Barang dan makanan tak boleh beli lebih macam kau borong Gardenia tadi. Tak nak ada makanan yang kau bagi kat komunis. Kalau ahli keluarga kau 5 orang, sukatan kati beras mesti untuk 5 orang je seminggu. Kalau lebih, barang atau makanan akan dirampas, dan kau akan ditahan.
Jika perlu nak buat majlis tahlil atau kenduri kahwin misalnya, kau kena maklumkan ketua kampung. Ketua kampung lak akan maklumkan dan dapatkan kebenaran penghulu, tapi selepas permohonan kenduri kau tu ditapis dulu oleh polis
Kat kawasan-kawasan ‘hitam’ lagi ketat kawalannya. Rumah-rumah di pinggir kampung dan tepi hutan dipindahkan dalam satu kawasan, ayah aku kata tempat tu dipanggil ‘kawasan kurungan’. Jemapoh adalah kawasan seumpamanya kalau di sekitar Kuala Pilah-Bahau
Kat kampung-kampung baru Cina misalnya, kelilingnya memang dipagar. Makanan dimasak dan diedar hanya oleh kerajaan. Dimasak kat satu tempat, lepas masak baru diedarkan kepada semua isi kampung. Bahan mentah tak dibenarkan dibawa pulang, tak nak sympathizers bagi kat komunis.
Ayah kata, askar Fiji British selalu ronda kat kampung dia. Kadang-kadang bila lalu trak askar Fiji ni, mereka akan campak gula-gula kat bebudak yang tunggu dan gembira nampak trak askar Fiji ni. Gula-gula susah nak jumpa dulu. Kalau ada pun tak mampu nak beli.
Tapi bila aku tanya ayah aku zaman mana lagi susah? Zaman komunis ke zaman sekarang, ayah jawab zaman COVID-19 ni lagi susah. Pasal masa zaman komunis, walaupun bukan perintah berkurung dan darurat, kita ni dah biasa senang dan sebelum ni bebas keluar ke mana-mana kita suka.
Dulu masa darurat, musuh yang mereka lawan nampak dengan mata kasar. Musuh COVID-19 kita tak nampak dan bahkan tak tau pun sama ada dijangkiti atau tidak. Komunis adalah musuh semua orang dan semua orang sedar bahaya ideologi komunis masa tu. Senang nak hindar dan lawan. 9/11
Masa Darurat dulu, nak sembahyang kat surau, masjid tak ada masalah. Berkumpul di masjid, bincang macam mana nak lawan komunis semuanya dibuat kalau bukan di rumah ketua kampung, mesti di masjid. Sekarang, nak sembahyang berjemaah di masjid, surau pun tak boleh dek PKP.
Kehidupan masa Darurat memang dah lama sedia susah. Jadi orang kebanyakan macam ayah aku memang dah dah biasa untuk sedia hidup dalam kekurangan semasa Darurat. Malah, ayah kata, masa P3rang Dunia Kedua jauh lagi susah lagi sebenarnya, jadi setakat Darurat tak ada apalah.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih