Kelakar juga bila ada askar pencen sampai buat kenyataan akhbar bidas ucapan DS Najib Razak tentang “UMNO angkat senjata melawan komunis”, menafikan penglibatan UMNO secara langsung menggalas senjata dalam hutan melawan PKM di Tanah Melayu.
Kononnya dia tak pernah nampak ahli UMNO masuk hutan bunuh komunis, atau terkorban kena jerangkap samar.
Perlu diperjelaskan di sini, UMNO memang secara rasminya, tidak pernah isytiharkan bahawa mereka angkat senjata melawan komunis. Nak lawan angkat senjata macam mana, UMNO memang tak pernah ada sayap bersenjata. Lagipun, tujuan asal UMNO ditubuhkan untuk melawan Malayan Union, dan mendapatkan kemerdekaan dari British.
Jadi jika mereka ada sayap bersenjata, terang-terang angkat senjata lawan komunis dalam hutan, bagaimana nak yakinkan British bahawa bila mentadbir Tanah Melayu merdeka, UMNO boleh diharap jaga keamanan dan keharmonian kaum, dan tidak mentadbir dengan ancaman senjata, dendam dan iri hati yang akan memusnahkan kemerdekaan tu nanti?
Tapi aku ada saudara mara, pangkat datuk saudara, empat lima orang juga yang pernah jadi Home Guard (HG) semasa Darurat tu.
Mereka ini sebahagian dari pasukan HG yang mengawal sekitar Bahau dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan macam di Kg. Batu Kikir, Kg. Padang Lebar dan Kg. Jambu Lapan masa zaman Darurat sekitar lewat 1940-an hingga 1950-an.
Ada mereka dan rakan-rakan yang pernah menetak mati komunis yang datang ceroboh kampung, menyerang dan menjarah untuk curi beras dari kepuk mereka, melawan komunis yang menyamun rumah-rumah untuk wang dan barang kemas serta ubat-ubatan, ada yang pernah menahan komunis yang menyamar dalam kampung serah pada pasukan keselamatan masa tu.
Bukan itu sahaja, rakan-rakan HG mereka sendiri ada yang diculik dan diseksa dalam hutan, dikelar dan dibiar mati komunis, ditembak kerana enggan beri kerjasama. Belum kira rumah kena bakar, kereta kena bakar. Balai dengan surau kena bakar.
Kalau di NS ni, tanyalah veteran HG yang masih hidup sihat tentang tragedi Ladang Geddes, tragedi Felda Bukit Jalor, serangan komunis dekat Bukit Tangga. Tanya mereka bagaimana HG membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan komunis di Bahau dan Jelebu misalnya.
HG ni kalau ada yang tak faham peranan dia masa tu, kalau dalam filem Bukit Kepong, di awal filem ada tahan pensimpati komunis naik basikal seludup beras dalam tin. Kemudian dalam filem tu, kumpulan orang Melayu bersongkok dan bersenjata dari arah kampung yang menyerang untuk membebaskan kepungan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong, tapi ditahan laluan mereka oleh komunis. Itulah dia anggota Home Guard.
Merekalah yang pertama respon, pukul kentong dan beduk supaya kampung-kampung sekitar Bukit Kepong waspada. Siang mereka bekerja biasa, bertani, berladang, jadi nelayan, jadi peruncit dan buat kerja-kerja rencam. Malam mereka pakai toha HG buat kerja kawal kampung, kawal estet, kawal lombong.
Mereka juga bertindak jadi mata dan telinga untuk pasukan keselamatan kerana mereka mahir selok belok geografi kawasan kampung masing-masing, dan cam penduduk di kawasan jagaan masing-masing. Senang kantoi siapa orang kampung, siapa ‘acah-acah’ orang kampung tapi sebenarnya buat risikan untuk komunis.
Mereka lengkap diberikan senjata, malah dilatih oleh pasukan keselamatan untuk menjaga kampung, mengagalkan sebarang usaha anasir komunis masuk atau pensimpati komunis seludup keluar apa-apa yang boleh membantu komrad mereka.
Sebenarnya, bukanlah penting mana, tapi pasal ada askar pencen persoalkan, saja nak beritahu, jika HG Melayu, mereka ini semua ahli UMNO.
Macam kalau HG di kampung baru Cina, memang MCA yang rekrut. Kinta Valley Home Guard yang terkenal tu misalnya, memang dianggotai oleh ahli MCA semata-mata. Mereka adalah orang Cina yang amat benci dengan komunis.
Cumanya, kisah-kisah HG ni memang tak berapa diceritakan sangat, kerana mereka tidaklah keluar masuk operasi ke hutan, macam pasukan keselamatan tetap masa tu. Tak angkat raifal, tak kena jerangkap samar, tak makan ransum dan angkat beg berat-berat, duduk berbulan-bulan operasi dalam hutan.
Mereka ini asalnya dianggotai oleh kaum-kaum bapa dan ibu dalam kampung. Kalau kampung Melayu zaman tu, kebanyakannya ahli UMNO. Melayu kiri bukannya tak ada jadi HG, tetapi kurang. Melayu kiri ni, mereka sendiri ada yang terpengaruh dengan ideologi komunis, menjadi tali barut komunis, tinggal dalam kampung-kampung ketika itu.
Pada mereka, HG membantu anggota keselamatan yang sebenarnya konon masih berkhidmat demi British semata-mata, sedangkan apa yang HG ini lakukan adalah untuk memastikan keselamatan kampung dan tempat tinggal masing-masing, mempercepatkan proses kemerdekaan ketika itu.
Cuma itulah, askar pencen tu tak nampak benda ni. Pasal bila cerita angkat senjata, dia ingat pasukan keselamatan sahaja yang angkat senjata bunuh komunis tu.
Dia mungkin tak nampak, pasal dia tak cuba lihat. Ataupun ada je depan mata, tapi dia buat-buat buta.
*Gambar adalah keratan dari The Singapore Free Press, bertarikh 12 Julai, 1950.
Di akhir Darurat 1948-1960, kerajaan ketika penghujung 50-an telah mula menarik kembali senjata api yang dibekalkan kepada Home Guard (HG) dan Special Constable (SC).
Senjata api mereka ditarik dengan alasan keadaan sudah semakin aman dan negara sudah semakin harmoni. Malah mereka juga ditawarkan kemudiannya pula untul menganggotai Askar Wataniah yang kemudiannya ditubuhkan tidak lama selepas itu.
Namun sebahagian besar anggota HG dan SC yang terdiri dari ahli UMNO dan Melayu yang tinggal di kampung-kampung dan pinggir bandar merasa tidak selesa dengan perkembangan ini, setidak-tidaknya pada masa itu. Mereka menyuarakan hasrat mereka dan merasakan mereka perlu memiliki senjata api itu kembali kerana sebab-sebab tertentu. Boleh baca keratan akhbar dibawah sebagai pembuktian lanjut.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih