Sekali lagi muncul dakwaan liar yang mengatakan bahawa nama Terengganu berasal daripada bahasa Tamil. Dakwaan ini bukanlah dakwaan baharu tetapi dakwaan kitar semula. Sebagaimana Astro yang selalu menayangkan cerita sama semacam itulah juga geng chola ini. Mereka akan memainkan propaganda ini sehingga ramai percaya pembohongan tersebut sebagai benar-benar belaka.

Jadi isunya, benarkah Nama Terengganu berasal daripada Bahasa Tamil? Bagi saya dakwaan ini langsung tidak berasas. Ini kerana orang Terengganu sebenarnya tidaklah mengamalkan ajaran Hindu tetapi Pagan. Jadi kalau mereka tidak mengamalkan ajaran Hindu, adakah perlu mereka meletakkan nama negeri mereka dengan nama Tamil?

Dan jika benar sekalipun mereka hindu, kenapa mereka nak letak nama negeri mereka dari perkataan Tamil bukannya Sanskrit? Sedangkan Sanskritlah bahasa “suci” bagi orang Hindu. Janganlah kerana “kebetulan” bahasa yang mempunyai sebutan seakan sama maka kita membuat kesimpulan mudah bahawa “ini berasal dari bahasa aku”.

Di Terengganu dewasa ini, penduduk berbangsa India hanya terdiri daripada 0.3 peratus sahaja daripada populasi keseluruhan. Jadi bayangkan jumlah penduduk India di Terengganu sebelum kedatangan imigran besar-besaran pada abad ke-19?. Sudah tentu bilangan mereka boleh dibilang dengan jari dan silap hari bulan, langsung tiada orang India di Terengganu sebelum abad ke 19 itu.

Jadi dengan jumlah yang sedikit itu, kenapa orang Melayu pada waktu itu hendak guna bahasa Tamil untuk dijadikan nama negeri mereka?.

Terengganu pada abad ke 14, merupakan negeri dibawah pengaruh kerajaan San Fo Tsi iaitu Kerajaan Malayur Jambi (Sriwijaya sudah jatuh). Terengganu juga dibahagikan kepada 5 wilayah iaitu Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman, Kuala Terengganu dan Besut. Wilayah Hulu Terengganu ada pelabuhan dan Kerajaan  iaitu Fo Lo An  yang sudah memeluk agama Islam. Bahkan Mandalika atau Gabenor yang dilantik oleh Jambi juga beragama Islam.

Wilayah lain di Terengganu pula masih mengamalkan Paganisme. Ini berdasarkan catatan daripada Wang Tua Yuan. Beliau menulis dalam bukunya Tao-I Chih Lioh yang berbunyi:

“Ketahyulan memainkan peranan penting dalam cara hidup penduduknya. Lelaki dan wanita menyanggul rambut mereka dan memakai baju kurung pendek diperbuat daripada kain kapas hsien berwarna hijau yang diikat dengan bengkung sutera che-li (sari india). Mereka mengukir dewa-dewa daripada kayu. Mereka menyembahnya dan menyemah dewa tersebut dengan menggunakan darah manusia yang mereka bunuh yang dicampur dengan arak. Semasa musim kemarau atau hawar, mereka menyembah dewa-dewa itu dan doa mereka diperkenankan dengan segera”.

Kenapa saya katakan orang Terenganu Pesisir sebagai Pagan? Kalau diteliti kenyataan sarjana China yang merantau ke Laut Selatan sekitar tahun 1330-1340 itu, jelas menyatakan bahawa orang Terengganu yang bukan Islam ini menjamah dewa mereka dengan menggunakan darah manusia yang dikorban untuk tujuan khusus tersebut.

Membunuh manusia untuk menyemah atau meminta berkat dewa bukanlah ajaran Hindu!. Jadi secara tidak langsung bolehlah dikatakan bahawa mereka bukanlah penganut agama Hindu sebagaimana disangka oleh sesetengah pihak.

Kerajaan Malayur yang menguasai Terengganu pada waktu itu juga merupakan kerajaan Buddha sebagaimana Sriwijaya. Ini kerana sekian lama, Kerajaan Malayur telah menjadi sebahagian daripada Sriwijaya. Bahkan hubungan kerajaan ini dengan China jauh lebih erat berbanding dengan India. Bahkan sejak zaman Dinasti Tang, Maharaja-Maharaja Tang banyak menghantar sami Buddha untuk berdakwah di Jambi kerana mahu mengukuhkan cengkaman ekonominya. Ini kerana Jambi merupakan pengeluar lada utama pada waktu itu yang sangat diperlukan oleh China.

Walaupun arak merupakan perkara khilaf dalam ajaran Hindu dimana ada yang mengharamkannya dan ada pula yang membenarkannya tetapi tidak sehingga mabuk. Dalam upacara-upacara sembahyang orang Hindu, mereka lebih suka menyemah atau memandikan dewa mereka dengan air susu berbanding dengan arak.

Jadi boleh dikatakan bahawa orang Terengganu pada waktu itu bukanlah beragama Hindu tetapi beragama Islam, Pagan mahupun Buddha.

Sejak bila nama Terengganu mula digunakan tidaklah diketahui. Tetapi berdasarkan catatan Cina, maka dapatlah kita pastikan bahawa nama ini sudah digunakan pada abad ke-14.

Lagi satu, dulu geng Chola ni kata nama Terengganu berasal dari perkataan Terimbikanu tetapi sekarang ni pula mereka dakwa nama Terengganu berasal dari Tringganu.. Jadi sebenarnya yang satu betul ni?

Menurut Sultan Terengganu yang kesembilan iaitu Baginda Omar (1839 – 1876). Nama Terengganu mungkin diambil daripada perkataan “Taring Anu”. Kisahnya, sebelum wujud nama negeri Terengganu, satu rombongan dari Pahang telah datang memburu di kawasan hulu. Apabila mereka tiba di satu tempat ( kini dikenali dengan Sungai Terengganu Mati ), salah seorang daripada ahli kumpulan itu telah  terjumpa sebatang taring.

Dia bertanya kepada temannya, ini taring apa? Salah seorang daripadanya menyatakan – “Taring anu ” kerana ia tidak dapat mengingatkan nama binatang pemilik taring tersebut. Tidak lama kemudian, salah seorang daripada mereka mendapat seekor seekor rusa. Apabila dibawa pulang ke tempat perkhemahan, salah seorang daripada mereka bertanya tempat dimana rusa itu diburu. Lalu dia menjawab di “Taring anu “.

Begitu juga apabila membawa pulang kayu gaharu dan ditanya tempatnya, mereka menyatakan di “taring anu”. Lama kelamaan dikenali dengan Terengganu.

RUJUKAN:

Abdullah Sidek . 2020. Mencabar Teori Chola. Kuala Lumpur :Patriot Publishing

Abdulah Sidek. 2019.  Membongkar Sejarah Kerajaan Melayu Purba Yang Hilang. Damansara: Hijjaz Reccord Publishing

Ahmad Jelani Halimi. 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur.Utusan Publication & Distributor


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sarjana muda pendidikan sejarah UPSI. Kini mengajar di SM Maahad Pontian Johor. Meminati sejarah Melayu terutamanya berkenaan dengan sejarah kerajaan-kerajaan Melayu.

Comments are closed.