Ketika Bani Umayyah menjalankan ekspedisi di Afrika Utara, Roderick yang memerintah kerajaan Visigoth di Hispania (Sepanyol) buat hal dengan Julian yang memerintah Ceuta. Julian hantar puterinya ke istana Visigoth untuk mendapat pendidikan. Tapi Roderick merogol puteri Julian sampai mengandung.
Bila Julian tahu, Julian tulis surat kepada Gabenor Maghribi, Musa bin Nusair supaya hantar tentera Umayyah ke Hispania. Musa hantar tentera Umayyah yang dipimpin Tariq dalam masa sama luaskan empayar. Putera-putera raja sebelum Roderick berlindung di Ceuta. Benda ni membuatkan Julian lagi pening dan takut diserang Roderick.
Julian hantar lagi surat dan merayu kepada Musa untuk serang Roderick. Musa dan Tariq hantar Tarif bin Malik dan pasukannya untuk meninjau Ceuta. Mereka disambut mesra dan kehadiran mereka sangat dialu-alukan. Mereka pulang ke Afrika Utara bersama tawanan dan harta rampasan.
Setahun kemudian, Musa menghantar 7000 tentera dipimpin Tariq ke Semenanjung Iberia. Mereka merentasi Selat Gibraltar ke Hispania. Tariq dilantik sebagai panglima kerana Tariq bijak mengawal tenteranya yang terdiri daripada orang Barbar dan Arab.
Tentera Umayyah mendekati Pasukan hadapan Roderick. Mereka menawarkan tiga pilihan. Peluk Islam, bayar jizyah atau menentang Umayyah. Pasukan hadapan tadi memilih untuk melawan tetapi tewas mudah di tangan tentera Umayyah. Roderick mempersiapkan tenteranya bila mendengar tentera Umayyah sampai di Cordoba.
Tariq menuju ke Guadalete yang merupakan kawasan pergunungan dan tasik. Musuh sukar untuk serang. Roderick walaupun memiliki 100,000 tentera sepatutnya mudah tewaskan 12,000 tentera Umayyah. 5000 tentera baru sampai diketuai oleh Tarif. Sebaliknya, ramai bangsawan yang akan abaikan Roderick dalam perang ni. Perang ini berlangsung pada 28 Ramadan 92 H / 711 M.
Kisah Tariq yang membakar kapal-kapal di Guadalete dan memberi kata-kata semangat yang sangat popular dalam ceramah berkemungkinan palsu.
Pandangan Prof Dr Raghib as-Sirjani dari Universiti Kaherah mengatakan tidak diketahui siapa yang merekodkan dan tiada riwayat dan sanad sumber dari mana kisah ini bermula.
Selain itu, memusnahkan aset ketenteraan merupakan kerja sia-sia dan pasti mendatangkan kemarahan Khalifah Walid bin Abdul Malik dan Musa. Ia juga akan memusnahkan hubungan Umayyah dan Julian yang turut membekalkan kapal dalam perang tersebut.
Kisah ini mungkin disebarkan sejarawan Kristian yang cuba tutup apa yang jadi. Ramai bangsawan Visigoth lari tinggalkan raja. Tentera Umayyah dengan mudah mengalahkan dan membunuh Roderick dalam pertempuran.
Tariq meneruskan ekspedisinya membuka kota-kota Hispania seluas 1/3 Semenanjung Iberia dan wilayah tersebut diberi nama al-Andalus.
Islam dan Bani Umayyah bertapak lebih 700 tahun di Andalusia. Penerus legasi Umayyah iaitu Abdul Rahman al-Dakhil membina kerajaan baru setelah melarikan diri daripada revolusi Abbasiyyah yang dipimpin Abu Abbas al-Saffah, pengasas kerajaan Bani Abbasiyyah.
Oleh: Azizul Farhan
…
Kerajaan Umayyah dan Kerajaan Abbasiyyah ialah dua kerajaan penerus kekhalifahan yang turut ditulis dalam KITAB TAMADUN ISLAM. Cepat borong di Shopee kami sementara diskaun masih ada: bit.ly/ktislam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.