Sebut saja ikan piranha, kita membayangkan kumpulan ikan pemakan daging Amazon yang makan dengan rakus setiap kali mendapat mangsanya. Reputasi ikan ini diperkukuhkan lagi dengan kisah-kisah aneh sama ada fiksyen atau dunia sebenar dari filem You Only Live Twice hinggalah anekdot Presiden Theodore Roosevelt. Hakikatnya, ikan piranha sama sekali berbeza dengan apa yang digambarkan.

Menurut pakar-pakar perikanan, ikan piranha sebenarnya lebih kepada ikan pembangkai dan diet makanan mereka ialah rumpai air, buah hutan yang jatuh ke dalam air, biji benih, bangkai haiwan yang masuk ke dalam air, Crustacea dan ikan kecil. Ini bermakna dalam soal makan, mereka memilih makanan yang sesuai dengan saiz mereka.

Haiwan ini biasanya dijumpai di dangkalan dan mengikut anggapan ramai, kawasan ini menjadi pilihan kerana mudah mendapatkan mangsa. Selain itu, ikan piranha suka bergerak dalam kumpulan besar agar dapat mengelak menjadi mangsa mudah pemangsa-pemangsa lain seperti buaya, burung dan ikan besar lain termasuk arapaima.

Piranha biasanya berusaha mengelak daripada manusia sekiranya dikesan berada dalam air. Tetapi ia boleh meny3r4ng manusia dalam beberapa keadaan seperti merasa ter4nc4m, kekurangan makanan terutama semasa musim kering, simbahan semasa berenang atau terjun atau musim mengawan. Bagi piranha, simbahan sebegini biasanya dianggap sebagai waktu makan kerana pada ketika itulah, makanan seperti buah atau bangkai haiwan jatuh ke dalam air.

Spesies ikan piranha yang paling agresif ialah Piranha Perut Merah yang meny3r4ng bila ter4nc4m atau mengalami kekurangan makanan. Sementara ikan piranha hitam pula mempunyai gigitan yang paling kuat dalam kalangan haiwan vertebra di muka bumi. Pengalaman ini dirasai sendiri oleh pemancing ekstrem dan ahli biologi Jeremy Wade semasa berada di Amazon untuk episod terawal program River Monsters.

Wade berdepan piranha di Amazon:

Ikan piranha mempunyai struktur badan yang berotot dan gigi tajam yang berupaya mencarik mangsanya dengan mudah.

Bagi para penghuni Amazon, suka atau tidak, Lembangan Amazon merupakan sebahagian daripada nadi kehidupan mereka. Bagi penghuni Amazon terutama dari puak-puak orang asli, inilah tempat mereka mencari rezeki. Sementara hutan hujannya pula membekalkan nutrien dan pokok-pokok sebagai habitat kepada penghuni liarnya.

Rajah 1: Nelayan Amazon amat berhati-hati semasa menangkap ikan lebih-lebih lagi sekiranya ikan piranha terperangkap dalam jaring mereka.

Bagi para nelayan, mereka amat berhati-hati dengan piranha kerana piranha diketahui menggigit jala mereka sehingga putus atau mengakibatkan kecederaan sekiranya dikendalikan tanpa perlindungan. Manakala bagi penduduk, mereka tiada masalah berenang di Amazon dengan syarat bahagian-bahagian sensitif mereka terlindung kerana itulah sasaran mudah piranha.

Bagi yang mahu berenang, pakar-pakar menasihatkan sebarang renangan hendaklah dibuat tanpa sebarang bunyi. Ini kerana piranha amat tertarik dengan aktiviti-aktiviti di luar kebiasaan yang biasanya dianggap sebagai waktu makan. Selain itu, perenang juga dinasihatkan mengelak menggunakan lampu suluh atau tidak bercakap semasa berenang.

Rajah 2: Simbahan boleh mengakibatkan piranha menjadi agresif.

Sekiranya seseorang itu mengalami kecederaan, usahlah mencuba nasib berenang di Amazon. Darah dianggap sebagai petanda sasaran mudah piranha kerana haiwan atau individu yang cedera tidak boleh melarikan diri dengan pantas. Begitu juga sebarang simbahan atau percikan dalam air yang dianggap satu lagi tanda mangsa mudah oleh piranha.

Jadi, apakah ini bermakna piranha berb4h4ya kepada manusia? Bergantung kepada musim mana semasa seseorang itu di Amazon. Jika anda berada di Amazon semasa musim kering atau musim mengawan, ya, itulah masa yang sepatutnya dielakkan. Tetapi gigitan mereka tidaklah sampai ke tahap membawa m4ut dan ia hanya bersifat amaran semata-mata dengan harapan manusia menjauhkan diri.

Jadi, mengapa piranha selalu dipersalahkan untuk sebarang s3r4ngan manusia yang membawa m4ut? Sudah tentunya mitos haiwan ini merupakan pemakan manusia seperti digembar-gemburkan oleh media. Dalam kebanyakan kes, kebanyakan mangsa sudah kembali ke negeri cacing dan ikan ini hanya mengambil kesempatan merebut ‘lauk’ mudah di depan mata.

Justeru, sebarang paranoia tentang ikan ini patut dihentikan. Ikan piranha tidak akan meny3r4ng manusia kecuali atas sebab seperti musim kering yang mengakibatkan kekurangan makanan, d4r4h atau kecederaan, provokasi atau simbahan dalam air.

RUJUKAN:

PiranhaGuide. (2019). Do Piranhas Eat Humans?. https://piranhaguide.com/do-piranhas-eat-humans/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.