Tuan-tuan kalau buka platform Tik-Tok mesti ada video pasal penaklukan Konstantinopel yang diceritakan oleh agamawan-agamawan Melayu.
Tapi kenapa cerita diorang ni pelik? Siap ada orang Melayu terlibat dalam penaklukan Konstantinopel bersama Sultan Muhammad Al-Fateh?
Meh saya buktikan yang diorang ni bukan orang Melayu pun sebenarnya.
Ini ialah gambar yang melukiskan tentera Al-Fateh masa Konstantinople.
Kononnya dari lukisan ini, memberitahu kita ada tentera Melayu yang bertanjak sekali.
Tapi kenapa benda ni ialah antara benda paling bullshit yang disebarkan pasal sejarah Melayu?
Pertama, topi ala-ala tanjak dalam lukisan ini ialah sejenis topi yang dipakai oleh Jannisari yang dipanggil sebagai bork.
Bork yang dipakai oleh Janissary merupakan sejenis topi khas yang menjadi lambang penting dalam pakaian seragam tentera Janissary, pasukan elit Kesultanan Uthmaniyah.
Ciri istimewa bork adalah kewujudan tempat untuk menyimpan sudu di bahagian hadapan topi, dikenali sebagai “kaşıklık”. Ini melambangkan “kaşık kardeşliği” atau “persaudaraan sudu,” yang mencerminkan rasa kekitaan dan persaudaraan di antara ahli Janissary yang makan, tidur, berjuang, dan gugur bersama.
Bork mempunyai hiasan permata yang tinggi di tengah-tengah kawasan dahi dan ekor yang panjang yang mengalir ke bawah belakang pemakainya, sedikit lebih jauh daripada bahu.
Ada dua penjelasan mengenai keberadaan permata besar di depan topi Janissary. Sebab pertama mengapa perhiasan ini diletakkan pada bork adalah bahawa ia berfungsi sebagai sumber legitimasi bagi Janissary.
Dengan memakai topi besar yang dapat dilihat oleh semua orang, dan dengan permata tinggi di depan topi ini, Janissary mudah dikenali.
Sebab yang kedua adalah bahawa permata besar itu akan sepadan dengan hiasan serban yang mungkin dipakai oleh Sultan, mengesahkan bahawa Janissary adalah setaraf atau dari keluarga yang sama dengan tuan mereka yang berkuasa.
Ada jugak yang saya jumpa video di Tik-Tok yang kata Hang Tuah terlibat secara langsung bersama Sultan Muhammad Al-Fateh menakluk Konstantinopel ketika berusia 22 tahun.
Astaga, geleng kepala dibuatnya.
Baik, kalau nak kata orang Melayu pernah kerjasama dengan Uthmaniyah, tengok pada Kerajaan Aceh.
Yang itu baru betul-betul diplomatik. Tentera Uthmaniyah bantu tentera Aceh ketika Pengepungan Melaka 1568 untuk merampas Melaka dari Portugis.
Walaupun tak berjaya rampas Melaka, ia berjaya menghalau aktiviti ketenteraan Portugis dari pantai Aceh dan menyeimbangkan penguasaan Selat Melaka.
Sudah-sudahlah buat overclaim melampau nak kaitkan orang Melayu dengan peristiwa-peristiwa bersejarah dalam Islam hanya untuk bermegah diri.
Ada ke patut..
Walaubagaimanapun, ramai yang tak tahu sebenarnya antara punca kejatuhan Melaka pada 1511 adalah disebabkan oleh Penaklukan Konstantinopel 1453 ini.
Oleh: Azizul Farhan
___
Apa sebenarnya strategi Sultan Muhammad Al-Fateh untuk takluk Konstantinopel? Jawapannya ada di dalam AL FATIH: PENAKLUK AGUNG yang boleh anda dapati di Shopee The Patriots:
https://shope.ee/9A17ZycRLL
Atau di Website kami:




No comments yet