Kalau kita tonton filem atau baca buku orang Eropah, kita akan banyak kali temui motif orang Amazon ni. Misalnya Wonder Woman ni dikatakan berasal dari pulau Amazon yang hanya ada orang perempuan. Bahkan, kita juga boleh tengok motif ni dalam One Piece apabila Luffy terkandas di pulau Amazon Lily yang hanya ada orang perempuan sahaja. Tapi tu lah, dari mana datang kisah ni? Betul ke orang perempuan je duduk pulau ni?
Kisah orang Amazon ni sebenarnya datang daripada mitos orang Yunani. Terma Amazon ni dikatakan berasal daripada bahasa Parsi ‘hamazan’ yang bermaksud ‘pahlawan’ dan juga ‘tak berdada’, merujuk pada kisah orang Amazon potong buah dada kanan nak bagi senang tembak panah.
Dalam mitos orang Yunani, orang Amazon dengan pimpinan Ratu Penthesilea membantu Trojan menyerang orang Yunani, tapi kalah selepas Achiles tumpaskan ratu tu dalam pertempuran. Bermula dari sini, orang Yunani mula kenal orang Amazon.
Orang Yunani purba dulu memang percaya ada pulau Amazon yang dipenuhi pahlawan wanita, tapi mengikut kajian sekarang, pulau ni tak wujud. Barangkali kisah Amazon ni wujud sebab orang Yunani tengok orang Lycia yang mempunyai adat matrilineal seperti orang Minang kita. Tak lain, hanyalah dongeng berdasarkan suku kaum yang wujud masa tu.




No comments yet