Ya, apa yang anda baca tidak salah. Memang ada.Usai pembukaan Negeri Mesir yang dipimpin oleh Sayyidina Amru Al-As, Khalifah Umar telah memperkenalkan pelbagai langkah Ekonomi bagi meningkatkan hasil negara pada ketika itu.

 

Salah satunya adalah memperkenalkan pembinaan Terusan Amirul Mukminin. Terusan Amirul Mukminin ini merupakan langkah awal sebelum tercetusnya idea bagi pembinaan Terusan Suez yang dapat kita lihat pada hari ini. Dan yang menariknya, terusan ini dibina hanya dalam tempoh 6 bulan sahaja.

 

Pembinaan Terusan Amirul Mukminin ini dijangka akan dapat memudahkan perjalanan bagi penduduk Mesir untuk ke Sinai dan ke Madinah. Selain daripada terusan Amirul Mukminin, di Iraq Khalifah Umar juga turut meluluskan pembinaan Terusan Abu Musa Al-Asy’ari.

 

Terusan Abu Musa ini dibina bagi menghubungkan Sungai Tigris dan Bandar Basrah. Dan perkara ini seterusnya meningkatkan lagi hasil pulangan kepada ekonomi Negara.

 

Ini adalah sebahagian daripada langkah ekonomi Khalifah Umar, dan disini jelas bahawa Khalifah Umar bukan sahaja terkenal dengan ketokohannya dalam beragama tetapi mahir dalam bidang Ekonomi dan Politik.

 

Oleh : Muqri Nizam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply