Semasa menonton rancangan kartun Spongebob Squarepants, kita kerap kali ditunjukkan sketsa Spongebob di pantai dan laut, walaupun dia sendiri hidup di dalam laut. Bagi sesetengah orang, ini mungkin adalah jenaka semata mata namun bagi sesiapa yang mempunyai latar belakang biologi marin, dalam kebanyakan kes stereotaip karakter dalam racangan ini adalah tepat.
Hal ini tak lah pelik sebab pengarahnya, Stephen Hillenburg itu sendiri merupakan graduan biologi marin. Disebabkan itu, aku tertanya tanya adakah laut dalam laut itu betul?
Jawapannya betul, cuma ia mungkin tak sama dengan apa yang kita bayangkan. Laut bawah laut ni lebih dikenali sebagai ‘sea brine’ ataupun lopak garam.
Di Teluk Mexico, laut bawah laut ni boleh dijumpai dengan senang. Hal ini adalah disebabkan geografi di situ. Sekitar 200 juta tahun dahulu, teluk ini hanyalah tasik yang cetek. Lama kelamaan, tasik ini menjadi semakin cetek dan masing hinggalah ia hilang sepenuhnya.
Hasilnya ialah tanah disitu termendap dengan lapisan garam yang mencapai ketebalan sebanyak 8 km. Sebagai analogi, ketebalannya ialah ibarat dua gunung Kinabalu yang bersambung dari hujung ke hujung. Selepas masa berlalu dengan jauh, plat tektonik di kawasan teluk ini berubah lalu membolehkan air laut terbentuk di kawasan bergaram ini.
Walau bagaimanapun, lapisan bergaram itu pada waktu ini sudah dilitupi oleh lapisan tanah. Oleh itu, garam garam mendap tu tak boleh nak larut dalam air laut.
Lama kelamaan, banyak tanah akan mula termendap di atas lapisan bergaram tersebut dan mewujudkan tekanan yang tinggi pada lapisan tersebut. Ini secara tak langsung mampu cetuskan tektonik garam. Lapisan mendapa tu pecahkan lapisan bergaram dan garam mula tersebar ke luar ibarat bekas plastik gula yang pecah.
Sebagaimana lapisan air gula yang terletak pada air sirap, lapisan air garam yang sangat pekat pun muncul di situ dan mewujudkan laut bawah laut. Tasik garam. Disebabkan kepekatan tersebut, tasik garam ini sangat masin berbanding air laut di sekelilingnya. Lapisan yang menampakkan dia macam laut bawah laut tu namanya halocline.
Menariknya pasal tasik garam ni ialah dia pun ada ombak laut macam pantai kalau kita kacau. Maknanya dia memang tak campur langsung dengan air laut. Tasik garam ni punyalah pekat, dia punya ketumpatan pun tinggi. Kapal selam kecil ROV dan ikan ikan semua boleh terapung atasnya macam Laut Mati.
Setakat ini, semua ciri ciri tasik garam ini adalah tepat sebagaimana laut dan pantai kartun Spongebob Squarepants, melainkan satu benda. Tasik ini adalah bertoksik. Ikan yang berenang ke situ akan mati serta merta. Puncanya ialah garam di situ tersangatlah pekat. Sel badan kita tak mampu nak bertoleransi dengan garam dan gula yang terlampau pekat, mengecut dan akhirnya mati.
Sebab itu jeruk buah dan sayur semuanya kecil. Sebab sel dia sudah mengecut. Jadi, jangan hairan kalau anda terjumpa bangkai ketam atau ikan yang mati berdekatan dengan tasik itu sebenarnya sudah berusia lebih 12 tahun. Sebab dah dijerukkan oleh tasik tersebut. Itu tak masuk lagi gas metana yang terbebas masa lapisan garam tu pecah. Jadi lagi bertoksik.
Ya, laut bawah laut ni wujud, tapi tak ada maknanya tempat tub oleh bermandi manda. Sampai sekarang aku tak faham macam mana Spongebob boleh lemas atas lapisan garam yang sepatutnya boleh terapung dengan senang.
RUJUKAN:
Playing in a Deep-Sea Brine Pool Is Fun, as Long as You’re an ROV. https://blogs.scientificamerican.com/artful-amoeba/playing-in-a-deep-sea-brine-pool-is-fun-as-long-as-you-re-an-rov-video/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih