Gambar dibawah ini dipercayai sebagai bukti pada zaman tamadun Mesir dahulu adanya teknologi helikopter, kapal selam dan kapal terbang. Ia sebuah teori yang bukan dilampirkan secara rasmi dari ahli Egyptologi sendiri, tetapi dari ahli teori konspirasi. Dan gambar ini menjadi popular sehinggakan pelbagai versi cerita disampaikan.

Lukisan Hieroglif yang memaparkan seolah-olah lukisan pesawat, helikopter dan kapal selam di Kuil Seti I, tapak kota kuno Abydos (Mesir).

Ada yang mengatakan makhluk asing datang ke bumi dan menolong rakyat Mesir membangun piramid. Tetapi, kenapa makhluk asing datang sejauh berjuta-juta kilometer cahaya semata-mata nak bina makam untuk Firaun? Merepek.

Ya, tetapi kepercayaan ini haruslah dimatikan dan dibuang selama-lamanya. Kerana apa? Kerana teori di atas dikemukakan oleh geng teori konspirasi dan pseudo-arkeologi, yang hanya mampu mengemukakan satu bukti tunggal sahaja. Dengan hanya satu gambar ini, mereka terus gelabah dan gelojoh mengemukakan pelbagai cerita ciptaan dan palsu tanpa kajian yang mendalam. Wow, yakinnya kamu.

Jikalau memang benar pada zaman Mesir sudah ada teknologi sedemkian rupa, di mana bangkai helikopter, kapal selam dan pesawat yang seperti didakwakan?

HELIKOPTER ABYDOS: MITOS KAJIAN PENGANGKUTAN MODEN PERADABAN MESIR KUNO.

Tidak, ia bukannya sebuah lukisan Hieroglif yang memaparkan teknologi yang didakwakan sekian lamanya seperti yang diyakini oleh geng teori konspirasi, tetapi ia merupakan sebuah tulisan yang memaparkan keagungan Firaun pada zaman dahulu.

Lukisan dinding Hieroglif ini ditemui di sebuah kuil terkenal pada zaman pemerintahan Mesir kuno, iaitu Kuil Seti I di tapak kota kuno Abydos. Siapakah Seti I?

Firaun Seti I merupakan seorang pemerintah kedua dari Dinasti Ke-19 yang berpusat di ibukota Abydos. Boleh melihat senarai nama para pemerintah Mesir kuno di sini:
https://thepatriots.asia/senarai-nama-firaun-yang-meme…/

Kuil Seti I dibina oleh Firaun Seti I untuk memuliakan dan menyembah Dewa Osiris, Isis dan Horus (dewa tiga beranak).

Seperti biasa, setiap pemerintah Mesir wajib menunjukkan legasinya di mana-mana di dalam wilayah pemerintahannya seperti mengukir namanya di kuil-kuil atau piramid yang dibinanya.

Sepertimana Seti I yang bertanggungjawab dalam membayar pembiayaan pembinaan Kuil Seti I, baginda juga turut tidak ketinggalan menjual namanya untuk tatapan anak cucu dikemudian hari.

Pada dinding lukisan Hieroglif berkenaan pada mulanya diukir dengan namanya yang berbunyi:

“Sekhemkhepesh Derpedjetpesdjet”

Terjemahan: “Dia yang memperbaharui kelahiran (melahirkan empayar baharu), kuat dengan pedang (berperang) dan dia yang menundukkan sembilan busur (para musuhnya)”

Tulisan Hieroglif ini terpampang selama beberapa lamanya sebelum kematian Firaun Seti I. Setelah kematiannya, tempatnya diambil alih oleh anaknya, Firaun Ramesses II.

Pada zaman pemerintahan Firaun Ramesses II, baginda merenovasi dan memperluaskan binaan Kuil Seti I. Baginda tidak mahu binaan tersebut diagungkan atas nama bapanya sahaja, lalu baginda mengeluarkan perintah untuk menampal kembali lukisan Hieroglif tersebut dan mengukir keagungan namanya, iaitu:

“Mekkemet Wafkhasut”.

Terjemahan: “Pelindung Kemet (nama Mesir lama), yang menakluk negera musuh”.

Pendek. Kedekut gelaran betul.

Lukisan Hieroglif milik Firaun Ramesses II terpampang selama beberapa ribuan tahun lamanya sebelum ukiran namanya mula terhakis oleh alam sedikit demi sedikit sehingga ukiran nama ayahnya mula kelihatan. Akibat pertindihan antara dua nama beranak tersebut, Hieroglif di Kuil Seti I terlihat seakan-akan lukisan helikopter, kapal selam dan pesawat.

Perbezaan diantara kedua buah ayat yang memuji kedua orang raja, iaitu Firaun Seti I dan Firaun Ramesses II dalam tulisan Hieroglif.

Penyataan kebenaran ini diungkapkan oleh ahli Egyptologi, arkeologi dan seorang profesor bidang Egyptologi, Katherine Griffis-Greenberg dari Universiti Alabama, Birmingham di Amerika Syarikat. Kaedah tampal-menampal ini sememangnya kaedah normal yang digunakan oleh pengukir pada waktu tersebut. Jadi, ia bukan sesuatu perkara yang asing untuk menghilangkan jejak nama firaun yang terdahulu.

Tambahan pula, cara tampal sebegini bukan hanya digunakan oleh Firaun Ramesses II di Kuil Seti I, bahkan ia juga digunakan oleh artikek Sostraus menampal nama Firaun Ptolemy II di atas ukiran namanya di menara api Alexandria. Untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Api Alexandria:
https://thepatriots.asia/rumah-api-alexandria-iskandar…/

Apabila digabungkan kedua buah ayat tersebut, maka tulisan Hieroglif memaparkan seakan-akan lukisan pengangkutan moden sepertimana yang digembar-gemburkan oleh ahli teori konspirasi.

Maka, akhirnya terjawablah misteri penipuan dan fitnah teknologi dan kemajuan pengangkutan pada zaman Tamadun Mesir Kuno. Kalau ia wujud pun, ia hanya kisah mitos dan imaginasi para pengikut teori konspirasi. Akhir kalam, peradaban Mesir tidak pernah mempunyai pengangkutan moden sepertimana zaman sekarang dan lukisan itu hanyalah sebuah pujian membanggakan diri.

RUJUKAN:

1. The Spiritual Technology of Ancient Egypt: Sacred Science and the Mystery of Consciousnes oleh Edward F. Malkowski.

2. Hidden History: Lost Civilizations, Secret Knowledge, and Ancient Mysteries oleh Brian Haughton (halaman 164).

– TAMAT –


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Comments are closed.