1. Virus ni Illuminati dengan Freemason yang cipta
Virus ni sejenis mikroorganisma. Dia duduk elok-elok, diam-diam dalam haiwan perumah (nature host). Dia tak menyebabkan penyakit untuk perumah. Sehinggalah dia berjumpa dan menjangkiti haiwan perumah lain atau menjangkiti manusia, atau daripada haiwan perumah lain seterusnya kepada manusia.
Barulah dia menjadi penyebab penyakit. Itulah yang jadi dalam dunia hari ni. Virus tu elok duduk dalam kelawar, kelawar tu berak kat kandang ba-bi. Orang makan binatang tu. Maka orang dapat penyakit.
Atau contoh lain, bakteria tu elok ja duduk dalam tahi kerbau. Disebabkan orang minum air sungai, orang tu dapat penyakit.
Ada pelbagai punca kenapa haiwan-haiwan perumah ni boleh keluar dan melakukan hubungan dengan manusia.
2. Siapa kata virus yang terdapat pada zaman ni tak ada pada zaman dulu?
Tahun 1912, Selsema Sepanyol serang Tanah Melayu. Lebih kurang 20ribu nyawa melayang.
Tahun 1911, wabak Kolera melanda Kedah. Lebih kurang 1500 nyawa melayang akibat penyakit ini di seluruh Kedah dari awal wabak bermula hingga tahun 1913. Berpunca daripada bakteria bernama Vibrio cholerae.
Wabak Kolera juga pernah melanda pada zaman sahabat. Kolera dipanggil Taun. Ditulis dalam buku At Tarikh Al Islami Al Wajiz, tulisan Dr. Muhammad Suhail Thaqqus, terdapat beberapa orang sahabat yang meninggal dunia akibat jangkitan bakteria ini.
Pada zaman Nabi Muhammad SAW juga ada penyakit kusta (dipanggil Lepra/Pes). Malah ada hadis tentang menjauhi pesakit atau orang yang telah dijangkiti.
Dari mana andaian mengatakan penyakit zaman sekarang tak ada pada zaman dahulu?
Mungkin yang menjadi masalah perbezaan nama. Dulu dan sekarang lain sedangkan ia penyakit yang sama.
Tuberculosis dah lama ada. Dulu dipanggil Phthisis. Bila dilihat daripada simptom, gejala dan kesan kepada organ, pakar perubatan simpulkan dari dulu lagi penyakit tuberculosis dah ada.
Ibnu Sina pernah tulis tentang kesihatan mental dalam Kitab Perubatan Qanun Fii Tibb. Kemurungan, anxiety dan fobia ada dalam kitab tu. Cuma yang berbeza adalah nama. Ibnu Sina tulis buku tu pada tahun 1012 dan siap pada tahun 1024. Masih dirujuk sehingga sekarang.
Tak habis lagi tentang penyakit dan sejarah perubatan. Kali ni pasal Al- Zahrawi.
Pakar bedah moden beragama islam dari Andalusia. Beliau yang memperkenalkan sistem pembedahan. Bukunya turut melakarkan lebih kurang 200 peralatan untuk digunakan dalam pembedahan.
Ilmu perubatan bukan sekadar bacaan sahaja. Kena ada ujian klinikal dan spesimen. Orang yang sakit, datang pada ahli perubatan ni. Barulah ahli perubatan zaman dulu boleh tulis maklumat lengkap tentang penyakit yang pesakit alami. Cuba bayangkan berapa banyak penyakit yang ada pada zaman tu sampai Al- Zahrawi dan Ibnu Sina boleh tulis buku yang lengkap begini.
Sekali lagi, mana datang andaian penyakit zaman dulu tak ada pada zaman sekarang? Ibu bapa dia kot yang tak cerita pasal penyakit zaman dulu.
3. Agenda 21 WHO ni apa benda?
Bila aku cari dekat carian google, dia tulis pasal Agenda 21 – Sustainable Development. Panjang juga dokumen berkaitan agenda 21 ni, ada 351 mukasurat. Agenda 21 ni daripada persidangan UN di Brazil pada tahun 1992.
Ya, sustainable ni membawa maksud memanjangkan sumber supaya boleh digunakan lebih lama. Kita ambil contoh cerita pasal sustainable resource.
Kita ada hutan 100 ekar. Kita nak buat taman perumahan. Kita boleh tebang terus 100 ekar hutan atau tebang sikit-sikit supaya sumber hutan tu boleh guna dalam masa yang lebih panjang.
Itulah salah satu benda yang ada dalam agenda 21. Pasal hutan, pasal sumber air, pasal sisa radioaktif dalam bahagian dua. Ada empat bahagian. Dalam bahagian tiga ada cerita pasal kemiskinan dan pertumbuhan ekonomi.
Adakah mengurangkan populasi penduduk dunia boleh memanjangkan masa penggunaan sumber? Jawapannya adalah Ya.
Sumber yang ada dalam dunia boleh digunakan dalam masa yang lebih lama kalau separuh dari populasi dunia berkurang.
Tapi mana datang teori ni?
Rekod carian google paling awal tentang teori ni pada tahun 2015. Seorang penulis dan Presiden Pusat Polisi Amerika bernama Tom Deweese berkata tentang resolusi ini.
” a new kind of tyranny that, if not stopped, will surely lead us to a new Dark Ages of pain and misery yet unknown to mankind”.
Atau bahasa melayunya :
“jenis kezaliman baru yang, jika tidak dihentikan, pasti akan membawa kita ke Zaman Gelap yang baru dalam keperitan dan penderitaan yang belum diketahui oleh umat manusia.”
4. Kalaulah teori mengurangkan penduduk dunia ni betul?
Apa anda buat kalau teori ni betul? Doktor dan ahli perubatan yang tolong rawat orang supaya boleh sembuh dari penyakit ni anda kata doktor jahat upahan yahudi iluminati.
Kalaulah virus ni ciptaan yahudi? Apa anda buat untuk selamatkan orang yang telah dijangkiti?
Nak masuk universiti belajar perubatan nanti jadi doktor upahan yahudi iluminati pulak.
Lagi satu, ada teori berdegar-degar tentang Freemason cipta penyakit kemudian jual ubat untuk keuntungan.
Ni kalau dah populasi berkurang ni macam mana nak dapat keuntungan?
Rugi bukan sikit ni.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih