Apabila terlintas topik asteroid menghampiri Bumi, mesti ada yang fikir pasal Armageddon, Deep Impact atau Greenland. Tiada apa yang perlu risau pun, kerana Amerika Syarikat tahu apa patut dibuat (kecuali dalam filem Greenland sebab rakyat Canada yang bantu).
Tetapi topik ini serius sebenarnya. Betul, dalam sejuta asteroid yang menghampiri Bumi, hanya enam saja boleh menghentam sebelum tahun 2106. Tetapi belajar daripada Covid-19, tiada apa yang terjamin sebenarnya.
Dan sekarang ini ada sebutir asteroid yang semakin hampir dengan Bumi. (153201) 2000 ialah angka yang sesuai untuk melabel produk komputer.
Tetapi itulah nama diberikan kepada asteroid yang ditemui Lincoln Near-Earth Asteroid Research (LINEAR) pada 29 November 2000.
Asteroid ini didapati berasal daripada gugusan asteroid Aten yang berkampung antara Matahari dan orbit Bumi.
Zon Aten berhampiran dengan orbit Bumi.
Untuk memudahkan, namakan asteroid ini Aten saja. Ia mempunyai saiz diameter dianggarkan dalam 510 meter saja.
Kecil tetapi boleh mengundang masalah alam yang sangat besar jika menembusi atmosfera Bumi. Aten sedang menghampiri Bumi dengan kelajuan 90,000+ kilometer sejam.
Sebenarnya kelajuan ini ialah perkara biasa di ruangan angkasa. Jarak antara Bumi dan Matahari pun mencecah 147 juta kilometer (jadi Aten perlu 68 hari untuk tiba di Matahari dari Bumi).
Jadi persoalannya – apakah Aten akan menghentam Bumi?
Jawapannya tidak.
Aten akan menghampiri Bumi saja. Tambah tolak antara kelajuan Bumi (pada landasan orbit) dan asteroid Aten, manusia mungkin tidak perlu risau.
Kerana Aten akan melintasi orbit Bumi dengan jarak 4.3 juta kilometer daripada planet bertuah ini.
Tetapi apa akan jadi jika Aten menghentam?
Kebarangkalian ini sudah lama dibincangkan, bukan sekadar Aten saja. Banyak asteroid lagi yang ada kemungkinan untuk menyembam di permukaan Bumi.
Bermula dulu dengan 2012 DA14, sebutir batu angkasa bersaiz 50 meter (10 peratus daripada Aten). DA14 mempunyai berat 143,000 tan (anggaran kasar Aten mempunyai berat 1.43 juta tan). Jadi saintis membuat bayangan.
Jika mengh3nt4m, DA14 boleh menyebabkan sebuah letvp4n sebesar 2.4 megatan iaitu 180 kali ganda lebih kuat berbanding b0m Little Boy yang dilepaskan di Hiroshima, Jepun.
Jika Aten mengh3nt4m, letvp4nnya akan mencecah 5,000 megatan dengan gempa bumi begitu d4hsy4t.
Secara matematik, tiada kehidupan di permukaan Bumi boleh selamat… kerana impak 375,000 kali Little Boy (Kluger, 2013) tentu sekali menyebabkan langit dilitupi debu yang menyekat cahaya Matahari (sekali gus menyebabkan musim sejuk yang membvnvh tumbuh-tumbuhan).
Kelajuan DA14 hanya 28,000 km/j pun dikatakan sangat merb4h4ya (jika menghentam). Bayangkan Aten yang 10 kali ganda lebih besar dan 3.2 kali ganda lebih laju.
Dalam situasi sebegini, manusia perlu bersedia lebih awal. Cuma Aten takkan mengh3nt4m.
Jadi tidak perlu risaulah, sebab dalam masa 20 tahun, dunia membuang masa dengan benda-benda pelik seperti P3r4ng Iraq contohnya. Maka memang jelaslah Aten takkan h3nt4m.
Namun tidak salah pun untuk membayangkan jenis persediaan perlu dibuat manusia. Bagi tempat yang Aten h3nt4m, memang tiada harapan di situ. Impak akan menyebabkan sebuah lubang sangat besar dan dalam.
Semua orang perlu dikeluarkan dengan segera, untuk ditempatkan di ruangan bawah tanah. Makanan dan minuman pula harus ditekankan, kerana akan berlaku situasi kehabisan bekalan yang menyebabkan pep3r4ngan antara satu sama lain tidak kira individu atau saki-baki negara.
Akhir kata, jika situasi ini berlaku, asteroid yang mengh3nt4m boleh memetik ayat J. Robert Oppenheimer.
“I am become de-ath, the destro-yer of worlds.”
RUJUKAN:
Kluger, J. (2013, Februari 14). Asteroid (ditapiskan) Earth! How the (ditapiskan) Scenario Would Play Out? Time.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih