Dalam banyak-banyak pemahaman songsang golongan anti-vaksin, antara yang terkenal ialah mitos bahawa kaedah vaksinasi dan vaksin berasal dari Yahudi. ‘Inoculation’ seperti di bawah adalah satu kaedah vaksinasi terawal.

Maka jika ada yang mengatakan kaedah vaksinasi dan vaksin dicipta Yahudi ini, azanlah di telinga serta bacakan talkin kepada sambil katakan bahawa dia salah.

Eropah sebenarnya menemukan kaedah vaksinasi awal dari kerajaan Uthmaniyyah. Malah ada juga catatan lain menyatakan tentang penemuan kelompok hamba yang tidak dijangkiti penyakit berjangkit telah ditemukan di selatan Libya moden hari ini, menerima vaksin awal yang dipercayai berasal dari China.

Jadi apa maksudnya bila saintis Uthmaniyyah yang menemukan kaedah vaksinasi ini?
Selain membunuh mitos tentang Yahudi mencipta vaksin, ia juga menunjukkan bahawa vaksin adalah usaha orang Islam sendiri demi kehidupan manusia yang lebih baik.

Tahukah anda, terdapat satu kumpulan Yahudi Ortodoks di Israel dan Amerika memang mengharamkan vaksin ke atas kelompok mereka, hinggakan kewujudan mereka ini turut mengancam imuniti kelompok dalam beberapa komuniti mereka sendiri?

Tanyakan pada golongan anti-vaksin ini, adakah mereka sebenarnya mahu menjadi umat Islam, atau mahu mengikut perangai Yahudi?

Jangan angkuh hanya kerana tak pernah kena penyakit berjangkit yang boleh dicegah kerana vaksin.

Allah izinkan kamu mendapat manfaat dari orang lain yang divaksin. Allah izinkan kamu mendapat manfaat dari imuniti kelompok yang dibentuk oleh mereka yang divaksin. Allah izinkan mereka berfikir bahawa vaksin penting untuk mereka yang sedar mereka berpotensi untuk dijangkiti penyakit.

Semak akal dan hati untuk fikir, mana datang akal dan fikiran, ilham dan pengetahuan mereka saintis yang mencipta vaksin, kalau bukan turunnya dari Allah sendiri.
Kau tak nak vaksin, itu masalah kau.

Tapi jangan angkuh dan rasa istimewa hanya kerana hingga sekarang kau masih dikurniakan kesejahteraan dan kesihatan yang Allah bagi, mengherdik dan menghina mereka yang sedar kepentingan vaksin kepada diri mereka dan untuk kau.

Sebagaimana ujian Allah tidak hanya datang dalam bentuk kemiskinan tapi juga kekayaan, Allah juga berikan ujian buat hamba-Nya dalam bentuk kesihatan dan bukan sekadar menurunkan ujian berupa penyakit dan kesakitan.

Jangan angkuh.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.