Kita mungkin dah biasa melihat haiwan terlibat dalam peper4ngan selama ribuan tahun lamanya, kuda contohnya mungkin seekor haiwan yang paling sinonim untuk membawa para pahlawan dari pelbagai tamadun dalam melakar sejarah dunia.
Tetapi, pernahkah anda mendengar atau melihat seekor beruang menyertai pasukan t3ntera? Tetapi bukan untuk ditunggang seperti kuda, bahkan beruang ini menggunakan derianya sendiri untuk turut sama membantu askar di barisan hadapan.
Dan ini bukanlah kisah purba yang terlalu banyak elemen mitologi, kisah beruang in berlaku pada zaman Per4ng Dunia Kedua ketika para pemimpin negara terlalu terdesak untuk membalas d3nd4m, melaksanakan penaklvkan, dan meluaskan sempadan.
Pada tahun 1942, setelah pencer0b0han oleh tenter4 Kesatuan Soviet terhadap Poland, sejumlah angkatan bersenj4ta Poland selepas itu mengiringi para pelarian Poland untuk bersama-sama menuju ke Tehran.
Di tengah perjalanan itu, mereka terserempak dengan seorang pemuda Iran yang menemui seekor anak beruang, ia ditemui dalam keadaan merengek tanpa henti akibat kehilangan ibunya, yang m4ti dit3mbak oleh pembvru.
Salah seorang pelarian, Irena Bokiewicz yang merupakan seorang gadis berusia lapan belas tahun ketika itu merasa sedih melihat keadaan anak beruang itu lalu meminta keizinan Leftenan Anatol Tarnowiecki agar dia dibenarkan untuk membawa anak beruang itu bersama-sama dalam rombongan pelarian. Irena dianggap sebagai manusia pertama yang memeluk beruang itu.
Leftenan Anatol mengizinkan permintaan Irena, beliau kemudian membeli anak beruang itu dengan membayar beberapa keping syiling, dan Irena telah mengambil masa selama tiga bulan untuk merawat dan menjaga anak beruang itu. Seiring masa berlalu, beruang itu membesar di kalangan anggota t3ntera Poland, dan mereka menamakannya dengan nama Wojtek, yang bermaksud “pejuang yang bahagia”.
T3ntera Poland mula mengambil alih tanggungjawab menjaga Wojtek dengan menyuapkan minuman susu kepadanya melalui botol vodka dan memberi ia makan buah-buahan, manisan dan madu. Mereka membesarkan Wotjek seolah-olah beruang itu dianggap sebagai anak mereka sendiri.
Bunyinya bagaikan tidak masuk akal, tetapi, akibat suasana p3rang dan dari kecil telah dikelilingi oleh manusia, Wojtek membesar dengan deria komunikasi serta pemahaman yang baik terhadap beberapa arahan dalam bahasa Poland, ia turut terikut-ikut tabiat dan perbuatan anggota t3ntera lain.
Dia pernah dilihat cuba menghisap rokok, meminum bir, bergusti dengan askar lain dalam perlawanan persahabatan, dan mengangkt tabik hormat. Adakalanya dia menghabiskan waktu malamnya dengan melepak bersama-sama askar lain mengelilingi sekitar api unggun sebelum masuk tidur bersama askar di khemah mereka pada waktu malam.
Lagi mengejutkan, beruang ini turut meniru cara manusia mandi dan pernah turut serta pernah bersama t3ntera Poland ketika melakukan ser4ngan terhadap mvsuh. Kebijakannya itu juga menyebabkan satu kejadian yang lucu berlaku, ketika Wojtek sedang mandi, seorang perisik mvsuh menyelinap masuk ke dalam kem. Perisik yang terserempak dengan seekor beruang yang berdiri setinggi 6 kaki di depannya, sudah tentulah akan terperanjat hingga menjerit ketakutan, yang menyebabkan dia akhirnya ditangkap.
Wojtek masih bersama-sama pasukan yang membesarkannya ketika mereka sedang bergerak melintasi Iraq, Syria, Palestin, dan Mesir. Pada tahun 1942, angkatan bersenj4ta Poland bergabung dengan T3ntera Inggeris untuk bertempvr dalam Kempen Itali.
Semasa bergerak ke Itali, tentera Poland mahu membawa Wojtek bersama mereka, namun, pegawai British menegaskan penyertaan orang yang bukan anggota dalam mana-mana pasukan t3ntera adalah tidak dibenarkan.
Askar-askar Poland itu nekad dan masih tidak mahu meninggalkan Wojtek di belakang mereka, akhirnya, mereka berjaya setelah secara rasminya menyerap beruang itu sebagai salah ‘seorang’ anggota tenter4 yang sah dalam barisan mereka.
Wojtek diberikan pangkat Prebet yang sah, buku panduan askarnya, dan nombor badannya. Wojtek secara rasminya telah menjadi anggota tentera Poland sekarang. Dikatakan, seorang pegawai British menyemak ulang senarai nama mereka yang terlibat dalam ekspedisi itu untuk memastikan semua orang dalam senarai itu berada di dalamnya.
Apabila pegawai itu memanggil nama “Wojtek Mis,” seekor beruang setinggi 6 kaki muncul dan beratur dengan berdisiplin di depan matanya untuk menaiki kapal. Pegawai Inggeris itu bingung, “Tapi ini bukan manusia!” Jawapan askar Poland adalah, “Prebet Wojtek Mis (Wojtek Sang Beruang) lah yang menaikkan moral dan memberikan inspirasi semangat juang dalam kalangan tenta Poland.”
Semasa Pertempvran Monte Cassino di Itali, yang merupakan salah satu pertempvran terbesar sepanjang Per4ng Dunia Kedua, Wojtek membuktikan dirinya bukan sekadar haiwan peneman yang baik sahaja.
Wojtek pada mulanya ketakutan dengan bunyi temb4kan dan pengeb0man yang bingit. Namun, setelah memerhatikan rakan-rakannya men3mbak mvsuh manakala yang lain bergerak kesana kesini mengangkut muatan, Wojtek yang tanpa disuruh, telah pergi membantu mereka.
Dia membantu mengangkut peti amvnisi dari trak bekalan kepada rakan-rakannya di posisi artileri yang berterusan men3mbak kedudukan mvsuh. Di tengah-tengah hujan pelvru dan letvpan m0rtar, Wojtek mengangkat pelvru meri4m hanya dengan tangannya sahaja, yang secara logiknya ia masih terlalu berat untuk diangkut oleh empat orang anggota t3ntera bersama-sama.
Selepas pertempvran Monte Casino, Kor Pembekal Artileri ke-22 mengubah logo rasminya dengan meletakkan imej gambar Wojtek sedang mengangkut pelvru meri4m dengan tangannya. Wojtek dinaikkan pangkat sebagai Koperal, bahkan, Persatuan Poland-Scotland melantiknya sebagai anggota kehormat.
Wojtek juga terlibat dalam pertempvran pembebasan Ancona dan Bologna setelah Pertempvran Monte Cassino.
Selepas tamat Per4ng Dunia Kedua, pasukan itu telah dipindahkan ke Berwickshire, Scotland. Wojtek tinggal bersama mereka untuk selama beberapa tahun lagi sebelum Kor Pembekal Artileri ke-22 ditamatkan operasinya pada 15 November 1947.
Semenjak itu, bekas anggota-anggota pasukan itu pun berpecah dan memulakan kehidupan baru masing-masing. Sebuah rumah untuk Wojtek berteduh telah diatur di Zoo Edinburgh, di mana dia menghabiskan sisa-sisa kehidupannya.
Oleh kerana Wojtek sudah sekian lama menjadi bualan dan bahan berita, ramai penduduk tempatan sering mengunjunginya. Jika rakan-rakan lamanya dari T3ntera Poland datang melawatnya di zoo, dia akan berdiri tegak sambil melambaikan tangannya sebagai tanda mengenali bahasa Poland yang dituturkan rakannya.
Pada bulan Disember 1963, Wojtek meninggal dunia di Zoo Edinburg pada usia 21 tahun. Pelbagai saluran media melaporkan berita ini. Zoo Edinburg telah membina sebuah monumen tugu peringatan bagi mengenang sang beruang yang menjadi inspirasi, berani, dan setiakawan ini. Di Sikorski Institute di London juga terdapat tugu peringatan dan koleksi fotografi Wojtek semasa hayatnya.
Bayangkan, dari seekor anak beruang yang menggigil ketakutan setelah menjadi yatim piatu apabila ibunya dit3mbak m4ti oleh pembvru, dengan tidak semena-mena telah berjaya mengukir namanya sendiri dalam lipatan sejarah besar dunia.
“Setiap kali saya teringat tentang dia (Wojtek), saya sentiasa akan merasakan suatu rasa ketenangan atau kebahagiaan. Saya merasakan seolah-olah dia adalah adik saya sendiri.” kata Narebski (bekas t3ntera Poland) kepada BBC.
RUJUKAN:
Martin Vennard: Story of Poland’s ‘Soldi3r Bear’ Wojtek Turned Into Film. BBC News.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih