Bertrand Arthur William Russell, seorang ahli falsafah, dan aktivis sosial. Beliau adalah watak yang begitu besar dalam dunia intelektual abad ke-20. Russell bukan saja dikenali kerana sumbangan dalam bidang falsafah dan matematik, tetapi juga kerana keberaniannya dalam memperjuangkan keadilan sosial dan keamanan dunia.
Russell dilahirkan pada 18 Mei 1872 di Trellech, Wales. Lahir dalam keluarga aristokrat yang kaya, tidak menjamin kesenangan berpanjangan buat diri beliau.
Pada tahun 1916, di tengah-tengah Perang Dunia Pertama, Russell menjadi salah seorang pengkritik paling lantang terhadap perang. Pada beliau, perang adalah suatu kegilaan yang tak berperikemanusiaan. Ketika kerajaan Britain memperkenalkan Military Service Act of 1916, Russell antara yang paling gigih menentangnya.
Beliau berucap di depan orang ramai dan menulis artikel yang mengutuk perang, menegaskan bahawa peperangan tidak akan membawa kepada sebarang penyelesaian pun.
Kerana pendirian dan aktivismenya, Russell ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan pada tahun 1918. Di sebalik tirai besi, Russell terus menulis dan memikirkan tentang masa depan dunia.
Pengalaman di penjara bukan saja mengukuhkan pendirian beliau tetapi juga memperdalam kefahamannya tentang kemanusiaan dan keadilan sosial. Selepas dibebaskan, beliau terus berjuang untuk kedamaian dan keadilan dan menjadi suara lantang dalam gerakan anti-perang.
Selepas Perang Dunia Pertama, Russell terus menyumbang kepada falsafah dan logik matematik. Karya-karyanya seperti “Principia Mathematica” yang ditulis bersama Alfred North Whitehead, dan “A History of Western Philosophy” telah meletakkan namanya sebagai salah satu ahli falsafah teragung dalam sejarah intelektualisme.
Namun, pengiktirafan tertinggi datang pada tahun 1950, apabila Russell dianugerahkan Hadiah Nobel dalam bidang Kesusasteraan. Hadiah Nobel ini diberi bukan saja kerana karya-karya intelektualnya tetapi juga kerana keberaniannya dalam memperjuangkan hak asasi manusia dan keamanan dunia.
Russell menekankan pentingnya cinta dan belas kasihan dalam menghadapi kebencian dan ketidakadilan. Beliau berkata, “Cinta adalah bijak, kebencian adalah bodoh.”
Perjalanan hidup Bertrand Russell, dari seorang yang dipenjarakan kerana keberaniannya menentang perang hingga menjadi penerima Hadiah Nobel, adalah satu kisah yang sarat dengan emosi bersulam inspirasi.
Russell menjadi bukti bahawa keberanian dalam memperjuangkan apa yang benar dan adil adalah lebih penting daripada kemewahan dan kedudukan. Kehidupannya menjadi contoh teladan bagi mereka yang berjuang untuk keadilan dan keamanan di seluruh dunia.
Russell meninggal dunia pada 2 Februari 1970. Tidak dinafikan, beliau meninggalkan legasi intelektual dan moral yang kekal abadi. Dari tirai besi ke pentas Nobel, Bertrand Russell telah membuktikan kepada kita semua bahawa keazaman dan keberanian mampu mengubah dunia.
Cinta dan kasih sayang mampu mengubat benci dan lara!
Oleh Fakhry Harraz
Nak tahu bagaimana tokoh-tokoh hebat di dunia ini kecapi kejayaan dalam hidup mereka? Jom dapatkan buku HIDDEN GENIUS yang kini tersedia dalam Bahasa Melayu!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Leave A Reply