Selasa, 20 Oktober 202620 Okt 2026
Kembara Patriot

Berkecai Menjadi Debu! Istana Cermin Paling Menyilaukan Di Dunia Kini Hancur Dikerjakan Peluru Berpandu

Bayangkan anda sedang melangkah perlahan-lahan masuk ke dalam sebuah dewan raksasa.

Dinding dewan ini dibina sepenuhnya daripada ribuan kepingan cermin berkilau yang disusun dengan ketelitian tahap dewa.

Cahaya matahari yang memancar masuk terus dipantulkan ke segenap sudut bilik, menyilaukan dan hampir membutakan pandangan mata anda.

Semuanya nampak begitu memukau dan betul-betul di luar kewarasan akal manusia biasa.

Tetapi, cuba bayangkan pula jika keindahan agung yang berusia beratus-ratus tahun ini tiba-tiba hancur lebur berkecai menjadi abu hitam dalam sekelip mata.

Ini bukanlah babak filem kiamat dari studio Hollywood yang menggunakan teknologi janaan komputer.

Ini adalah realiti kejam yang sedang berlaku tepat di tengah-tengah sebuah ibu kota metropolitan yang padat.

Bangunan luar biasa yang dahulunya sangat tenang ini dikenali oleh para sejarawan dunia sebagai Istana Golestan.

Untuk memahami betapa tingginya nilai sejarah bangunan ini, kita perlu memutar kembali masa ke empat ratus tahun yang lalu.

Asas tapak istana cermin ini sebenarnya telah diletakkan sejak zaman pemerintahan empayar Safavid lagi sekitar kurun ke-16.

Tetapi, ia hanya betul-betul berubah bentuk menjadi sebuah istana gergasi yang sangat epik pada penghujung kurun ke-18.

Pada waktu itu, seorang raja bernama Agha Mohammad Khan dari dinasti Qajar telah menawan wilayah ini dan menjadikannya sebagai ibu kota rasmi pemerintahan baginda.

Bermula dari detik itulah, istana ini terus membesar dan mula dihias dengan penuh keangkuhan.

Kemuncaknya adalah ketika zaman pemerintahan Raja Nasser al-Din Shah Qajar. Baginda merupakan seorang pemerintah yang sangat taksub dengan seni bina selepas pulang dari siri lawatannya ke Eropah.

Baginda telah menitahkan para arkitek dan tukang kraf tempatan untuk menggabungkan kesenian Parsi purba dengan gaya seni bina Barat.

Proses pembinaannya bukannya mudah. Susah dan sukar. Bayangkan beribu-ribu buruh dan tukang kraf mahir memerah keringat setiap hari.

Mereka menggunakan teknik seni Parsi yang sangat rumit yang dipanggil 'Ayina Kari'.

Teknik ini memerlukan mereka memotong kepingan cermin menjadi kepingan-kepingan mikroskopik yang sangat kecil dengan tangan.

Setiap kepingan cermin dan mozek kaca berwarna-warni itu kemudiannya ditampal pada siling serta dinding dewan satu persatu.

Tiada sebarang bantuan mesin moden atau kren canggih, semuanya hanyalah bergantung kepada ketelitian mata dan kesabaran yang luar biasa.

Pada zaman kegemilangannya dahulu, istana ini bukanlah tempat awam yang boleh dimasuki oleh rakyat marhaen sesuka hati.

Ia dipenuhi dengan bilik takhta marmar, mahkota bertatahkan permata, dan taman-taman mewah yang memukau bersama kolam air yang tenang.

Arkitek purba membinanya bukan sekadar untuk memerangkap cahaya matahari, sebaliknya ia direka khusus untuk memantulkan ego dan kuasa mutlak sang raja.

Sesiapa sahaja pembesar atau utusan negara luar yang masuk menghadap pasti akan berasa sangat kerdil dan gementar melihat kilauan tersebut.

Walau bagaimanapun, sejarah agung yang terbina daripada darah dan peluh manusia purba itu kini telah bertukar menjadi sebuah tragedi yang sangat meruntun jiwa.

Beberapa hari yang lalu, dada akhbar antarabangsa arus perdana telah melaporkan satu berita yang amat menyedihkan.

Langit ibu kota metropolitan yang menempatkan istana cermin ini telah dirobek dengan hujan peluru berpandu yang sangat dahsyat.

Ia adalah hasil kerja kotor dan operasi ketenteraan pengecut dari pakatan penjajah Amerika Syarikat dan rejim Isbiol.

Kepingan cermin bersejarah yang tidak ternilai harganya itu kini hancur berkecai, gugur menyembah bumi bersama sisa runtuhan batu marmar yang berderai.

Sang penguasa gila bernama Setanjahat yang duduk selesa di Tololviv nampaknya langsung tidak peduli tentang nilai warisan tamadun manusia.

Mereka dengan rakusnya meratakan khazanah sejarah ini semata-mata untuk memuaskan nafsu penjajahan dan keangkuhan mereka ke atas wilayah berdaulat.

Jadi, di manakah sebenarnya terletaknya istana cermin gergasi yang telah ranap dikerjakan bom musuh ini?

Adakah ia berada di tengah-tengah kota London yang sentiasa diagungkan, atau mungkin tersembunyi di kota Paris?

Bukan sama sekali. Keajaiban seni bina yang dipanggil Istana Golestan ini sebenarnya berdiri di kawasan ibu kota Tehran, Republik Islam Iran!

Ya, sebuah negara yang saban hari hanya dilabel sebagai sarang peng**nas dan paksi kejahatan oleh lidah media proksi Barat.

Mereka sengaja menyembunyikan kebenaran bahawa bumi Parsi ini merupakan penjaga kepada warisan tamadun yang kini sedang cuba dipadamkan oleh puak Z.

Subhanallah. Melihat kehancuran sejarah di Tehran hari ini, kita wajar berasa sangat marah dan insaf pada masa yang sama.

Tuan-puan yang dikasihi, musuh Islam bukan sahaja mahu membunuh nyawa saudara seagama kita tanpa belas kasihan.

Mereka juga mahu memadamkan segala bukti kehebatan sejarah supaya generasi masa hadapan menganggap umat Islam tidak mempunyai apa-apa tamadun yang boleh dibanggakan.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet