ni bukan lah satu penulisan fakta. Penulisan ini adalah berdasarkan sebuah kajian sekumpulan pelajar jurusan ekonomi di Lehigh University yang mengira kekayaan superhero tersebut. Dengan hobi melawan penjenayah dan mempunyai teknologi terbaru, pasti memerlukan kos yang tinggi. Yalah, ingat Batmobile tu murah ke? Jadi berapa kekayaan Bruce Wayne sebenarnya?

Berapa Kos Untuk Menjadi Seorang Batman?

(Nota: $ adalah dalam nilaI USD. Untuk rekod, 1 $USD adalah RM4.11)

Kos yang diperlukan untuk menjadi Batman agak besar. Katalah dengan pelatih seni bela diri elit menelan belanja $60 sejam dan Batman akan berlatih 4 jam sehari, 6 hari seminggu, kos latihan bela diri itu sahaja mencecah $74,880.

Untuk menyewa jet peribadi untuk pulang ke Gotham City adalah semahal $20,150 atau $1,550 sejam untuk tempoh 13 jam dari Beijing ke New York. Ini dalam episod Batman Begins di mana Batman pulang dari Beijing selepas memusnahkan tempat latihan League of Shadow dan mencederakan Raas Al Ghul.

Untuk kelengkapan pula yang bermacam bagai mencecah $147,0000. Batmobile sendiri pula bernilai $214,700.

Khidmat Alfred yang berkerja sebagai Butler juga bukan lah percuma. Harga servis pasaran untuk servis seorang Butler adalah $30 sejam. Jika beliau berkerja setiap hari maka, gaji tahunan Alfred adalah sebanyak $262,800!!

Bestnya ada Butler macam Alfred

Jumlah keseluruhan?

Kiraan untuk semua sekali termasuk pelbagai kos yang tak dinyatakan adalah $2.8 juta!!

Itu belum dikira dengan kos membina Batcave. Ingat murah ke nak melawan penjenayah? Ini Batman tau, bukan Kick-Ass.

Berapa Pula Kekayaan Bruce Wayne?

Forbes telah melakukan kiraan fictional untuk kekayaan Bruce Wayne sebanyak $6.9 billion. Tetapi Forbes tak menyatakan metodologi perkiraan nya. Jadi kumpulan pelajar jurusan ekonomi Uinversiti Lehigh tersebut mengambil keputusan untuk membuat pengiraan sendiri berdasarkan 2 buah filem Batman iaitu Batman Begins dan The Dark Night.

Wayne Enterprise iaitu syarikat keluarga Bruce Wayne yang diasaskan oleh ayahnya menjalankan banyak jenis perniagaan seperti pembinaan, perkapalan, teknologi senjata dan juga keselamatan.

Wayne Tower

Berdasarkan perniagaan keluarga Wayne tersebut, mereka membandingkan syarikat pembinaan Wayne Enterprise dengan Turner Construction iaitu sebuah syarikat yang nyata, mereka berpendapat bahawa Wayne Construction bernilai sebanyak $39 juta!

Bagi bahagian teknologi persenjataan pula, mereka membandingkannya dengan syarikat nyata iaitu L-3 Communication yang pada thaun 2011 mendapat untung bersih sebanyak $956 juta.

Bahagian perkapalan Wayne Enterprise pula dibandingkan dengan Horizon Lines yang telah kerugian $229 juta pada tahun 2011. Bahagian keselamatan pula dibandingkan dengan Bear Sterns yang mendapat keuntungan bersih $684 juta pada tahun 2011.

Melihat kepada maklumat yang diberikan, boleh lah dikatakan pada tahun 2011, keuntungan bersih Wayne Enterprise adalah sebanyak $1.45 billion!!

Tapi berapa nilai “nett worth” Bruce Wayne sebenarnya?

Dalam babak akhir Batman Begins, Wayne Enterprise telah pergi “publlic” iaitu menjadi syarikat awam. Kalau nak dibandingkan, Wayne Enterprise mungkin sekali boleh disamakan dengan syarikat General Electric iaitu satu syarikat diasaskan di New York  yang mempunyai pelbagai perniagaan dan bahagian teknologi persenjataannya adalah salah satu bahagian yang penting.

Sahamnya di dagangkan 16 kali lebih tinggi berbanding pendapatannya. Jika Wayne Enterprise didagangkan pada nilai yang sama, maka kekayaan syarikat tersebut adalah bernilai $23.22 billion!!

Dan dalam babak tersebut, kita perasan yang Bruce Wayne mendapatkan semula milikan syarikatnya setelah sebelum ini beliau di keluarkan. Ikut kata Bruce Wayne :

And I bought most of the shares – through various charitable foundations, and trusts, and so forth. Look, it’s all a bit technical, but the important thing is that my company’s future is secure. Right, Mister Fox?

Jadi kalau katalah kita mengira yang Bruce Wayne memiliki 50% saham Wayne Enterprise, maka kekayaan Bruce Wayne adalah sebanyak $11.6 billion!! Ini meletakkan beliau ke kedudukan 73 terkaya dunia nyata dan ke empat terkaya dalam dunia fiksyen jauh di depan iron man.

Kalau nak dikira dalam Ringgit Malaysia, kekayaan Bruce Wayne bernilai RM47.676 Billion!!

Apa pun, untuk orang biasa yang tanpa kuasa luar biasa untuk menjadi seorang superhero memerlukan belanja yang amat besar! Jika anda nak jadi Batman, anda perlu jadi billionman dahulu!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.