Maya merupakan sebuah masyarakat yang mengamalkan kepercayaan politeisme yakni memuja banyak dewa dan dewi. Dewata-dewata dalam pantheon Maya kononnya berkuasa ke atas setiap aspek alam dan kehidupan manusia, di samping memiliki sifat yang agak kompleks.
Dewa dan dewi Maya lazimnya bersifat dualistik dan sering berubah-ubah. Sehingga kini, terdapat sekurang-kurangnya 250 dewata Maya telah dikenal pasti.
PEMAHAMAN MAYA TERHADAP SISTEM KEPERCAYAAN MEREKA
Kerumitan pantheon Maya berkemungkinan mencerminkan betapa teratur dan tersusunnya masyarakat Maya. Tidak seperti Aztec yang mengintegrasikan seluruh sfera budaya mereka kepada sebuah entiti tunggal, Maya tidak berbuat demikian. Sebaliknya, tamadun Maya merupakan suatu identiti yang menghimpunkan sejumlah entiti dalam sebuah konfederasi.
Setiap komuniti Maya bebas untuk menafsirkan kepercayaan mereka dalam keadaan yang dirasakan paling sesuai. Sebagai susulan, nama dan sifat dewata-dewata Maya pun berubah mengikut zaman dan tempat.
Tambahan lagi, di kala maklumat tentang pantheon Aztec sudah pun dihimpunkan seawal zaman kolonial lagi, usaha keilmuwan ke arah pemahaman tentang pantheon Maya hanya dilakukan pada awal kurun ke-20.
PENGENALPASTIAN KE ATAS SISTEM KEPERCAYAAN MAYA DAN BIBIT PEMAHAMAN TENTANGNYA
Ilmuwan yang diberikan kredit atas usaha pertama menghimpunkan (mengkompilasikan) ikonografi dewata-dewata Maya adalah Paul Schellhas. Monograf berkenaan dewata Maya ditemui pada manuskrip-manuskrip yang diterbitkannya pada tahun 1910.
Memandangkan sistem tulisan Maya masih belum dapat ditafsirkan pada waktu itu dan dengan demikian nama dewata-dewata Maya tidak dapat diketahui, maka Schellhas pun mencipta satu kod abjad bagi setiap dewata yang beliau berjaya kenal pasti.
Pada masa-masa terkemudian setelah sistem tulisan Maya sudah difahami, barulah nama sebenar dewata-dewata tersebut dapat dikenal pasti. Berkat usaha keilmuan sebegini, maka kita pun berpeluang menelusuri serba-sedikit sistem kepercayaan masyarakat Maya.
ADAKAH MASYARAKAT MAYA HANYA MEMUJA SATU DEWATA TERULUNG?
Ilmuwan masih kurang jelas sama ada masyarakat Maya mempunyai satu dewata terulung ataupun tidak. Apapun, kita mengetahui bahawa mereka memuja sejumlah dewata yang penting. Salah satu contohnya adalah ‘Dewa B’, jika menurut Schellhas, yang kemudiannya dikenali sebagai Chak.
Chak diperkirakan sebagai salah satu dewa tertua dalam pantheon Maya. Chak adalah dewa kilat dan hujan serta sering dikaitkan dengan kesuburan tanah sekaligus menjadikannya sebagai dewata yang sangat penting. Chak kadangkala digambarkan sebagai seorang lelaki tua dengan ciri-ciri reptilian/amfibia dan berhidung panjang dan melengkung.
DEWATA LANGIT – DEWA MATAHARI MAYA
Satu lagi dewata terkemuka bagi masyarakat Maya adalah ‘Dewa G’, iaitu dewa matahari Maya yang kemudiannya dikenali dengan nama Ahau Kin atau Kinich Ahau. Signifikasi yang dipegang oleh dewata ini dalam sistem kepercayaan Maya dapat dibuktikan menerusi penggunaan namanya sebagai gelaran diraja.
Tambahan lagi, gambaran Ahau Kin dapat ditemui pada sejumlah ukiran di piramid Maya. Dewa ini sering digambarkan memiliki jambang, yang berkemungkinan merupakan simbol sinaran matahari.
Beliau juga digambarkan sebagai lelaki separuh usia atau bagi beberapa keadaan lain, sebagai individu berusia. Selain golongan diraja, Ahau Kin juga lazim dikaitkan dengan harimau kumbang, api dan pemancvngan.
DEWI BULAN MAYA
Ahau Kin bukanlah satu-satunya dewata Maya yang digambarkan sebagai dewata yang mewakili dua kumpulan usia yang berbeza. Keadaan ini juga berlaku bagi ‘Dewi I’ atau dikenali sebagai Ix Chel si dewi bulan. Sebagai kepilan nota, terdapat satu lagi dewi lain, iaitu ‘Dewi O’ atau Chac Chel si dewi pelangi.
Ix Chel dikaitkan dengan kelahiran, kandungan dan kesuburan manakala Chac Chel pula mentadbir aspek kem4tian dan kemvsnahan.
Dipercayai bahawa dua dewi ini pada hakikatnya adalah dua aspek yang saling berbalikan bagi satu dewata tunggal, sesuai dengan sifat dualistik yang sinonim dengan dewata Maya. Apapun, terdapat juga kemungkinan bahawa Ix Chel dan Chac Chel sememangnya adalah dua dewata yang berbeza.
SEBAHAGIAN SENARAI DEWA-DEWI MAYA
Selain daripada dewata-dewata yang telah disebutkan di atas, terdapat banyak lagi dewa-dewi dalam pantheon Maya yang berkuasa ke atas aspek alam dan kehidupan manusia. Misalnya, terdapat dewa kem4tian, Yum Cimil atau Ah Puch; dewa cuaca buruk, Huracan (berasal dari perkataan Inggeris iaitu hurricane); dan dewa hutan, Yum Kaax.
Selain itu, terdapat juga beberapa dewata tertentu yang mungkin dianggap sebagai dewa yang janggal pada hari ini. Contohnya, Ixtab si dewa pembvnuhan diri. Ixtab digambarkan sebagai wanita yang lehernya dililit dengan seutas tali, lantaran menggantvng diri dianggap sebagai suatu cara yang terhormat untuk membvnuh diri dalam kalangan masyarakat Maya.
Walaupun terdapat sebanyak 250 dewa-dewi Maya yang telah dikenal pasti setakat ini, ilmuwan memperkirakan bahawa jumlah tersebut mungkin jauh lebih banyak lagi.
TERJEMAHAN
Wu Mingren. (25 November 2018). How Many Maya Gods Were Worshipped? Hint: There Were Hundreds! Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/myths-legends-americas/mayan-gods-0011052
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih