Benjamin Hornigold merupakan la.nun Inggeris yang bergiat aktif di perairan Caribbean, khususnya Bahamas pada awal kurun ke-18 Masehi. Namanya mungkin paling diingati sejarah sebagai pengasas Republik La.nun yang berpangkalan di Nassau, New Providence di samping mentor kepada la.nun masyhur, Blackbeard.

Beliau bagaimanapun kemudiannya berubah haluan menjadi seorang pembu.ru la.nun dan membantu Gabenor Bahamas, Woodes Rogers membubarkan pakatan la.nun yang ditubuhkan oleh beliau sendiri.

Berbicara perihal latar belakang Hornigold, beliau dicatatkan lahir sekitar tahun 1680 di Norfolk, England. Karier perlan.u.nannya dimulakan pada 1710-an, dengan ram.pasan pertamanya berlaku pada musim sejuk tahun 1713 Masehi.

Tempoh tersebut dikenali secara umum sebagai Zaman Keemasan Perla.nu.nan (1680-1730), dengan dianggarkan terdapat lebih 5,000 orang la.n.un berpetualang di atas lautan. Sejarawan mengemukakan beberapa faktor yang memicu zaman tersebut.

Salah satunya adalah kekacauan sosial yang dialami oleh England sehingga mengakibatkan ramai penduduk pinggir bandar berpindah ke pusat-pusat bandar demi mencari pekerjaan. Keadaan di kebanyakan bandar bagaimanapun tidak sebaik yang disangka.

Justeru, ramai yang memilih untuk menceburi bidang perkapalan. Namun, suasana bekerja dalam bidang tersebut tidaklah lebih baik. Gajinya kecil. Disiplin dan kadar kerjanya pula terlampau berat. Oleh kerana itu, bukan sedikit yang cuba berjinak-jinak dengan dunia perla.nu.nan yang menjanjikan kebebasan dan pulangan yang besar, walaupun risikonya juga sama besar.

Hornigold bertanggungjawab menubuhkan Republik L.anu.n di Nassau

Ketika itu, belahan bumi barat sedang menyaksikan Pe.r.ang Pewarisan Takhta Sepanyol (1701-1714) berlangsung susulan kemang.katan Charles II (1661-1700). Akibat tiada pengganti yang dinamakan, takhta Sepanyol pun dire.but oleh wangsa Habsburg dan Bourboun sekali gus mencetuskan kon.f.lik bersen.jata di Eropah.

Antara kesan pepe.ra.ngan tersebut adalah ia meningkatkan jumlah pengambilan ten.tera laut dalam kalangan negara-negara terlibat. Namun sebaik sahaja pep.era.ngan tamat pada tahun 1714, ramai pelaut yang kehilangan kerja. Dunia perl.anu.nan akhirnya menjadi pilihan utama. Hornigold tidak terkecuali daripada menerima nasib sebegini.

Sepanjang bergiat sebagai la.n.un, Hornigold menampilkan satu ciri unik di mana beliau tidak menyasar atau meny.era.ng walau satu pun kapal British. Oleh kerana itu, adakalanya Hornigold dilihat sebagai pelaut upahan (privateer) British.

Perbezaan antara pelaut upahan dan la.n.un adalah pelaut upahan diberi keizinan oleh sesebuah negara untuk meny.er.ang kapal-kapal milik negara lain. Namun kebiasaannya, ia hanya sah sepanjang tempoh pep.era.ngan. Dek kerana itu, ramai pelaut upahan bertukar haluan menjadi la.nun selepas berakhirnya Per.ang Pewarisan Takhta Sepanyol.

Sebagai lanun, Hornigold bertanggungjawab menubuhkan Republik L.an.un di Nassau, New Providence. Pulau tersebut sememangnya tersohor sebagai hub perla.n.unan berikutan kedudukannya yang terletak di tengah-tengah laluan perdagangan antara Caribbean dan Atlantik.

Tambahan, petempatannya dibangunkan di kawasan teluk, justeru mempunyai perlindungan semula jadi. Penduduk tempatan pula menerima kehadiran lanun dengan tangan terbuka, sedia untuk bertukar-ganti barang jualan sesama mereka.

Di Nassau, Hornigold diangkat sebagai ketua Republik L.an.un dan kedudukannya hanya ditandingi oleh seorang lagi la.n.un terkemuka, Henry Jennings. Nassau bagaimanapun tidaklah sekadar menggamit kehadiran lan.un semata-mata.

Masyarakat dari pelbagai latar belakang turut bertandang ke sana – pedagang dari pelbagai negara, pegawai-pegawai koloni dari Amerika dan Jamaica, dan juga bekas-bekas kelasi dari ten.tera laut negara-negara Eropah.

Dalam Republik Lan.un juga wujud satu kod undang-undang yang disebut sebagai Kod La.nun. Antara lain, isi kandungan Kod La.nun menyatakan bahawa ra.mp.asan yang diperoleh perlu dibahagikan secara sama rata. Kapten atau ketua lan.un juga boleh dilantik dan digu.li.ngkan menerusi cabutan undi.

Secara dasarnya, kod undang-undang ini digubal sebagai penambahbaikan ke atas suasana hidup yang dialami oleh bekas-bekas pelaut yang pernah bekerja dengan ten.tera laut dan syarikat-syarikat dagang Eropah.

Gambaran kapal La Concorde yang kemudian dinamakan sebagai Queen Anne’s Revenge

Berbalik kepada Hornigold, pendirian beliau untuk tidak menyasarkan kapal-kapal British bagaimanapun tidak disenangi oleh anak-anak buahnya. Kemuncaknya pada tahun 1716, mereka berpaling tadah dan menggu.lingkan Hornigold. Samuel Bellamy dilantik sebagai kapten baru menggantikannya.

Walaupun peristiwa tersebut menjejaskan pengaruhnya, kegiatan perl.an.unan Hornigold masih tetap berjalan seperti biasa sehingga penghujung tahun 1717.

Setahun kemudian, Hornigold menyahut titah Pengampunan Diraja yang dimasyhurkan oleh King George I (1660-1727) pada tanggal 5 September 1717. Titah tersebut bertujuan mengurniakan pengampunan penuh buat mana-mana lan.un yang sudi menyerah diri kepada gabenor di wilayah-wilayah koloni Empayar Birtish.

Bagi Hornigold, pegawai yang menerima penyerahan dirinya ialah Woodes Rogers yang ketika itu berkhidmat sebagai Gabenor Bahamas.

Kebetulan, Rogers sendiri pernah bertugas sebagai pelaut persendirian British sepanjang tahun 1708 hingga 1771. Sepanjang tempoh itu juga, beliau sempat mengelilingi dunia, dengan salah satu merit utamanya adalah menyelamatkan Alexander Selkirk, seorang pelaut Scotland yang terdampar di Laut Pasifik Selatan sehingga mengilhamkan karya berjudul Robinson Crusoe.

Dalam erti kata lain, Rogers bukanlah seorang aristokrat biasa. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam dunia perlanunan secara am. Beliau juga menyedari manfaat yang bakal diperolehi jika pengalaman bekas-bekas la.nun dilorongkan ke haluan yang sebaiknya.

Justeru selepas Hornigold diampunkan, beliau dibiayai oleh Rogers untuk memburu la.nun-lan.un lain di Caribbean sekali gus memulakan karier Hornigold sebagai seorang pemburu lan.un.

Sememangnya jika dilihat daripada soal kuantiti ram.pasan, Hornigold agak ketinggalan berbanding beberapa lan.un tersohor laun. Rampasan terbesarnya cuma melibatkan sebuah kapal milik Perancis-Belanda, bernama Concorde yang kemudian ditukarkan namanya menjadi Queen Anne’s Revenge oleh Blackbeard.

Hornigold juga jauh dari disifatkan sebagai seorang lan.un yang ke.j.am. Misalnya dalam satu keadaan, anak-anak buahnya langsung tidak mence.de.rakan kru kapal yang diram.pasnya. Sebaliknya, mereka hanya mengambil topi mereka kerana malam sebelumnya, mereka mabuk teruk lalu membuang topi masing-masing.

Sebagai lan.un, merit utama yang dicapai oleh Hornigold adalah penubuhan Republik La.n.un dan menjadi mentor kepada beberapa orang lan.un masyhur seperti Blackbeard (Edward Teach). Sedari awal lagi, beliau menjadikan Teach sebagai orang kanan (first mate) yang mengetuai kapal dan anak buah sendiri.

Namun pada tahun sama Hornigold cuci tangan dari dunia perl.anu.nan, Teach terb.un.uh di tangan Leftenan Robert Maynar (1684-1751) dalam pertem.puran yang berlangsung di Ocracoke, Carolina Utara.

Setahun kemudian, Hornigold pula pergi meninggalkan dunia apabila kapalnya menjadi man.g.sa badai taufan di New Spain.

RUJUKAN

The Way of the Pirates. (n.d.). Benjamin Hornigold.
http://www.thewayofthepirates.com/famous-pirates/benjamin-hornigold/

Wu Mingren. (9 April 2021). Benjamin Hornigold and Republic of (ditapiskan). Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/benjamin-hornigold-0015173


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.