Julai 64 Masihi, kebakaran besar melanda Rom selama enam hari di mana 70% bangunan musnah dijilat api sementara separuh dari populasi bandar tersebut kehilangan tempat tinggal.
Mitos mengatakan maharaja Rom, Nero bermain biola semasa kebakaran tersebut berlaku.
Nero berhibur tatkala rakyatnya menderita dan ketidakcekapan baginda sebagai pemimpin dan maharaja.
Setiap maharaja Rom ada ramai musuh yang tak teragak-agak menyerang mereka untuk tunjuk sesetengah maharaja ini tak layak menduduki takhta.
Tapi betul ke dia buat? Ada bukti?
Ada banyak percanggahan berlaku. Pertama, alat muzik. Mengikut catatan sejarah, alat muzik bertali seperti biola tak wujud dalam tamadun Rom. Biola tak wujud sehingga abad ke-11 Masihi.
Sekiranya Nero ada memainkan alat muzik, ia berkemungkinan cithara, sejenis alat muzik yang dibuat daripada kayu berat dengan empat hingga tujuh tali.
Namun takde sebarang bukti alat muzik tersebut dimainkan semasa kebakaran berlaku.
Sejarawan Rom, Tacitus mencatatkan antara khabar angin dalam kalangan rakyat ketika itu ialah Nero dikatakan menyanyi berkenaan kemusnahan bandar Troy semasa melihat kebakaran berlaku.
Bagaimanapun khabar angin tersebut dianggap palsu dan hanya wujud apabila dalam bahagian pertama drama William Shakespeare, Henry VI.
Kedua, Nero takde kat Rom semasa kebakaran besar melanda bandar tersebut. Baginda berada di Antium, 35 batu dari Rom.
Ketiga, ramai menggunakan insiden ini menunjukkan baginda sebagai seorang yang zalim dan kejam. Hakikatnya, selepas Nero mendapat berita, baginda bergegas pulang dan mengarahkan Campus Martius dan menyediakan tempat perlindungan sementara bagi mangsa-mangsa yang kehilangan tempat tinggal.
Nero tak teragak-agak membangunkan bangunan sementara dan membuka taman istana baginda sendiri untuk memberi perlindungan bekalan makanan kepada mereka.
Oleh: Azizul Farhan
…
Sebenarnya ada banyak sejarah menarik pasal empayar Rom ni. Alang-alang kita cakap pasal Rom ni, apa kata korang cuba tengok KITAB TAMADUN ROM. Cepat beli dekat: https://bit.ly/KitabTamadunRom
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih