Telah tular ketika ini di media sosial seperti di
Facebook serta di whatsapp suatu pesanan yang menyatakan bahawa fenomena ekuinoks akan menyebabkan suhu meningkat sehingga mencapai 40 darjah celcius .
..
Benarkah ?
Benarkah ekuinoks menyebabkan suhu panas melampau ?
Terlebih dahulu , mari kita kenali dahulu apa itu fenomena ekuinoks .
Ekuinoks atau equinox iaitu istilah yang berasal daripada dua perkataan latin ,
” aequus ” yang bermaksud ” sama ” dan ” nox ” yang bermaksud ” malam ” merupakan suatu fenomena astronomi bilamana kedudukan matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa iaitu satu garis khayalan yang membahagikan bumi kepada dua bahagian (hemisfera utara dan selatan ) yang bernilai latitud 0 darjah .
..
Di dalam satu tahun masihi , matahari akan berada tepat di atas garisan khatulistiwa sebanyak dua kali iaitu pada bulan Mac serta bulan September .
..
Bagi tahun 2018 ini : –
Ekuinoks pada bulan mac akan berlaku pada :
21 Mac 2018 ,
Manakala , ekuinoks pada bulan september pula akan berlaku pada :
23 september 2018 .
..
Mengikut takrifan astronomi ,
Ekuinoks pada bulan Mac menandakan bermulanya perubahan musim daripada solstis musim sejuk di hemisfera utara kepada ekuinoks musim bunga
Atau ,
perubahan musim daripada solstis musim panas di hemisfera selatan kepada ekuinoks musim luruh .
..
Bagi Ekuinoks yang berlaku pada bulan September pula ,
Ia menandakan bermulanya perubahan musim daripada solstis musim panas di hemisfera utara kepada ekuinoks musim luruh .
Atau ,
perubahan musim daripada solstis musim sejuk di hemisfera selatan kepada ekuinoks musim bunga .
..
..
Berbalik kepada persoalan di atas iaitu
Benarkah ekuinoks boleh menyebabkan suhu panas melampau sepertimana yang didakwa oleh sesetengah individu ?
Untuk pengetahun semua ,
Fenomena Ekuinoks bukan la penyebab suhu panas melampau
..
Keadaan suhu semasa lebih dipengaruhi beberapa faktor seperti kadar hujan yang turun , corak tiupan angin serantau , faktor litupan awan di lokasi kita serta lain -lain faktor berbanding fenomena ekuinoks .
Mengikut rekod , ketika ekuinoks berlaku , negara – negara di khatulistiwa serta sekitarnya boleh mencatatkan kenaikkan suhu hanya beberapa darjah sahaja .
Kenaikkan suhu hanya sekitar 1 ke 2 darjah celcius daripada suhu purata adalah masih berada pada paras normal dan tidak akan memberi kesan yang begitu besar .
..
..
Sekian ,
Wallahu A’lam
..
..
Nota tambahan :
Catatan ringkas saya ini hanyalah menyentuh beberapa isu di dalam ilmu astronomi .
Berkenaan beberapa tips berkaitan kesihatan yang turut diselitkan di dalam pesanan yang tular tersebut , sila rujuk kepada pakar – pakar yang berkenaan untuk pengesahan kerana itu diluar bidang pengetahuan saya untuk memberi ulasan lanjut .
Terima Kasih .




No comments yet