Saya tidak dapat mengikuti wacana penuh Bicara Wawasan 2020 di mana panelnya adalah Tun Dr Mahathir sendiri. Saya hanya sempat membaca laporan dari akhbar yang saya kira tidak meletakkan sepenuhnya ucapan dari Tun.

Namun begitu saya tertarik untuk memberi pendapat tajuk dan kandungan berita tersebut seperti di dalam gambar yang saya kepilkan di bawah.

Kritikan Tun M saya terima dengan lapang dada, cumanya saya kurang bersetuju bila kritikan itu dikaitkan sebagai Budaya Melayu.

Jikalau budaya jadi sandaran, orang Melayu yang amat rapat dengan budayanya yang sebenar adalah bangsa pelayar, berdagang dan pendiri tamadun, peradaban dan kerajaan yang hebat. Mereka adalah bangsa yang penuh adab, sopan lagi santun, tetapi amat tegas apabila maruahnya diinjak.

Apa yang Tun kritik-kan itu bukanlah budaya Melayu, tetapi sikap Melayu moden yang telah hilang akarnya, kabur identitinya, tak kenal jati dirinya.

Tun tidak boleh samakan kedua ini kerana ia adalah 2 perkara berbeza.


Saya amat jelas dengan pendirian Tun dan Wawasan 2020 yang ingin mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang hebat lagi berdaya saing terutama orang Melayu.

Saya juga amat jelas bahawa pemimpin-pemimpin Melayu di dalam UMNO baru amatlah cetek ilmunya tentang sejarah, falsafah dan kebudayaan Melayu itu sendiri hanya sehinggalah mutakhir ini. Sehinggakan Presiden UMNO, sebuah parti keramat Melayu pun boleh mengatakan Melaka kalah kerana memakai keris dan tombak.

Saya tahu silibus sejarah di sekolah dahulu amatlah kurang menceritakan dan memberi penekanan terhadap Sejarah Melayu. Saya tahu kerana saya bersekolah di era tersebut.

Saya juga tahu kebudayaan, sejarah dan warisan Melayu ditekan oleh 2 golongan yang terlalu ‘rigid’ mengikut acuan Timur Tengah dan terlalu ‘open’ mengikut acuan Barat.

Kita lepaskan dan cuba hilangkan apa yang amat rapat dengan kita, yang membina jatidiri kita, dan kita gantikan ia dengan Dasar Pandang Ke Timur.

Kita yakin kita boleh berjaya jika kita mengikut cara orang Jepun.

Tapi soalan saya mudah. Jika kita pandang ke Jepun untuk berjaya, Jepun pula pandang kepada siapa untuk berjaya?

Jepun berjaya kerana mereka melihat kepada diri mereka, kepada akar mereka, kepada pegangan mereka, kepada sejarah dan kebudayaan mereka.

Yakni semua perkara yang kita buang.

Melayu hilang jati diri dan wujud krisis identiti diri yang serius, lantas menjadi Melayu moden yang Tun kritik sikapnya itu kerana apa dan di atas tanggungan siapa?


 

Tun kritik sifat Ali Baba yang tebal di dalam bangsa Melayu. Ya memang sikap Ali Baba ini tebal di dalam bangsa Melayu moden.

Siapa yang membudayakan dan membenarkan sikap Ali Baba ini wujud sehingga sikap ini mekar dan sukar dikikis? Dan walaupun hari ini sikap itu semakin dapat dikikis, orang Melayu kekal membawa penjenamaan dan dosa silam itu sehingga hari ini.

Hari ini, ramai sudah anak Melayu yang tak jadi Ali Baba.

Ali Baba ini cerita lama.

Ramai anak Melayu yang berjaya dan bergerak atas kudrat dan ilmu mereka sendiri.


Sudah-sudahlah mengkritik sikap Melayu moden dengan meletakkan kesalahan ia ke atas budayanya.

Jika nak kenal budaya Melayu yang sebenar-benar, lihatkan peribahasa dan bidalannya. Itu budaya Melayu sebenar.

Bukan Melayu yang mempunyai penyakit sikap seperti hari ini.

Mitos Melayu Malas dan Melayu Mudah Lupa itu sudah lama di-debunk dan dibuktikan salah.

Jika masih ada sikap Melayu Malas itu adalah mereka yang tidak mahu berusaha dengan menggunakan sarana-sarana yang ada. Jika masih ada sikap Melayu Mudah Lupa itu adalah mereka yang lupa prinsip perjuangan mereka.

Malaysia bumi bertuah yang menjanjikan kehidupan yang baik kepada mereka yang berusaha dan tidak mengenal erti kalah.


Selingan dari admin Ayman Rashdan Wong:

“Budaya dan nilai hidup Melayu penyebab orang Melayu tertinggal…”

“When the Portuguese attacked Malacca (1511), Malacca was well defended by artillery (rentaka) and matchlocks (istinggar).”

“The matchlock muskets were first introduced to Japan in 1543.”

#mindatertawan


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pengasas dan Presiden The Patriots. Man. Myth. Legend.

Comments are closed.