Di Ireland, waktu penjualan dan pembelian ar4k hanya boleh dilakukan dalam tempoh terhad, dari pukul 10.00 pagi sampai 10.00 malam je. Hujung minggu ada kelonggaran sikit tapi tak lebih pukul 12 malam ke, atau mesti hanya boleh start jual lewat pukul 12 tengah hari aku tak ingat.

Kenapa waktu ni sahaja ar4k boleh dijual dan dibeli?

Kalau hari biasa, lepas 10 pagi, budak-budak sekolah dah pergi sekolah. Lepas 10 malam, kebanyakannya dah tidur kat rumah. Jadi risiko budak-budak jadi mangsa kemalangan akibat pemandu yang m4buk memandu rendah.

Masa ni juga jalan dah sibuk dengan kenderaan, jalanraya dah penuh kenderaan lalu lalang. Jadi mereka yang terfikir untuk memandu ke kedai jual ar4k atau Centra (macam 7E, Speedmart99 kita la) minum dalam kereta, lepas tu memandu dalam keadaan m4buk akan fikir banyak kali. Lepas 10 malam ok lah jalan dah reda sikit pasal kedai sana dah tutup, tapi waktu beli dah tamat. Kurang risiko orang memandu dalam keadaan m4buk.

Paling penting, jarang benar orang yang kaki minum ni m4buk siang hari. Nak pergi kerja lagi, uruskan anak-anak balik sekolah lagi. Petang balik trafik dah sibuk, jumpa anak bini. Urusan kerja harian biasanya pun mestilah dalam waktu pejabat kan. Jadi kurang masa untuk m4buk dalam tempoh terhad.

Jadi selalunya, mana yang nak m4buk, beli ar4k awal, dan bawa balik rumah baru minum. Kalau pergi bar atau pub, macam kalau kat Dublin tu, Temple St, bersusun bar dengan pub sepanjang jalan tu, kena keluar awal, balik awal.

Ada Luas (macam LRT dan MRT kita) dan bas bersepah selang seminit dua untuk balik guna pengangkutan awam balik rumah. Pasal lepas pukul 10 malam, tak boleh beli ar4k dah.

Jadi sekalipun ada masa 10.00 pagi sampai 10.00 malam untuk jual dan beli ar4k, masa untuk kau minum dan m4buk sampai melingkup dalam 3-4 jam je, kalau hujung minggu boleh la lebih sikit, dalam 5 jam.

Ini lagi logik dan ‘plausible’ boleh dibuat dan dilaksanakan dekat Malaysia, kalau perlu dikuatkuasakan oleh PBT.

Tapi Ireland bukan ni je peraturannya. Banyak lagi. Tak boleh jual ar4k kat tempat awam, tak boleh ada ‘happy hour’, tak boleh iklam atau promosi ar4k, baik direct atau indirectly, ar4k tak boleh jual dan bungkus dalam plastik lutsinar, tak boleh minum, buka botol atau tin dalam lingkungan 100 meter dari premis kau beli dan banyak lagi peraturan dia.

Setakat ni, yang aku tau, 7E jual ar4k je dah 24 jam. Bila-bila masa boleh beli. Lepas tu bebas minum kat mana-mana. Dekat kopitiam boleh bukak botol, dekat taman permainan pun bersepah botol dengan tin ar4k, ramai yang port kat situ minum.

Ar4k boleh beli bebas dekat supermarket. Bila time promosi, ada jual selamba je, promosi dekat luar kawasan khas liquor dan produk tak halal tu.

Jadi boleh bandinglah tempat orang dengan tempat kita.

Tapi tabiat minum ar4k dalam kalangan Irish ni memang teruk. Kau boleh ada seorang Irish yang bukan main sopan, cakap pun lembut, suka melawak dan senang ajak berbual bila dia tak m4buk, tapi bila dia minum, terus lupa daratan, lupa diri. Melingkup.

Ada satu perumpamaan pasal Irish m4buk ni. Dia lebih kurang macam ni;

“Tuhan ciptakan whiskey dalam kalangan Irish ni untuk elakkan Irish menakluk dunia.”

Ha macam tu lah teruk kalau orang Ireland ni m4buk. Guinness pun asal dari Ireland, kau nak expect apa?

Agaknya, pasal tu lah undang-undang berkaitan ni ketat. Tapi rata-rata Irish ni memang taat dan patuh pada undang-undang.

Kecuali bila m4buk lah…


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.