Kalau anak lelaki anda, mengadu sakit dikemaluan (zakar) atau kesusahan untuk kencing, dengan erti kata lain disebut ‘bebird buta’. Maka segeralah berjumpa doktor.

Bird buta dikenali sebagai Phimosis. Ia merupakan keadaan ‘normal’ yang terjadi kepada kanak-kanak lelaki sehingga umur 5-7 tahun. Ada juga terjadi kepada kanak-kanak lelaki yang berusia lingkungan 10tahun ia di kenali sebagai Physiological Phimosis.

Keadaan boleh dinilai apabila melihat hujung zakar mengembang seperti belon apabila kanak2 kencing. Ia terjadi kerana kulit zakar yang masih melekat pada zakar.

** Secara semulajadinya, kulit zakar ini akan terlerai perlahan-lahan dari zakar.

Oleh kerana kulit melekat pada zakar dan tidak dapat ditarik balik. Ini menyebabkan air kencing terpaksa keluar melalui satu lubang yang sangat kecil pada hujung kulit ini.

Dengan aliran kencing yang laju, ini menyebabkan air kencing bertakung dalam ruang antara kepala zakar dan kulit.

Takungan atau pengumpulan ini menyebabkan kepala zakar seolah-olah kembang macam belon untuk seketika.

Perkara ini boleh dibiarkan melainkan pada keadaan bila mana ia tidak dikategorikan normal JIKA;

  • Anak kelihatan meneran untuk kencing.
  • Sakit ketika kencing
  • Kencing kelihatan berdarah.
  • Berlaku jangkitan pada air kencing.
  • Berlaku jangkitan pada zakar seperti kemerahan atau kelihatan ‘discharge’ berbau yang keluar pada kulit zakar.

Apa yang perlu dilakukan jika didapati anak anda mengalami masalah Phimosis?

Jumpa dengan doktor untuk mendapatkan penerangan.

Beri laluan kepada doktor untuk melakukan pemeriksaan.

Doktor mungkin menasihatkan anda untuk meregangkan kulup setiap hari secara perlahan-lahan dengan harapan ianya menjadi lebih longgar. Walau bagaimanapun, perlu dilakukan berhati2 kerana bimbang zakar cedera.

Jika semua langkah ini gagal, doktor akan mencadangkan supaya prosidur bersunat (Circumcision) dilakukan.

Jagaan selepas berkhatan

1) KEBERSIHAN

~ Hujung kepala zakar harus sentiasa kering dan bersih selepas berkhatan.

~ Elakkan penggunaan produk yang lain selain dibekalkan oleh hospital. Kerana bimbang potensi jangkitan kuman berlaku pada zakar.

~ Cuci hujung zakar dengan air suam selepas membuang air kecil bagi mengurangkan rasa ngilu. (Mengikut keselesaan kanak-kanak atau bayi mana yang bersesuaian)

** Bagi bayi atau kanak-kanak yang masih menggunakan lampin pakai buang, pastikan lampin pakai buang mereka ditukar sekerap mungkin terutama apabila membuang air besar. Air kencing dan najis boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka berkhatan.

Secara umumnya, kulit zakar pada bayi akan pulih dalam 7-10 hari. Bagi kanak-kanak dan lelaki dewasa, pemulihan sepenuhnya mengambil masa 5 – 7 hari.

2) UBATAN

Beri ubatan yang dibekalkan oleh hospital (jika ada) apabila perlu terutama ubat menahan sakit. Rujuk doktor untuk dos yang betul.

Ubat sapu (jika ada), sapu dengan cara yang betul. Pastikan tangan anda juga bersih (dicuci dahulu) sebelum sapu ubat.

3) REHAT

Pastikan anak2 rehat selepas berkhatan. Biarkan mereka berbaring dan jauhkan dari melakukan aktiviti lasak selepas berkhatan seperti berbasikal, berlari, main bola sepak dan main smack down dengan adik beradik. Tujuannya bagi mengelakkan luka berdarah dan menggalakkan bengkak untuk surut.

4) PAKAIAN

Bersunat akan menyebabkan kanak-kanak tidak selesa. Kebiasannya zakar akan menjadi merah, kesan jahitan akan bergeser dengan kainan jika anak-anak memakai sleuar dan ini akan menyebabkan rasa sakit. Pakaikan anak-anak pakaian longgar/kain pelekat sehingga luka sembuh.

Jahitan pada zakar pula TIDAK PERLU di buka. Ia akan terlerai sendiri. Janganlah dok belek bila dia lerai. Pastikan kebersihannya sahaja.

4) JUMPA DOKTOR jika;

√ Berlaku perdarahan yang berterusan diluka jahitan.

√ Bengkak tidak surut untuk tempoh masa yang lama.

√ Anak mengadu sakit yang ketara apabila membuang air kecil

√ Anak tidak kencing dalam 6-8 jam selepas berkhatan.

√ Zakar kelihatan berlaku jangkitan seperti

i Keluar discaj berbau

ii Bengkak

iii Demam

iv Sakit

(Ini juga dikenali sebagai bentan oleh masyarakat melayu)

Rujukan:

? www.doktorbudak.com

? urology.ucsf.edu

? www.myhealth.gov.my

Notakaki;

Bukan kanak-kanak sahaja yang mengalami perkara ini. Orang dewasa pun ada. Ya, saya scrub kes circumcision dewasa juga.

 

Nur Nabiila Masfuzah Binti Abdullah

Jururawat Terlatih

Artikel ini pernah disiarkan di Medical Mythbusters Malaysia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nur Nabila Masfuzah atau Bel Nawhen merupakan seorang Jururawat Terlatih yang aktif memberi pendidikan kesihatan di laman facebook peribadi. Juga terlibat di dalam NGO Delegation of Nurses dan Medical Mythbusters Malaysia. Turut menjadi columnist di The Malaysian Medical Gazette. Menulis bersama Kata-Pilar book dan Whitecoat. Mungkin akan terbitkan buku bersama The Patriot, mana tahu. Sedang melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan (Kepujian) dari Universiti Mahsa.

Leave A Reply