Sebuah filem Korea Selatan bertajuk The Battleship Island pernah memberi gambaran bagaimana warga Korea ditipu, ditawan dan dipaksa menjadi buruh kepada Jepun di Pulau Hashima. Dikenali juga sebagai Gunkajima dalam Bahasa Jepun yang bermaksud Pulau Kapal Perang.

 

Terletak di Nagasaki, pulau yang disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2015 menyimpan sejarah hitam bagi warga Korea yang menjadi buruh lombong, tempat peleburan logam dan limbungan kapal.

 

Sekitar 500-800 warga Korea dipaksa bekerja sekitar 1910-1945 di lombong yang dimiliki Mitsubishi Group. 5300 orang tinggal di pulau tersebut. Pelombong dan pekerja Jepun tinggal di pangsapuri manakala buruh Korea didiskriminasi dan tinggal di tapak lusuh.

 

Babak gelap dan tersembunyi dalam sejarah Jepun mula terungkap dengan pengakuan Seo Jung-woo pada 1983 yang dipaksa bekerja di usia 14 tahun. Seo mengakui kira-kira 40 orang mati lemas ketika cuba keluar dari pulau itu atau membunuh diri.

 

Pelombong terpaksa berbaring untuk menggali arang batu yang hanya 50cm atas hidung diorang. Sekurang-kurangnya 50 pekerja Korea dilaporkan dibakar di Pulau Nakanoshima. Lebih separuh daripada mereka maut akibat kemalangan di lombong arang batu Hashima dan kematian lain disebabkan oleh sesak nafas, trauma, tertimbus dan lemas, menurut dokumen berkaitan pembakaran mayat di sana.

 

Masa Jepun nak iktiraf Pulau Hashima sebagai Tapak UNESCO, Jepun berikrar nak pastikan mangsa diingati dengan menubuhkan Pusat Maklumat Warisan Perindustrian.

 

Tapi benda ni menimbulkan kemarahan orang Korea sebab kandungan pameran banyak memutarbelitkan fakta buruh paksa dan hanya menggahkan perindustrian diorang.

 

Slip gaji pekerja Korea dan salinan Basic Treaty 1965 antara Jepun dan Korea dipaparkan di mana majikan buruh paksa zaman perang menegaskan bahawa semua tuntutan pampasan dan pampasan dah diselesaikan di bawah pakatan itu bertujuan untuk memutihkan sejarah.

 

Jepun teguh pendiriannya bahawa tak ada buruh paksa sebab kalau Jepun mengakui fakta itu akan memakan diri dan membawa kepada liabiliti undang-undang untuk Jepun.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Korea antara negara yang teruk terkesan dengan penjajahan Jepun. KITAB TAMADUN KOREA turut memuatkan banyak informasi menarik mengenai sejarah Korea hingga kini. Boleh beli di:

https://bit.ly/tamadunkorea


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply