Berbaloi ke batalkan puasa untuk awek? Agak-agak kat Padang Mahsyar esok, awek tu boleh bagi syafaat ke? Pelik-pelik je perangai budak sekarang, sanggup batal puasa untuk temankan awek ‘cuti’.
Cinta itu buta, sampai lupa dosa pahala.
Sedangkan Nabi dah cakap, “Barangsiapa tidak puasa satu hari di bulan Ramadhan tanpa adanya keringanan yang Allah ‘azza wa jalla berikan kepadanya, maka tidak akan bisa menjadi ganti darinya, sekalipun ia berpuasa selama satu tahun.” (HR. Abu Hurairah)
Syekh Abdurrauf Al-Munawi menyebut dalam kitab Faidhul Qadir, puasa qadha’ tidak bisa menjadi pengganti dari puasa satu hari di bulan Ramadhan yang ditinggalkan, maksudnya satu hari puasa di bulan Ramadhan tidak sama keutamaannya dibanding dengan puasa di luar Ramadhan sekalipun puasa terus menerus.
Mengapa?
Kerana dosa tidak puasa satu hari di bulan Ramadhan tidak akan bisa hilang, sementara puasa qadha’ yang dilakukan di luar Ramadhan tidak bisa menyamai keutamaan puasa di bulan Ramadhan. Rugi!
Hari ini seronok la dating dengan awek, pakej tak puasa.
Esok di akhirat, Nabi dah sebut:
“Pada saat aku tidur, aku bermimpi didatangi dua orang malaikat membawa pundakku. Kemudian mereka membawaku, saat itu aku mendapati suatu kaum yang bergantungan tubuhnya, dari mulutnya yang pecah keluar darah. Aku bertanya: ‘Siapa mereka?’ Ia menjawab: ‘Mereka adalah orang-orang yang berbuka puasa sebelum diperbolehkan waktunya berbuka puasa’.” (HR. An-Nasa’i)
Apa yang budak tu patut buat.
Pertama, taubat kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Kedua, puasa ganti. Secepat mungkin, sebelum Ramadan akan datang.
Syeikh Muhammad al-Zuhaili menyebut, “Sesiapa yang berbuka puasa ketika Ramadhan selain daripada jima’ dengan makan atau minum, atau memasukkan sesuatu (cecair atau ubat) ke dalam hidung, atau bersentuhan selain pada kemaluan kemudian terkeluar mani, atau melakukan onani, kemudian keluar mani. (Ketika melakukan semua perbuatan ini) dia berkemampuan untuk berpuasa, maka wajib qadha’, sebelum masuk bulan Ramadhan tahun seterusnya.” (al-Mu’tamad)
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Korang yang nak tahu kehebatan orang Islam berjuang walaupun di bulan Ramadan, dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM. Klik: https://shope.ee/3AkIjvlBG8
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih