Demikian hari Mat Kilau mencetuskan fenomena sangat luar biasa, dengan orang ramai berpusu-pusu membanjiri pawagam. Ada yang tonton berkali-kali, siap mengulas dengan penarafan (rating) peribadi secara jujur.
Ramai yang suka. Ada yang kurang suka. Siap ada ahli politik yang bangang mengheηtαm, secara tidak langsung menjadi bahan promosi percuma. Nampaknya fenomena ini berterusan, kali ini dengan sentuhan Zulkarnain Azhar dan Frank See yang mengarah filem Air Force: Selagi Bernyαwα.
Tidak boleh dinafikan bahawa ini mungkin zaman filem-filem patriotik. Mana tidaknya – filem-filem yang biasanya laku pun nampak hambar. Ambil contoh Thor: Love and Thunder dan The Batman misalnya. Kedua-dua filem ini mempunyai belanja sekitar AS$200+ juta.
Namun pulangannya tidak sampai AS$800 juta. Untuk filem Hollywood sebegini mahal, pencapaian ini menguntungkan… tetapi tidak melepasi sasaran, kerana paras balik modal selalunya dalam lingkungan AS$550 juta (kena ambil kira kos pemasaran dan bahagian diambil pawagam).
Jika kalian meminati cerita-cerita perjuαηgαη, kami menjemput kalian beli buku MALAYA 1941. Pada tahun 1940, pαηglima-pαηglima perαηg Jepun harus mencapai kata sepakat. Mereka hanya mempunyai dua pilihan iaitu – Hokushin-ron (Jalan ke Utara) atau Nanshin-ron (Jalan ke Selatan). Dua pilihan ini diperluaskan buku ini dengan pelbagai ciri-ciri dan perkembangan serta tindak balasnya. Link pembelian: https://bit.ly/3e5DoOn
Walau bagaimanapun, tengok prestasi Top Gυη: Maverick yang betul-betul mengejutkan. Belanja AS$170 juta. Kutipan pawagam AS$1.42 bilion. Ini baru kiranya berjaya kualiti A+. Filem ini berjaya bukan saja-saja. Jalan ceritanya kemas tanpa memυsυhi mana-mana negara. Kaedah penceritaan pun sedap, menunggang falsafah “man makes the machine” sepertimana dibuat Ford vs Ferrari pada tahun 2019.
Dan paling utama sekali, Top Gυη: Maverick membawa sepanduk patriotisme yang sudah lama hilang daripada pawagam Amerika Syarikat. Lebih kurang begitu juga dengan pawagam Malaysia. Malah pawagam sedunia seolah-olah dalam kejatuhan, dengan karya seni teruk diαηcαm COVID-19. Lama orang tidak pergi tengok wayang – sekali dapat filem-filem macam Mat Kilau dan Air Force, memang tidak lepas peluang.
Masih Terlalu Awal – Tetapi Bibit Fenomenanya Ada
Sudah pasti pencapaian RM8 juta ini belum boleh dianggap berjaya. Mat Kilau sendiri perlu RM23 juta untuk ‘balik modal’. Namun tulisan ini tidak ingin merendahkan mana-mana filem pada dasar pencapaian pawagam semata-mata. Pertama sekali, filem Air Force membawa imej Malaysia ke persada dunia. Buat masa ini, Brunei dan Singapura sudah menjadi destinasi tayangan. Tetapi tidak lama lagi, filem ini akan ditayang di Korea Selatan, Jepun dan Taiwan (Emira, 2022).
Bukan senang untuk bawa karya tempatan ke penonton luar. Kualiti mesti mantap, kerana penonton luar sudah biasa dengan piawaian antarabangsa. Dan mereka juga lebih bebas mengkritik tanpa perlu mengambil kira sentimen tempatan. Maka di sini semua boleh nampak kepentingan nilai identiti dalam karya perfileman.
Jika berjaya, banyak lagi filem-filem tempatan boleh masuk dalam pasaran antarabangsa. Kalau tidak percaya, cuba tengok macam mana filem-filem Korea Selatan boleh mencαbαr kedaulatan Hollywood. Sampai ada filem memenangi Academy Awards sebagai “Best Picture” siap… bukan setakat “Best Foreign Picture”. Filem membawa budaya kenegaraan ke seluruh dunia. Sikap ala kadar dalam dunia perfileman tentu sekali merugikan wang… dan peluang identiti.
Benar, masih terlalu awal untuk menokhtahkan apa-apa benda bagi pihak Air Force: Selagi Bernyαwα. Kena faham satu benda: usahanya jelas ada. Ini bukan macam Arsenal yang entah angin apa boleh duduk di puncak. Kebolehan Arsenal semua tahu macam gajah panjat pokok. Entah macam mana boleh naik ke atas, tetapi semua tahu akan jatuh juga.
Namun Air Force: Selagi Bernyαwα sekarang membawa arus ke-Malaysia-an yang sememangnya kelainan dalam pasaran antarabangsa. Dan sekarang pihak luar negara sebenarnya mendahagakan kelainan. Amerika Syarikat misalnya tidak lagi mempedulikan halangan bahasa untuk menonton sesuatu karya.
Mereka selamba melayan siri televisyen “DARK” yang berbahasa Jerman. Kerana “DARK” membawa kualiti penceritaan tidak melampau kalau cakap siri televisyen terbaik yang bermain dengan tali masa (Gennis, 2020). Kualiti jika kena pada cara pasti akan mengangkat karya.
Kami menulis ikut semangat untuk bantu orang ramai dapatkan ilmu secara percuma. Sebab itu kami enggan buat konsep langganan artikel (subscription). Tetapi kami mohon jasa baik kalian untuk beli buku kami. Dengan pembelian buku, kalian sedang membantu kami teruskan semangat ini sampai bila-bila. Link pembelian: https://shopee.com.my/thepatriotsasia
RUJUKAN:
Emira, N. (2022, Ogos 29). Empat hari tayangan, Air Force The Movie raih RM8 juta kutipan. Kosmo.
Gennis, S. (2020, Jun 28). Dark Timeline: The Netflix Show Explained. TV Guide.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih