Yahudi merupakan bangsa yang terjajah oleh Kerajaan Rom pada waktu itu di Judea. Kerajaan ini merupakan kerajaan boneka bagi bangsa Yahudi kerana segala dasar yang dibuat dalam kerajaan ini kesemuanya ditentukan oleh Kerajaan Rom selaku penguasa sebenar kerajaan Judea ini. Justeru itu, lahir ketidakpuasan hati para pemimpin Yahudi tempatan terhadap Kerajaan Rom ini. Justeru, bangkitlah seorang pemimpin Yahudi yang bernama Simon Bar Kokhba bagi menentang kerajaan Rom di Judea.

Kebangkitan Simon Bar Kokhba ini telah mencetuskan semangat dan sinar baharu untuk bangsa Yahudi di Judea. Bagi mereka, Simon inilah yang dijanjikan oleh Tuhan untuk mereka bangkit menentang penjajahan Rom di tanah mereka. Ketidakpuasan hati mereka terhadap Kerajaan Rom kini akan terlunas dengan bangkitnya perjuangan Simon Bar Kokhba ini.

Pada tahun 132-135 Masihi, Bar Kokhba telah mengisytiharkan pemberontakan keatas penguasa Rom di Judea. Bahkan, Bar Kokhba telah mengusir pasukan Rom di Judea. Tidak sekadar itu, Bar Kokhba mengisytiharkan bahawa dirinya telah menubuhkan kerajaan Merdeka Yahudi. Tidak cukup dengan itu, Bar Kokhba telah mencetak koin matawangnya dengan menulis “Untuk kebebasan Jurusalem.”

Maharaja Rom pada waktu itu, menghantar pasukan balas bagi menebus kekalahan mereka sebelum ini. Jenderal Julius Severus telah dihantar bagi menumpaskan pemberontakan Bar Kokhba dan menawan semula Jurusalem. Akhirnya, Bar Kokhba telah berjaya ditewaskan oleh pasukan Rom dan sekaligus menjadikan Bangsa Yahudi juga tertawan di Jurusalem.

Pemerintah Rom mengambil keputusan mengusir kesemua Yahudi di Jurusalem. Tidak cukup dengan itu, pasukan Rom telah melakukan penjarahan besar besar keatas bangsa Yahudi di Jurusalem dan sebahagian dari mereka telah dijual sebagai hamba di pasar hamba. Dan pengusiran Yahudi ini menjadi titik awal diaspora Bani Israil keluar dari Jurusalem menuju ke negara sekitarnya bahkan ke seberang lautan iaitu Eropah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.