Dari Surah Saba :
– Jin-Jin bekerja untuk Nabi Sulaiman untuk membina bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung (ayat 13)
– Allah gantikan kebun kaum Saba yang ingkar dengan kebun yang ditumbuhi buah pahit (ayat 16)
Dengan memanipulasi tafsiran ayat al-Quran, golongan ini mendakwa:-
1) Negeri Saba itu terletak di kawasan WonoSOBO, Jawa, Indonesia.
2) Nama kerajaan Majapahit berasal dari nama buah Maja yang berasa pahit.
3) Ratu Balqis itu sebenarnya Ratu Boko di Jawa yang juga menyembah matahari.
4) Candi dan Patung di Jawa juga dibina oleh Jin Nabi Sulaiman.
5) Perkampungan Sleman di Indonesia adalah wilayah kepunyaan Nabi Sulaiman.
6) Borobudur itu Istana yang diarahkan pindah oleh Nabi Sulaiman.
Sebelum mengulas lanjut, ayuh kenali apa itu Borobudur. Borobudur ialah candi Buddha mazhab Mahayana yang terletak di Jawa Tengah, Indonesia. Borobudur adalah monumen Buddha terbesar di dunia yang dibina oleh Maharaja Samaratungga dari dinasti Sailendra sekitar tahun 750-850 Masihi.
Borobudur kemudiannya tertimbus oleh lava debu gunung berapi sekitar 1006 Masihi. Sejak itu Borobudur berhenti menjadi tempat pemujaan penganut Buddha. Dengan kedatangan Islam pada kurun ke-14, Borobudur kian terpinggir.
Tapak Borobudur ini hanya digali semula apabila Belanda datang menjajah Indonesia. Pada tahun 1968, Borobudur diwartakan sebagai salah satu keajaiban dunia dan diiktiraf sebagai Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1991.
Hujah Balas :-
1- Dalam sejarah, perkara yang paling mustahak adalah kronologi (timeline). Nabi Sulaiman hidup sekitar tahun 990 sebelum Masihi sehingga 930 sebelum Masihi. Manakala Borobudur dibina pada tahun 750 selepas Masihi. Ini bermakna, jarak waktu tersebut adalah 1680 tahun.
2- Tadi mengenai latar masa. Sekarang latar tempat pula. Kerajaan Nabi Sulaiman adalah di sekitar Palestin dan sebahagian Syria sahaja manakala kerajaan Saba milik Ratu Balqis pula terletak di Yaman. Hal ini telah disepakati oleh sejarawan Yahudi, Kristian dan Islam pada zaman silam. Ingat senang ketiga-tiga agama ini nak bersepakat dalam sesuatu perkara?
3- Binaan Borobudur adalah berteraskan ciri keJawaan serta Hindu-Buddha. Bahkan, ianya dibina khusus untuk penganut agama Buddha. Tak mungkin Nabi Sulaiman nak bina bangunan untuk Buddha sedangkan ketika itu, Buddha pun belum lahir.
4- Persamaan nama dalam MajaPAHIT, WanaSOBO, Ratu Boko, Kampung Sleman dan lain-lain tak boleh terus disamakan dengan perkara-perkara dalam Quran. Mantiq yang terlampau dangkal. Cetek sangat. Sebab ada sama ja, terus claim itu Nabi Sulaiman punya. Lagipun, persamaan bunyi itu bukan lah 100% pun. Hanya dakwaan sipi-sipi sahaja.
5- Sepatutnya, bukan Borobudur itu milik Nabi Sulaiman. Tetapi, Borobudur itulah yang meniru Sulaiman kerana Borobudur itu datang setelah zaman Nabi Sulaiman berlaku.
6- Dalam al-Quran kata, Istana Ratu Saba di Yaman dipindahkan berdekatan dengan pusat kerajaan Nabi Sulaiman di Palestin. Tapi dah kenapa pula mereka mendakwa Borobudur yang kononnya Istana Sulaiman itu di bawa ke Pulau Jawa yang semakin jauh dari pusat kerajaan Nabi Sulaiman. Lagipula, claim yang mereka lakukan tak konsisten. Istana yang mereka claim tu Nabi Sulaiman atau Ratu Saba punya?
7- Dalam Quran, disebut perihal Singgahsana. Tapi Borobudur ini candi, bukannya Singgahsana. Jauh beza fungsi antara Candi dan Singgahsana.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih