Sebelum ulas panjang, tengok dulu video merepek ni:
#sihir #Sainsitusihir #sihirsains #sains #sihirakhirzaman #akhirzaman #fitnah #fitnahakhirzaman #7perkaramembinasakan
“Sains itu sihir.”
Itu asas dipegangnya.
Sekarang patah balik ke Abad ke-17. Empayar-empayar Islam macam Mughal, Safavid dan Uthmaniyah bangkit menjadi kuasa rantau. Mughal pula mempunyai ekonomi paling besar dunia. Ya. Mughal adalah Amerika Syarikat zaman dahulu, memegang 25 peratus ekonomi dunia (Maddison, 2003). Mereka berada di kemuncak kuasa dengan budaya dan seni bina sangat berpengaruh.
Dunia Kristian ketika itu buat apa? Mereka bengang tengok Galileo Galilei bentang pasal sains. Mereka berkelahian tentang Nicolaus Copernicus.
Mereka marah dengan nada begitu benci pada sains. Mereka menjatuhi hukuman mati atas tuduhan bodoh pada wanita, kononnya beramal sihir (Salem Witch Trials). Malah ada satu masa, mereka bergaduh pasal jantina malaikat.
Kesimpulannya apa kat sini?
1. Dunia Islam menceburi bidang sains begitu gigih.
2. Dunia Kristian menjauhi sains dan bincang pasal benda sia-sia.
Dunia Islam dulu begitu mendahagakan sains. Tiada pun ulama-ulama zaman dulu berkata, “belajar sains boleh rosak akidah”. Tapi peliknya, zaman sekarang, timbul makhluk-makhluk pelik yang menghentam katanya sains boleh merosakkan akidah. Sembang mengalahkan ulama.
Satu jer. Kalau 10 tahun bersolat lepas al-Fatihah baca Empat Qul, tak perlulah sembang lebat pasal agama. Itu pun kalau bersolat awal waktu. Kenapa? Sains tidak menyimpang daripada agama. Tiada satu pun pasal sains yang menyimpang daripada agama Islam.
Kalian rasa kalau empayar-empayar Islam yang lama ni mengetepikan sains, agak-agak mereka boleh bangkit menjadi “gunpowder empires” tak?
Walaupun China direkodkan sebagai bangsa pertama menggunakan ubat bedil, empayar-empayar Islam merevolusikan senjata mereka untuk menundukkan musuh guna ubat bedil secara konvensional.
Sebab itu Marshall G.S. Hodgson dan William H. McNeill cakap mereka “gunpowder empires”.
Ada saja meriam, teknologi pertahanan silam macam tembok tinggi sudah tidak lagi relevan. Dengan hanya beberapa das, mesti runtuh sebahagian tembok… membolehkan tentera masuk menakluki bandar. Sebelum zaman meriam, tembok tinggi adalah satu benda yang musuh sangat benci.
Tentera Salib tiba di Antioch dan mengambil masa lapan bulan untuk merampas kota tersebut daripada Gabenor Yaghi-Siyan. Tahu macam mana mereka rampas? Bohemond mendapat bantuan daripada Firouz, seorang mualaf Armenia yang bengang kerana isterinya ditiduri pegawai kerajaan. Kalau tidak, silap-silap Antioch takkan jatuh – dan Jerusalem kekal selamat di tangan umat Islam.
Sains Bukan Sihir
Saya faham yang pembuat video TikTok ni sekadar lapar perhatian dan mendahagakan view. Kalau betul beriman pada kata-kata sendiri, kenapa beli telefon pintar yang dibuat sains? Kenapa masuk TikTok yang juga suatu kejayaan sains? Tak malu menumpang kejayaan benda yang sendiri kecam? Kena faham… kita bertanggungjawab atas dasar apa yang kita cakap.
Pertama sekali, sains bukan sihir. Dan tak perlu heret Dajjal semata-mata untuk memberi nyawa pada hujah yang sudah mampus.
Saya menyentuh asas dengan mudah. Kalau betul Dajjal satu hari nanti akan membawa teknologi sains sangat kuat, itu bermakna umat zaman tersebut sudah jahil sains. Tak faham?
1. Jika korang guna mesin defibrillator ke zaman 200 tahun yang lalu, ramai akan sembah korang “weh, dia hidupkan orang dah mati! Dia Tuhan!”
2. Jika korang bawa kapal terbang ke zaman dahulu, semua akan pandang korang. “Weh, dia boleh terbang. Dia Tuhan!”
Dan sebagainya. Malas nak bagi banyak contoh. Benar. Pintasan masa tidak relevan. Tapi asasnya mudah, jika kalian ketepikan sains secara habis-habisan, bangsa kalian akan mundur begitu teruk. Ketinggalan zaman. Apabila negara lain dah maju dengan teknologi setaraf 200 tahun ke hadapan, kalian akan terduduk melihat keupayaan mereka.
300 tahun yang lalu, mati ketika usia muda adalah perkara biasa. Alhamdulillah, kerana vaksin, manusia boleh hidup lama. Tak mati angkara penyakit-penyakit yang boleh elak. Jadi fikir sendiri. Kalian nak dengar cakap orang yang sombong pada ilmu Allah iaitu sains? Atau kalian ingin jadi macam Farouk el-Baz, seorang saintis Islam yang bantu mendaratkan NASA di Bulan?
Pilihan di tangan. Jangan sombong pada Allah. Kenali nasib Bani Israil.
RUJUKAN:
Maddison, A. (2003). Development Centre Studies the World Economy Historical Statistics: Historical Statistics. OECD Publishing. Halaman 259-261.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih