Biasanya kalau sesebuah planet tu ada atmosfera, mesti ada ribut muncul punya. Macam Bumi, ribut taufan ada. Manakala planet Musytari pula mesti banyak ribut yang lagi kuat dari ribut Bumi.
Tapi, Matahari pun ada ‘ribut’ walaupun ia sebenarnya bintang yang menjadi pusat Sistem Suria. Ribut yang saya maksudkan ialah ribut suria.
Ribut suria ialah gelaran bagi tenaga dari permukaan Matahari yang menghempas atmosfera Bumi. Tenaga ni muncul dari letusan yang menghasilkan api suria di permukaan Matahari, kemudian tiba ke atmosfera Bumi.
Apa akan jadi kalau tenaga ini menghempas atmosfera Bumi? Ia akan menghasilkan ‘cahaya utara’ yang hanya boleh dilihat di Kutub Utara. Dalam erti kata lain, aurora akan muncul menerangi langit kutub.
Yang tak bagusnya pasal ribut suria ni, ribut ini mempunyai bahan bernama coronal mass ejection (CME) iaitu gabungan cas elektrik dan gelombang magnetik yang terlepas dari api suria. Kalau CME ini kena ke atmosfera Bumi, satelit dan alat komunikasi akan terganggu, menjadikan kita sukar untuk menelefon sesiapa dan sukar mendapat berita dari radio.
Pernah terjadinya ribut suria pada bulan February 2011, sehingga segala macam alat komunikasi di China mengalami gangguan teruk. Kerana gangguan inilah China ‘mati’ sekejap dan berlaku masalah ekonomi negara.
Ya, gara-gara ribut suria kita sukar untuk memghubungi sesiapa dan alat yang memerlukan talian internet dan gelombang radio bermasalah. Saintis menjangkakan bahawa tahun 2024 akan berlaku ribut suria berskala besar. Jadi, korang kena bersedia tahan diri dari guna telefon pintar.




No comments yet